Saturday 31 August 2013

Tiada lesen dapat beli kereta..

Seorang ejen penjual kereta di Subang dikesan menyediakan lesen memandu palsu untuk pelanggan bagi melayakkan mereka membeli kereta di ruang pameran kereta syarikatnya dengan harga RM200.

Taktik kotornya berjaya dikesan selepas seorang pelanggannya berusia 20-an dicekup dalam Ops Bersepadu di Plaza Tol Awan Besar, di sini, kerana memiliki lesen palsu.

Difahamkan, lelaki berkenaan mahu membeli kereta dua tahun lalu, tetapi dia yang tidak memiliki lesen memandu ketika itu tidak layak berbuat demikian.

Namun, hasil pertolongan ejen penjual kereta di situ yang menyediakan lesen memandu palsu, dia dapat membeli kereta berkenaan dan terus menggunakan lesen sama.

Foto

ANGGOTA JPJ memeriksa motosikal dalam operasi besar-besaran JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama agensi lain di Tol Awan Besar, semalam.


Bagaimanapun, ketika melalui sekatan jalan raya dalam Ops Bersepadu, lesen palsunya dikesan dan dia dikenakan tindakan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia tawar tanding Ketua Pemuda UMNO KB

KOTA BAHARU: Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Kota Baharu pada pemilihan parti, Oktober depan. 

Beliau berkata langkah itu diambilnya bagi menyahut seruan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu melaksanakan transformasi politik, terutama untuk meraih kembali sokongan golongan muda di negara ini. 
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal Merdeka 2013 Suara Generasiku di Pengkalan Chepa di sini, malam tadi, Shahrul Nasrun, 27, anggota Pemuda Umno cawangan Atas Banggol di sini, berkata beliau akan membawa pendekatan drastik supaya Umno Bahagian Kota Baharu dekat dengan golongan muda. 


Jawatan Ketua Pemuda Umno Kota Baharu kini kosong selepas penyandangnya, Datuk Rosmadi Ismail melepaskan jawatan tersebut atas faktor had umur. - BERNAMA

PANASS!! Pas Kedah Sokong Syiah Sebab BN anti Hudud?


Penat Mc menerangkan apa yang Pas cuba buat semasa pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) baru tempohari. Pas kata ia tak sokong RUU baru tu sebab tidak dimasukan hukum hudud, maknanya zina, arak dan kesalahan syariah lain tidak dihukum mengikut hudud.

Wahai pencacai Pas yang bangang, kat bawah ni adalah RUU baru yang dibentangkan,

Klausa-klausa yang diperbaharui dalam Rang undang-undang kesalahan jenayah syariah (Kedah) 2013 yang berkait Hukum Syarak ialah Pemujaan Salah, Doktrin palsu, Pendapat yang bertentangan dengan fatwa, Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak, dan lain-lain. Dalam tafsiran, "Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali. Seperti yang dinyatakan dalam Sidang DUN, Syiah bukan mazhab, maka ianya bertentangan dgn Hukum Syarak. 

Bermakna, sebarang ajaran yang mengaku Islam, tapi menyongsang, akan dikenakan tindakan. Termasuklah syiah dan wahabi! Ada faham?

RUU baru ni takdak kaitan langsung undang-undang berkaitan zina, minum arak dan lain-lain. Jadi apa kaitan alasan Pas kononnya menolak RUU baru ni sebab tak hukum zina dan arak mengikut hudud? Kita bercakap soal nak cegah ajaran sesat dan syiah, takdak kaitan dengan arak dan zina. 

Arak, zina dan murtad sudah ada RUU tersendiri dan dihukum mengikut hukuman takzir. Apa takzir bukan hukum Islam ka? Kalau kita nak ubah RUU yang berkaitan dengan jenayah arak, zina dan murtad, sudah tentu kita boleh di Sidang Dun yang akan datang.

Tapi Mc nak tanya la, kenapa Pas tak ubah RUU arak, zina dan murtad mengikut hudud pada 5 tahun mereka memerintah? Pas kata undang-undang ciptaan Kerajaan BN ni tak Islamik dan sekular, tapi Pas tak pernah ubah pun, dan hanya memerintah mengikut undang-undang yang kononnya sekular ni. he he..

Cakap saja la, Pas tolak RUU cegah syiah ni sebab takut syiah berkuburkan?? 

TandaPutera: PAS SOUND LIM GUAN ENG SURUH TONTON TANDA PUTERA!!!!!!!?

       

Pas menasihatkan pemimpin-pemimpin DAP dan semua pihak yang membuat bantahan supaya menonton filem Tanda Putera terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang komen negatif atau mengambil tindakan drastik menghalang tayangannya.

Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu merupakan salah satu medium terbaik menyebarkan fakta sejarah kepada generasi pasca merdeka, sekali gus yakin semua pihak yang terlibat dalam pembikinannya melakukan kajian terperinci.

Menurutnya, pihak yang berasakan terdapat kesilapan dalam pembikinan Tanda Putera selepas menonton filem itu boleh membincangkannya secara membina untuk diperbetul bagi kepentingan generasi akan datang.

Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyiarkan filem itu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara atau lokasi khusus bagi semua pemimpin menontonnya dan membuat penilaian.

"Bagi saya filem itu berasaskan fakta sejarah, jadi semua pihak yang terlibat dalam pembikinannya mesti membuat kajian, buat satu cerapan mengenai fakta-fakta yang mahu dipertontonkan sama ada di peringkat penulis skrip, pengarah atau penerbit.

"Saya yakin kajian sudah dibuat sebab jika tidak dan fakta itu salah, maka akan dikritik, ditohmah dan macam-macam lagi kerana kita tahu sejarah tidak boleh diubah. Cuma untuk berlaku adil saya mencadangkan tontonlah dulu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Filem itu sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melarang tayangannya di negeri ini kerana mendakwa terdapat babak yang berbaur perkauman.

Walau bagaimanapun, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kemudiannya menyatakan beliau tidak pernah menghalang tayangannya sebaliknya hanya menasihatkan pengusaha panggung wayang di negeri tersebut berbuat demikian.

Mengulas mengenai arahan Guan Eng itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mengakui beliau turut keliru dengan kenyataan bercanggah Ketua Menteri berkenaan.

Sementara itu, mengulas cadangannya supaya semua Ahli Parlimen dan Senator dipertontonkan filem tersebut, menurut Takiyuddin, usaha tersebut boleh dilakukan bagi memberi peluang kepada semua pihak menyatakan pandangan dan kritikan. - utusan - See more at: http://tenteramaya.blogspot.com/2013/09/tandaputera-pas-sound-lim-guan-eng

Lelaki Mati Ditembak Selepas Terkena Tiga Das Tembakan di Kepala

IPOH: Seorang lelaki, dipercayai bekas pegawai tentera udara ditembak mati di Taman Rishah, awal pagi Ahad.

Lelaki berkenaan dipercayai ditembak sebanyak tiga kali di kepala pada pukul 7.15 pagi.

Lelaki berkenaan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Sumber mengatakan tiga suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Toyota Vios selepas terlibat dengan kejadian tembakan tersebut.

Kongsi Gelap Berpusat Di Taiping dan Pulau Pinang

Bila sebut sahaja kegiatan kongsi gelap atau gangster, bandar Taiping dan Penang tidak boleh dipisahkan, Ini lah bandar yang menjadi ibu kepada kegiatan kongsi gelap yang ada sekarang.

Di Taiping juga pernah berlaku pergaduhan yang amat besar dan mengorbankan banyak nyawa, mayat bergelempangan dan jalan raya menjadi merah dengan darah manusia.

Kongsi gelap cukup ganas dan pernah memeras ugut Sultan Perak untuk menuntut ganti rugi. Kegiatan kongsi gelap di Taiping terlibat dalam dunia perjudian, perdagangan, pelacuran dan sebagainya.

Terdapat dua puak kongsi gelap yang sangat digeruni di Taiping dan mereka adalah terdiri daripada kaum Cina dari puak Ghee  Hin yang bertapak di Taiping dan Hai San dari Pulau Pinang.

Ini lah sejarah yang berlaku lebih 150 tahun yang lalu dan peperangan tersebut dinamakan Peperangan Larut 1, 2, 3 dan 4.

Penamat kepada peperangan tersebut termetrilah satu perjanjian perdamaian yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor dan British dengan cara halus mula campur tangan dalam pentadbiran Perak.

Kini Taiping merupakan sebuah bandar warisan yang aman selama-lamanya. Kegiatan kongsi gelap tetap ada tetapi dalam kelompok yang kecil.

Kepada pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah kongsi gelap, perang larut dan campur tangan British di Perak boleh lah berkunjung ke Muzium Ngah Ibrahim di Matang Taiping.

Calon PMR dirogol kenalan Facebook

Harun Idris

LEDANG – Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini dirogol teman lelaki yang baru dikenalinya sejak sebulan lalu di sebuah kebun kelapa sawit di Bukit Gambir, dekat sini, 12 Ogos lalu.

Ketua Polis Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, pada siang hari kejadian, mangsa bersama lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook itu dikatakan keluar bersiar-siar. 

“Ketika dalam perjalanan pulang untuk menghantar mangsa yang berusia 15 tahun ke rumahnya di sebuah kampung di Bukit Gambir, suspek mengajaknya singgah di kebun itu sebelum bertindak merogolnya.

“Atas desakan keluarga, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Gambir jam 10 pagi pada 27 Ogos lalu iaitu 16 hari selepas kejadian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, di sini, semalam.

Harun berkata, susulan daripada laporan diterima, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di rumah keluarganya di Kampung Parit Jarum Laut, dekat sini, sekitar jam 6 petang, 29 Ogos lalu.

“Turut dirampas motosikal dipercayai digunakan suspek ketika ke kebun sawit itu untuk merogol mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mangsa masih bersekolah, manakala suspek bekerja di sebuah bengkel basikal di pekan berkenaan.

“Sebaik saja berkenalan dalam Facebook, mereka menjadi pasangan kekasih dan sering bertemu sebelum dirogol.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau serta bebas dadah,” katanya.

Katanya, suspek masih ditahan reman sehingga 5 September ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur.

“Remaja perempuan dinasihati jangan mudah mempercayai kenalan lelaki yang baru dikenali melalui laman sosial bagi mengelakkan diri diperdaya seterusnya menjadi mangsa rogol.

“Seeloknya keluar secara beramai-ramai dan berada di tempat awam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Lukisan Hina Islam Dikeluarkan Dari Pameran

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengarahkan sebuah lukisan kontroversi yang dipamerkan dalam satu pameran seni lukis di Kuala Lumpur ditarik balik serta merta kerana didapati menyentuh sensitiviti umat Islam.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata lukisan itu tidak disenarai sebagai bahan pameran yang diusulkan kepada pihaknya tetapi dipamerkan tanpa sebab munasabah walaupun penganjur sedar ia akan mencetuskan kontroversi agama.

"Pandangan pertama saya, lukisan itu very offensive (amat menyinggung) dan penganjur pameran itu dilihat tiada sebab untuk memaparkan lukisan tersebut. Maka, kita tarik balik serta merta sebaik mengesan ia dipamerkan beberapa hari lepas.

"Memang mereka telah diberi kebenaran untuk menganjurkan pameran itu tetapi bukan untuk lukisan tersebut kerana mereka memang tidak tunjuk kepada kita dan (ia) dibawa masuk secara sembunyi," katanya.

Mohamed Nazri berkata ada pengunjung yang menghadiri pameran itu telah membuat laporan polis mengenai lukisan itu dan ia sedang disiasat oleh pasukan keselamatan.

Ipoh:Mayat Bayi Ditemui Di Sungai Pari

Penduduk di Taman Falim Indah dekat Ipoh gempar berikutan penemuan mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di tebing Sungai Pari dekat sini hari ini.

Bayi malang yang ditemui terapung bersama uri itu dijumpai pukul 5.09 petang oleh orang awam yang melalui jambatan di sungai berkenaan.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Abdul Manap Hashim berkata, bayi yang dijumpai tanpa pakaian itu berada dalam keadaan baik walaupun kelihatan sedikit kembung di bahagian badan.

Katanya, bayi tersebut dipercayai baru dilahirkan berdasarkan penemuan uri dan tali pusat bersama mangsa.

"Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada tubuh bayi yang dipercayai baru sahaja dilahirkan,

"Kita percaya bayi ini dibuang di kawasan lain dahulu sebelum dihanyutkan arus sungai ke sini," katanya.

Tiada Kompromi Jika Ahli Politik Terlibat Dengan Kongsi Gelap

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata polis tidak akan berkompromi malah akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk ahli politik sekiranya terbukti terlibat kongsi gelap.

Beliau yakin polis mampu mengumpul maklumat terperinci untuk membuktikan sesiapa sahaja yang terlibat kongsi gelap tidak kira ahli politik atau tidak.

"Malahan undang-undang juga akan dikuatkuasakan supaya polis tidak disalahtafsirkan berkompromi dengan penjenayah," katanya.

Junaidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sin Chew Daily, Rabu lepas yang mengatakan sebilangan ahli politik ternama menaungi beberapa kumpulan kongsi gelap dan menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" daripada kalangan kaum India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" daripada kalangan kaum Cina; serta "Geng 3 Calit" daripada kalangan kaum Melayu.


Tiada 'Isu Kebangsaan' Perlu Dibincang Dengan Anwar - Ku Nan

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tiada sebarang 'isu-isu kebangsaan' yang perlu dibincangkan antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan.

"Segala-galanya semata-mata tentang politik dan jika beliau (Anwar) mahu berbincang, beliau perlu membawa perkara ini ke Parlimen.

"Pada beliau, segala-galanya hanyalah tentang politik. Mengapa sekarang, setelah mereka mempertikaikan keputusan (pilihan raya) malah Suruhanjaya Pilihan Raya?" katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan 10 tahun Cruise Tasik Putrajaya di sini, Sabtu.

Sambil mempertikaikan cadangan Anwar itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata pembangkang tidak pernah ikhlas dalam setiap perbuatan dan perkataan mereka.

Anwar, yang juga Penasihat PKR seperti dilaporkan sebuah portal berita, mencadangkan supaya dialog terbuka dengan kerajaan diadakan bagi membincangkan 'isu-isu kebangsaan' yang perlu ditangani atas semangat merdeka.

Di MELAKA, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Barisan Nasional (BN) tidak perlu melayan hasrat Anwar untuk bertemu bagi membincangkan beberapa perkara membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata rakyat telah memilih BN sebagai kerajaan melalui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk berkhidmat kepada mereka.

"Saya lihat Anwar sebagai ketua pembangkang nampak dah terdesak bila beliau cadangkan perbincangan dengan BN. Pada saya tidak perlu kerana rakyat telah memilih kerajaaan dan kita (BN) telah menang dengan majoriti yang baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perarakan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 peringkat negeri Melaka.

Katanya pembangkang sebaliknya boleh menyuarakan sebarang isu membabitkan kepentingan rakyat dan negara di Parlimen untuk dibahas dan diputuskan oleh Anggota Parlimen.

Mengulas lanjut Mohd Ali berkata usaha ketua pembangkang itu dilihat bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap pembohongan parti tersebut pada PRU-13 lepas.

"Saya harap Anwar minta maaf kepada rakyat kerana telah membohongi rakyat jelata bahawa ada 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh akan datang dengan berpuluh-puluh kapal terbang dan akhirnya tidak ada satu pun petisyen pilihan raya daripada pakatan pembangkang mengatakan ada pengundi hantu dari sana," katanya. BERNAMA

ALHAMDULILLAH !!! ANAK DADDY TAK BERTANDING PEMILIHAN KALI NIE


Akhirnya Exco Pemuda Umno yang dilaporkan selalu hilang ketika kempen PRU13 di kawasan Putrajaya tempoh hari sahkan tidak akan bertanding apa apa jawatan pada pemilihan parti nanti..

Aku rasa berita ini merupakan satu perkhabaran gembira bagi ahli ahli Umno Putrajaya..Nak tau kenapa?? Buka blog sabahat aku Keris7lok.blogspot.com banyak juga cerita cerita pasal Anak Daddy ni kat sana..



Baru ni pulak dengar cerita Anak Daddy tak masuk mesyuarat cawangan...Hairanya si Khairun masih kata ada sokongan akar umbi...pelik betul...cuba tanya budak budak Putrajaya sudahlah..

Eloklah mana mana Pemuda Umno yang dah tak minat nak berpolitik tapi lebih berminat menceburi dunia Keparat(korporat) elok lepas apa saja jawatan..

Memandangkan Si Khairun dah jadi SetPol PM eloklah tak pegang apa apa jawatan..Fokus dalam satu satu kerja sudah..jawatan dalam parti bagi kat orang lain yang lebih layak...

Pengerusi Biro Aduan Pemuda Umno Datuk Muhammad Khairun Aseh mengesahkan tidak bertanding pada pemilihan parti kali ini.

Beliau berkata keputusan itu adalah muktamad biarpun mendapat banyak sokongan dan dorongan daripada peringkat akar umbi untuk merebut jawatan kanan khususnya dalam sayap Pemuda.

"Keputusan ini adalah selaras dengan pegangan prinsip saya untuk menjalankan amanah dan tugas sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penuh integriti dan komitmen," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

USTAZAH MEE SEGERA MEROYAN LAGI DI Twitter...

abby

BARU ini Abby Abadi ada menaikkan status di twitter yang berbunyi Maaf Yea...Saya bukan peminjam PTPTN . Cuma saya prihatin dengan masalah semua.....

Bukan status Ustazah kahwin kat Siam ni yang penting, tetapi jawapan balas yang diberikan salah seorang pengikutnya... yang menjelaskan kenapa Abby tak pinjam PTPTN...

Memang ah kak abby tak pinjam PTPTN... dia mana sambung belajar pun kan? Masa muda habis menjaja body di kaca TV. Just saying

Oh...baru tahu...Abby ni SPM aje kot... tak retilah dunia pengajian tinggi tu apa... dan tak perlu la pinjam PTPTN...choiiii

sebab abby tak pinjam ptptn

Jangan pamer logo pertubuhan haram


Jangan pamer logo pertubuhan haram
KUALA LUMPUR –  Jangan pamer ikut suka hati logo yang telah diwartakan sebagai pertubuhan haram oleh kerajaan. Amaran ini dikeluarkan Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata, polis akan bertindak tegas jika usaha mendidik dan menasihati mereka terbabit dengan cara baik gagal.

“Peringkat permulaan melalui program kepolisan masyarakat kita akan beritahu orang ramai yang memiliki atau menampal logo di kenderaan, premis atau kediaman agar menanggalkan logo itu dengan apa cara pun bagi elak ditahan polis,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Dalam sidang media itu juga, 49 logo pertubuhan haram yang diwartakan kerajaan dipertontonkan kepada media untuk disiarkan bagi beri peringatan kepada orang ramai.

Abdul Jalil berkata, pemantauan menyeluruh juga akan dilakukan melibatkan upacara perarakan pengebumian.

“Jika ada upacara perarakan pengebumian mempamerkan logo-logo ini, kita akan minta  mereka turunkan. Jika berdegil mereka terlibat boleh ditahan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pembabitan pelajar sekolah dengan kongsi gelap, beliau berkata, perkara berkenaan terkawal. 

Katanya, pemantauan ketat oleh PIBG, pihak sekolah serta anggota yang dilantik sebagai pegawai perhubungan sekolah berjaya menghalang cubaan merekrut pelajar menjadi ahli kongsi gelap di sekolah.

“Ibu bapa perlu peka. Jika ada tanda anak-anak mereka terjebak dengan kongsi gelap, maklumkan kepada polis supaya mudah kita beri nasihat bagaimana perkara ini boleh dihindarkan,” katanya.

Menurutnya, mereka yang terbabit dalam kongsi gelap boleh dihukum mengikut Seksyen 52 (3) Akta Pendaftaran pertubuhan 1956 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM15,000 jika sabit kesalahan.

Abdul Jalil menafikan polis mengamalkan sikap pilih kasih sepanjang Ops Cantas dilancarkan sejak 17 Ogos lalu.

“Buktinya Melayu paling ramai diperiksa, iaitu 33,900 orang, diikuti kaum Cina (17,975) dan India (18,883),” katanya.

Tembak bayi umur 13 bulan, lelaki dipenjara

Tembak bayi umur 13 bulan, lelaki dipenjara
Tembak bayi umur 13 bulan, lelaki dipenjara

AMERIKA SYARIKAT - Remaja berusia 18 tahun didapati bersalah membunuh bayi berusia 13 bulan di Georgia, Mac lalu.

De’Marquis Elkins kini berdepan dengan kehidupan di penjara.

Ketika kejadian berlaku, Elkins masih berusia 17 tahun dan terlalu muda untuk berdepan dengan hukuman mati di bawah undang-undang negara.

Seorang lagi remaja, Dominique Lang, 15 tahun akan dibicarakan kemudian.

Ketika perbicaraan, pendakwa raya berkata Elkins menembak Antonio Santiago dalam cubaan merompak.

Kejadian itu berlaku di bandar Brunswick di mana Antonio sedang menaiki kereta bayi yang ditolak ibunya, Sherry West.

Menurut Sherry, anak lelakinya itu ditembak di muka dan dirinya pula ditembak di kaki oleh Elkins selepas dia enggan menyerahkan dompet miliknya.

“Dia minta duit dan saya kata saya tak ada duit,” katanya dalam temu bual dengan Associated Press, sebelum ini.

Friday 30 August 2013

Suspek Curi Kabel Tumpas Selepas 9 Jam Dikepung

suspek curi


ALOR KELADI - Usaha dua lelaki meloloskan diri daripada kepungan orang ramai selepas dipercayai mencuri kabel telekom di Kampung Bukit Rambutan, dekat Telaga Nibong tidak berhasil, apabila berjaya ditangkap kira-kira sembilan jam kemudian.

Sebelum itu, beberapa penduduk Kampung Kayu Kelat yang berkawal di kawasan tersebut, terserempak dengan kedua-dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah kereta jenis Mazda, kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

Penduduk percaya mereka adalah pencuri kabel telefon sebelum cuba menahan suspek, bagaimanapun selepas menyedari kehadiran orang ramai mereka melarikan diri dengan kenderaan tersebut.

Menurut sumber, penduduk bertindak mengejar suspek, bagaimanapun selepas sampai di Kampung Kayu Kelat, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, suspek keluar dari kereta kerana dipercayai kenderaan itu tidak dapat bergerak laju akibat berat muatan kabel yang dicuri.

“Kedua-dua suspek meninggalkan kereta mereka lalu  melarikan diri ke kawasan semak di tengah sawah berhampiran.

“Penduduk yang keluar beramai-ramai telah mengepung kawasan belukar tersebut, namun pada jam 7 pagi, dimaklumkan ada orang terserempak dengan suspek berkenaan berjalan kaki di Kampung Gong Duek, Hulu Besut beberapa kilometer dari situ,” katanya.

Katanya lagi, menyedari mereka dikesan penduduk, suspek menyembunyikan diri dalam semak berhampiran kawasan tanah perkuburan Islam Kampung Gong Duek, sebelum dilihat penduduk kampung pada jam 12.30 tengahari melalui sawah menghala ke arah Kampung Alor Keladi.

Sejurus selepas itu, penduduk bertindak mengepung kawasan berkenaan dan berjaya memberkas suspek pada jam 1.30 petang di Kampung Alor Keladi sebelum diserahkan kepada polis pada jam 2 petang.

Dalam kejadian itu, salah seorang penduduk cedera ringan akibat bergesel dengan kereta suspek ketika cuba menangkap mereka.

Menurut sumber lagi, sebelum ini, suspek berkenaan dipercayai telah empat kali menjalankan aktiviti mencuri kabel telefon di lokasi sama dan kali terakhir pada Ramadan lalu.

Malah, mereka juga dikatakan pernah mengugut seorang warga emas dengan parang kerana menegur perbuatan mereka ketika terserempak semasa pulang solat Subuh, pada malam sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, dua suspek tersebut berusia 24 dan 35 tahun dari Kampung Batu 13, Hulu Besut dan kedua-dua positif dadah selain mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Polis turut menemui kabel telefon dianggarkan sepanjang 250 meter di dalam kereta suspek dipercayai dicuri di tempat kejadian,” katanya. - Mohd Taha Yaacob/Sinar Harian

Bocor: 'Saya akan saman berjuta ringgit!'


Bocor: 'Saya akan saman berjuta ringgit!'
“SAYA akan saman berjuta ringgit!”. Demikian reaksi pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam behubung kontroversi terbaru melibatkan filem arahan terbaru anak lelakinya, Syamsul Yusof, KL Gangster 2.

Filem sekuel yang menelan kos RM 4.5 juta itu dikhabarkan bocor di Internet sedangkan masih belum ditayangkan di pawagam.

Ekoran insiden tersebut, beliau mengadakan sidang media khas tergempar, semalam.

Dalam sidang media itu, jelas kekecewaan daripada pihaknya meskipun yang tersebar hanyalah 'raw material' yang belum diberi sentuhan akhir.

“Dari awal lagi saya dah rasa. Syamsul di Bangkok lagi sudah beritahu saya, ‘pastikan ya Papa, sekarang ini zaman digital, jangan sampai kita bocor di mana-mana. Habis kita nanti.’

“Sebab dah terlalu lewat, saya bagi Syamsul 'dateline' dan dia menghantar 'raw material' untuk filem itu, yang hanya 50 peratus kualitinya daripada segi kandungan, kesan dan CGI serta belum dibuat 'final mix' dan sebagainya,” katanya pada sidang media.

Filem yang tersebar luas itu dikatakan bukan dalam format berdefinisi tinggi.

“Dia kata hantar saja ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)' dan Finas untuk penilaian wajib tayang memandangkan berpuluh filem menanti. Kalau tak, tayang 2014. Selama ini, kita hantar filem yang 100 peratus dari segi kualitinya.

“Tapi entah kenapa. Ada hikmah juga. Bayangkan kalau kita hantar 'Full HD' kepada syarat wajib tayang...LPF. Bayangkan apa yang terjadi. Sedangkan yang kualiti 50 peratus ini saja, besar kesannya terhadap kami,” katanya.

Akui tidak akan berkompromi dengan pelaku yang menyebarkan karya anaknya itu,  Yusof Haslam memberi amaran bakal mengambil tindakan tegas.

“Pejuangan kami tidak berhenti di sini. kepada mereka-mereka yang nak sabotaj kami, kami tak akan berdiam diri. Kalau kamu menggunakan Internet untuk mencetak rompak, pihak polis juga ada cara untuk mengesan.

“Kami akan bawa orang ini (pelaku) ke muka pengadilan. Bukan dengan denda setakat RM 1,000 tapi saya akan saman jutaan ringgit. Ini yang saya akan buat. Ini bukan perkara main-main.

“Filem ini melibatkan kos yang cukup besar. Walaupun kami buat filem dengan RM 100,000 modal sekalipun, itu adalah titik peluh kami, karya kami. Apabila karya kami dicuri, tidak ada kompromi,” katanya.

Tidak berhasrat untuk mempercepatkan tayangan KL Gangster 2, Yusof tidak mahu bersikap mementingkan diri.

“Tayangan filem ini tetap 3 Oktober. Saya disarankan untuk mempercepatkan tayangannya tapi saya tak nak.

“Saya boleh buat kalau fikir kepentingan diri sendiri tapi sebagai pembikin filem, saya menghormati rakan-rakan produser lain. Saya tak tergamaknya nak pijak kepala produser lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyerahkan soal sambutan dan kutipan kepada rezeki Allah.

“Insya-ALLAH ada rezeki, filem ini akan tetap dapat sambutan. Berapa nak kutip itu soal rezeki dari ALLAH,” katanya.

Kuda Hampir Mati Di Sungai Batu Pahat, Apa Sudah Jadi Sebenarnya?



Berikut adalah gambar yang cukup menyayat hati. Seekor kuda kelihatan dalam keadaan "nyawa nyawa ikan" di kandang kuda Sungai Batu Pahat Perlis. 

Gambar tersebut didedahkan oleh seorang rakyat Perlis di Facebooknya. Jika gambar tersebut adalah benar dan begitulah keadaanya maka pihak terbabit perlulah mengambil tindakan yang sepatutnya. 


YOUTUBE:LELAKI MENGAMUK RAMPAS BENDERA





Seorang lelaki Yang Tidak Dikenali Merampas Bendera 'Sang Saka' Di Dataran Merdeka Ketika Sambutan Malam Merdeka Malam Tadi.Perkara Itu Berlaku Ketika Sasterawan,A Samad Said Berucap.Sang Saka Adalah Bendera Yang Pernah Direkabentuk Khas Menerusi Tuntutan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Sebelum Mencapai Kemerdekaan.Turut Hadir Dalam Majlis Tersebut Aktivis Politik,Hishamudin Rais,Aktivis Mahasiswa,Adam Adli Dan Safwan Anang

Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my

Ketua Geng 21 Maut Ditembak Dalam Kuil

Seorang ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun ditembak mati dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah dekat Johor Baharu petang semalam.

Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya.

Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja.

Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.

Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Jurucakap polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi hotline polis, di talian07-2212999.


DIALOG ANWAR DAN BN: APAKAH AGENDA TERSEMBUNYI DISEBALIK 'HELAH' INI?


Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang kesediaan pembangkang mengadakan “rundingan meja bulat” bersama kerajaan bukan sahaja mengejutkan Barisan Nasional (BN) akan tetapi juga Pakatan Rakyat (PR).

Di ambang sambutan Hari Merdeka ke 56, pengumuman ketua pembangkang itu menjawab segala desas-desus mengenai pertemuan belakang tabirnya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Walaupun semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR semalam Anwar menjelaskan seruan untuk berbincang dengan BN itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan, secara persepsinya memang terdapat permainan “kayu tiga” di belakang.

Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu The Malaysian Insider, parti Islam itu tidak pernah mengetahui atau berbincang dengan ketua pembangkang mengenai rundingan dengan BN sebelum pengumuman itu dibuat.

“Pemimpin-pemimpin PAS terkejut mendengar pengumuman Anwar itu. Semua masih tak faham,” kata pemimpin itu dengan syarat namanya dirahsiakan.

“Kami mahu tunggu dan lihat terlebih dahulu,” tambahnya.

Pemimpin-pemimpin DAP yang dihubungi enggan memberikan komen dan bersikap dingin mengenai isu ini.

Reaksi dari pemimpin parti komponen PR itu menimbulkan tanda tanya tentang siapakah yang ingin berunding dengan BN, PKR atau gabungan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya 2008 itu?

Menurut Anwar, PR bersedia untuk mengenepikan ketidakpuashatian berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu yang mereka anggap dicemari dengan penipuan demi kesejahteraan dan masa depan negara.

“Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama,” katanya.

“Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok.”

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai reaksinya mengatakan Anwar terdesak dan memperlekehkan bantahan dilakukan pembangkang berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

"Apabila mahkamah menolak mereka teruskan dengan perhimpunan bodoh, jadi inilah yang dilakukan seolah-olah beliau pula yang menyatukan rundingan ini," katanya dalam satu sidang media dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno di PWTC semalam.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Muhkriz Mahathir pula mempersoalkan motif Anwar untuk berbincang dengan BN.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, tawaran berbincang dibuat Anwar selepas PR kalah dalam hampir kesemua petisyen pilihan raya di seluruh negara.

Apa pun percaturan Anwar, buat masa ini beliau dilihat terhegeh-hegeh mahu bertemu BN dan diperlekehkan oleh Khairy, Mukhriz serta pemimpin-pemimpin Umno lain.

Mata tertumpu kepada reaksi Najib. Beranikah anak kepada perdana menteri kedua itu memecahkan tradisi dengan membuka pintu perbincangan BN dan PR?

Selepas mesyuarat MT Umno semalam, perdana menteri terus bergegas meninggalkan bangunan PWTC tanpa memberikan sidang akhbar kepada pemberita.

Berapa lamakah Najib mahu mendiamkan diri mengenai isu ini?

Dalam perutusan Hari Kemerdekaan ke 56, Najib menggesa segenap lapisan masyarakat mempertahankan hari bersejarah itu.

“Kita juga wajib terus memelihara dan mempertahan perkara-perkara berkaitan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera seperti mana bapa-bapa kita terdahulu telah maktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya

Sesuaikah Anwar dengan pandangan Najib itu?

JANGAN KITA LUPA PADA 1 BENDA, IAITU..............



- See more at: http://tenteramaya.blogspot.com/2013/08/dialog-anwar-dan-bn-apakah-agenda.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter#sthash.cpgVxjjK.dpuf

Ngeri! Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Ditetak

tgnputus2

SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.

"Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam. Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

tgnputus1


Mak Nyah Sertai Perbarisan Merdeka Pahang

maknyah

KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan apabila turut disertai 12 orang mak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut yang sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.

Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika majlis raptai penuh perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-56 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, dekat sini, semalam.

Katanya, dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.

“DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sempena sambutan ini dapatlah mereka mengenal erti kemerdekaan dan rata-rata kelihatan bersemangat dan inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.

“Sebelum ini mereka dikenali dengan orang yang hanya keluar pada waktu malam dan berpelesiran di sana sini, tetapi ternyata setelah menyertai aktiviti ini mereka ada perasaan cintakan tanah air, ingin mendekati masyarakat dan hidup seperti orang lain," katanya.

Sementara itu, bagi Paula, 29, dia begitu teruja dapat bercampur dengan masyarakat pada majlis raptai tersebut memandangkan ada sebahagiannya boleh menerima secara terbuka kehadiran insan sepertinya.

“Ini kali pertama saya diberi peluang dan saya gembira kerana berjaya membuktikan golongan mak nyah bukanlah hanya memiliki cerita negatif sahaja.

“Malah kami juga ada hati dan perasaan seperti orang lain untuk hidup bermasyarakat menyambut hari bersejarah sekali gus berpeluang menjadi contoh untuk diikuti golongan kami yang seangkatan tapi masih belum sedar,” katanya.

Shima, 26, pula mengakui kini dia lebih yakin setelah melihat sendiri bahawa tidak semua anggota masyarakat yang memandang hina padanya.

“Sekiranya berpeluang, saya ingin terus terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan membantu kerajaan menjalankan program yang bermanfaat," katanya. - SINAR HARIAN

maknyah

maknyah1

Penduduk P. Pinang Boleh Menonton Tanda Putera Esok

tanda putera
 
Penduduk Pulau Pinang akhirnya dapat menonton Tanda Putera apabila filem kontroversi itu akan mula ditayangkan di negeri Pulau Mutiara itu esok.
 
Rangkaian panggung wayang GSC berkata, tayangan akan dibuat di negeri itu bermula Sabtu ekoran penjelasan kerajaan negeri semalam bahawa arahan yang melarang penayangannya hanya satu nasihat.
 
"Filem ini tergolong dalam Skim Wajib Tayang Lembaga Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan diluluskan oleh lembaga penapisan dengan pengelasan P13," kata jurucakap jabatan penjenamaan dan komunikasi korporat Esther Chew dalam kenyataan.
 
GSC sebelum ini memutuskan tidak menayangkan Tanda Putera di kesemua panggung wayangnya di negeri tersebut ekoran "arahan" kerajaan negeri.
 
Bagaimanapun, kerajaan negeri menjelaskan, "arahan" itu sebenarnya hanya bermaksud "nasihat"

Gambar: PDRM Siar Logo, Tatu Kongsi Gelap

BUKIT AMAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini di Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.

 

Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman SAC Dato' Abd Jalil Hassan dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini.

 

Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi.

 

Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.

1236981 650269924983318 1827483857 n

1280834 650269921649985 386418806 n

1238289 650269928316651 85473560 n

1236376 650269954983315 394200572 n

1157476 650269964983314 162225119 n

1175556 650269968316647 1856747704 n

Dr Zambry Tenang Gulung Perbahasan

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengejutkan banyak pihak yang mengikuti perjalanan Sidang DUN ke 13 Perak apabila tenang menggulung perbahasan titah ucapan perasmian Pemangku Raja Perak, hari ini.

Walaupun beliau difitnah dengan pelbagai tuduhan oleh beberapa wakil rakyat pembangkang sepanjang Sidang DUN, khususnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (PAS – Changkat Jering), Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham (DAP – Sitiawan) dan Setiausaha DAP, Nga Kor Ming (DAP – Kepayang), tetapi beliau tidak membalas balik di dalam ucapannya.

Ramai yang menjangkakan beliau akan membuat penggulungan yang cukup tegas sehingga boleh memanaskan suasana dalam Dewan, lebih-lebih lagi tuduhan Ngeh dalam isu kelulusan tanah.

Ngeh ketika satu sidang media menuduh berlaku `skandal terbesar negara’ dan `rompakan’ ketika mempertikaikan kelulusan tanah 120,000 hektar, kononnya untuk kroni-kroni.

Bagaimanapun, Dr Zambry tidak menggunakan ucapan penggulungan untuk `membalun’ Ngeh dan wakil-wakil rakyat pembangkang.

Sebaliknya, lebih mengejutkan, beliau menunjukkan sikap `gentlemen’ dengan memberi ruang dan peluang untuk beberapa wakil rakyat mencelah ketika berucap.

Malah, beliau turut memberi peluang kepada Mohamad Nizar untuk mencelah tetapi dengan syarat wakil rakyat itu `tidak memberi ucapan’.

Sepanjang penggulungan lebih satu setengah jam itu, yang bermula kira-kira jam 6.45 petang dan disambung semula kira-kira jam 7.45 malam, selepas solat Maghrib, beliau langsung tidak menunjukkan rasa marah.

Sebaliknya, beliau bersahaja walaupun beberapa wakil rakyat pembangkang cuba membuat provokasi.

Beliau sempat bergurau dengan wakil-wakil rakyat pembangkang, termasuk Nga dan Ngeh.

Diakhir penggulungan, Menteri Besar memuji semua wakil rakyat, baik di pihak kerajaan, mahupun pembangkang, kerana telah menunjukkan sikap dan perbahasan yang bermutu.

Beliau turut memuji Speaker, Datuk S.K Devamany yang disifatkannya telah menjalankan tugas dan peranan dengan begitu baik sekali.

FIDA:Takkan Saya Nak Pakai Baju Kelawar?

IMG 3377
 
Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim tidak menyalahkan segelintir peminat yang telah melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya ekoran beberapa keping gambarnya yang ketara menampakkan bentuk badan, dimuatkan sendiri oleh pelantun lagu Apo Kono Eh Jang? ini di laman instagramnya, baru-baru ini. Sebaliknya Fida menyifatkan peminat berkenaan telah tersalah anggap.
 
Menjelaskan mengenai perkara sebenar, Fida berkata dia sebenarnya baru dilantik sebagai duta produk pelansingan badan Emorra Be Slymm juga produk kecantikan Emorra GlowC, kira-kira sebulan lalu. Justeru gambar tersebut bertujuan menunjukkan hasilnya yang mengamalkan produk tersebu sejak dua bulan lalu. Sekaligus mempromosikan produk pelansingan berkenaan.
 
Antara gambar yang dimuat naik di Instagramnya yang mendapat kecaman teruk daripada segelintir peminat.Antara gambar yang dimuat naik di Instagramnya yang mendapat kecaman teruk daripada segelintir peminat.
 
Antara kritikan daripada peminat yang dilemparkan terhadap Fida Ibrahim.Antara kritikan daripada peminat yang dilemparkan terhadap Fida Ibrahim.
 
"Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjukkan hasilnya.
 
"Masa saya upload di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar tu.
 
"Lagipun saya duta produk pelansingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan...?", tuturnya kepada Malaysian Digest secara berseloroh.
 
Fida yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majalah Lisa semalam diminta mengulas mengenai  respon negatif dikalangan pengikutnya di Instagram, sehingga ada yang mendakwa dirinya mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok.
Begitu pun hal tersebut memberi pengajaran malah katanya, dia akan lebih berhati-hati dalam setiap pemakaiannya serta gambar-gambarnya yang dimuat naik di Instagram, pada masa akan datang.
 
Sementara itu mengenai perkembangan seni, Fida bakal muncul dengan single terbaru menerusi lagu berentak Pop Balada yang menyaksikan kolaborasinya dengan Qalam band, tidak lama lagi.