Thursday 31 October 2013

Anak Zaid Ibrahim & Baruanya Buat Video Lekeh Umat Islam Yang Pertahan Kalimah Allah


effing

Sekumpulan budak-budak Melayu ‘urban’ dipercayai beragama Islam semalam memuatnaik satu video berupa sindiran dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Katolik 

Video itu dimuatnaik dalam laman Youtube That Effing Show . Video bertajuk That Effing Show #95: Allah, Apa Lagi? berdurasi 6 minit 31 saat itu memaparkan drama ‘sarcastic’ antara beberapa pelakon yang berbahas mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’ dari segi bahasa.


Antara skrip drama pendek itu ialah pertikaian mengenai penggunaan perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu seperti dosa, pahala, bumiputera,. rokok dan cinta dari bahasa-bahasa lain .

    Skrip itu dibuat seolah-olah menunjukkan mengapa kalimah Allah hanya dikhaskan kepada orang-orang Islam sedangkan dalam bahasa Melayu sendiri banyak perkataan-perkataan asing yang digunapakai .

    Penulis berpendapat pengrah+pelakon dalam video ini terlalu ‘urban’ sampai tak memahami apa sebenarnya isu kalimah Allah yang diperkatakan .Mereka gagal memahami maksud kata ‘khas’ dan kata ‘umum’ .

    Presiden Perkasa, Ibrahim Ali juga disindir dalam video itu . Bukan lah penulis nak membela sangat Ibrahim Ali , tapi nampaknya budak-budak yang buat video ni boleh dikatakan memang kurang ajar + bodoh tak boleh diajar .

    Ini Melayu ‘urban’ yang terhasil dek pemikiran liberal yang disebar oleh puak-puak PR .

    Kesal bila kita tengok budak-budak Melayu sendiri yang terhegeh-hegeh buat video memperlekehkan perjuangan orang-orang Islam mempertahankan penggunaan kalimah Allah ini .

    Depa tak habis-habis buat pertikaian dari segi bahasa ? Selama ini di Semenanjung Malaysia gereja mana yang guna perkataan Allah dalam Bible mereka dan tiba-tiba sekarang timbul isu ini ?

    Siapa budak2 Melayu yang buat video ni ? OK..dari video youtube yang ditunjukkan hostnya ialah Ezra Zaid , lain-lain yang terlibat Umapagan, Ampikaipakan, Grey Yeoh, Bryan Chung, Fariq Shazwan Kuhiri, Kubhaer Jethwani, OK tak payah cerita panjang kita tengok background barua No.1 iaitu Ezra Zaid , siapa dia ni ?

    Dari hasil carian internet , barua ni adalah salah seorang penyampai di BFM ?.Ala.. station radio yang tanya Anwar direct samada dia tu gay or not . Kah kah kah . Ohh ya , dia ni juga adalah anak kepada Zaid Ibrahim .

    Si bangsat ni juga adalah penerbit kepada buku kontroversi Irshad Manji (pendokong LGBT) , yang diterjemah dalam bahasa Melayu “Allah , Kebebasan dan Cinta” . Agak-agak dengan segala macam….

     


    Adakah Suspek Kes Ambank Sudah Terlepas Ke Indonesia?

    Operasi Jejak Pengawal Suspek Kes Rompak, Bunuh Diperhebat...11 Dah Ditahan!


    SEMENJAK Alahyarhamah Norazita Abu Talib meninggal dunia akibat ditembak di kepala pada 24 Oktober lepas, hari ini sudah masuk hari ketujuh suspek yang menembaknya masih belum ditahan dan masih dalam buruan pihak polis.

    Dalam operasi memburu suspek yang dikenali sebagai Ardi itu, kira-kira 11 orang sudah ditahan bagi membantu mengesannya dan polis mengeluarkan kenyataan  yakin dia masih berada dalam negara.

    Polis juga sudah mengesahkan suspek sebenarnya merupakan seorang warga negara Indonesia yang menggunakan Mykad palsu untuk berkerja sebagai pengawal keselamatan.
    Memetik laporan Bernama Selasa lepas, pihak polis memberitahu tangkapan terbaru dalam gerakan memburu Ardi dibuat di Johor namun polis enggan mendedahkan identiti individu yang ditahan.

    Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah, penangkapan dibuat bagi tujuan membantu siasatan untuk mengenalpasti di mana lokasi suspek berada.
    Persoalan yang timbul sekarang ialah jika tangkapan dilakukan di Johor, adakah kemungkinan suspek, si Ardi sudah pun terlepas dan bolos balik ke  Indonesia?
    Ini kerana diketahui umum Johor merupakan antara pintu keluar masuk utama kemasukan rakyat Indonesia secara haram.

    Antaranya ialah Jeti Kukup di daerah Pontian yang dikatakan sering menjadi tempat kemasukan pendatang asing tanpa izin dari Indonesia ke Malaysia kerana kewujudan banyak hutan paya bakau yang memudahkan mereka menyembunyikan diri.
    Adakah suspek yang ditahan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seorang tekong?
    Jika seorang tekong yang membantu pendatang haram, adakah pihak polis sudah memulakan gerakan memburu suspek dengan bantuan polis antarabangsa (Interpol) bagi memburu suspek ganas dan berbahaya itu.
    Jenayah berlaku di Lembah Kelang oleh seorang pendatang asing tetapi penahanan terpaksa dilakukan sehingga di Johor…

    Apakah Ardi seorang yang begitu profesional dalam mengatur jejak langkahnya? Apakah dia telah mengatur semuanya dengan bagitu rapi?
    Andai kalau Ardi terlepas ke Indonesia pun, bukanlah salah pasukan polis kita kerana pintu keluar dan masuk haram di negara ini terlalu banyak. Keluasan sempadan air Malaysia terlalu panjang untuk dikawal sepenuhnya sepanjang masa.
    Identiti sebenar Ardi pun diketahu lepas beberapa hari, memberikan masa yang secukupnya kepada penjenayah itu untuk mengambil kesempatan lati keluar dari negara ini.

    Namun, semua itu sekadar andaian sehaja. Kalau dia terlepas pun, mungkin boleh mohon bantuan polis Indonesia untuk mengesannya. Kalau dia ada dalam negara, Insya’Allah tak lama lagi dapat la tu… mungkin hiduo mungkin mati…
    Ardi melarikan pump gun bersama….bermakna dia sangat merbahaya…

    Sementara itu, sebuah kedai emas di Setapak pula dirompak oleh pengawal keselamatan peribadi kedai itu sendiri dan suspek turut bersenjata.
    Secara kebetulan, perompak kes kedai emas juga dipercayai berasa dari Sabah dan turut menggunakan Mykad palsu.

    Sehingga kini, rakaman kamera litar tertutup kedai emas berkenaan masih tidak didedahkan pihak polis adakah ia melibatkan suspek yang sama atau tidak.

    Di sana sini, masyarakat diselubungi rasa bimbang ekoran Ardi masih lagi bebas biarpun pihak polis sudah pun menahan isterinya bagi membantu siasatan dan juga beberapa individu lain.

    Kita berharap kes pembunuhan dan rompakan di Ambank USJ Sentral, Subang Jaya akan selesai segera dan suspeknya dihadapkan ke muka pengadilan.

    Lagi Kes Pengawal Keselamatan Guna MyKad Palsu, Mengaku Sabah Merompak!

    Rompak Barang Kemas

    PETALING JAYA : Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pagi tadi.
    Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek berasal dari Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

    Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.
    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

    Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.
    Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.
    Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

    Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.
    Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.


    Wednesday 30 October 2013

    Anwar Mengaku PERNAH BERSETUJU Cukai GST Dilaksanakan

    Anwar Mengaku PERNAH BERSETUJU Cukai GST Dilaksanakan

    KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April 2015 merupakan sistem cukai yang efisyen namun beliau menggesa kerajaan mengambilkira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.

    “Saya akui memang saya pernah bersetuju dengan pelaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan. Ketika saya ambil alih Kementerian Kewangan pada 1998, saya tidak pun laksanakan GST kerana kita ada catat lebih kecil pendapatan.

    “Justeru, tak perlu kita apologetik, sekarang pun saya setuju dengan GST. GST memang masih efisyen dan ini telah pun diakui oleh professor dan pakar ekonomi tetapi harus ada prasyarat yang perlu dipatuhi sebelum GST dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Bilik Taklimat Parlimen pada Rabu.

    Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan perlu memastikan tahap pendapatan rakyat harus ditingkatkan terlebih dahulu sebelum GST dilaksanakan.
    Selain itu, beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan infrastruktur percukaian cukup baik sebelum GST diperkenalkan.
    “Dua faktor ini sangat penting. Namun hingga sekarang dua perkara ini belum terlaksana dengan baik. Beberapa dasar seperti dasar monopoli perlu dilaksanakan secara telus.

    “Tetapi barangan keperluan seperti gula dan beras masih dimonopoli oleh satu pihak. Ini yang menyebabkan harga barang-barang itu naik kerana tidak ada persaingan,” katanya.
    Dalam pembentangan Bajet 2014, Jumaat lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan GST akan dilaksanakan dengan kadar 6 peratus berkuatkuasa 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.
    GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.

    Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.
    Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, GST akan memastikan harga barangan tidak akan meningkat

    Pengawal Bank Buat Hal Lagi, Kali Ni TERLEPAS Tembak Di Kaunter Juruwang

    SEGERA: Pengawal Bank Buat Hal Lagi, Kali Ni TERLEPAS Tembak Di Kaunter Juruwang

    GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini Rabu, untuk siasatan.
    Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang.

    “Ketika kejadian pengawal itu ditugaskan berkawal di ruang antara bilik kebal di ruang belakang kaunter juruwang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai lesen senjata api yang sah.
    “Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
    Beliau berkata tembakan itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan. – BERNAMA


    PORTAL pembangkang Malaysiakini menang dimahkamah ke atas kerajaan - MAHKAMAH KITA TAK TELUS LAGI KE??




    Pembangkang selalu kata mahkamah di Malaysia tidak adil kerana jadi perkakas kerajaan. Antara yang biasa kita dengar ialah:

    * Mahkamah di Malaysia tidak adil kerana menghalang akhbar Kristian menggunakan kalimah Allah.
    * Mahkamah di Malaysia tidak adil kerana menolak petisyen pilihan raya pembangkang.
    * Mahkamah di Malaysia tidak adil kerana membenarkan pendakwaan ke atas DS Anwar dalam kes liwat.


    Tetapi tiba-tiba hari ini mahkamah Malaysia adil kerana:

    * Portal maha pro-pembangkang, Malaysiakini menang di mahkamah ke atas kerajaan.
    * Pemimpin NGO propembangkang, Persatuan Anak Felda (Anak) menang kes saman kerajaan di mahkamah.

    Malaysiakini siar berita mengenai kejayaan mereka itu di laman utama portal, manakala Suara Keadilan juga siar "keadilan mahkamah" di laman utama akhbarnya.

    Mahkamah hanya adil jika pembangkang menang, jika kalah maka institusi mahkamah dicop sebagai yang paling korup di dunia.

    Itulah mentaliti pembangkang - spesis yang tak mungkin ditemui di negara lain. Hanya di Malaysia.

    VIDEO CCTV: Gadis Bertudung ‘BERCOMOLOT’ Sakan Dalam Lif

    VIDEO: Gadis Bertudung 'BERCOMOLOT' Dalam Lif


    Kisahnya berlaku di dalam sebuah lif membabitkan dua orang remaja perempuan, seorang bertudung mana kala seorang lagi tidak.

    Perlakuan sumbang mereka ini yang dikatakan berlaku pada sekitar tahun 2007 dikecam hebat oleh warga internet setelah video CCTV ini tersebar di Internet.

    Apa yang pasti, ianya bukan berlaku di Malaysia.
    Daripada pengamatan, mereka dipercayai dari Timur Tengah…marilah kita sama-sama 
    doakan perkara ini dijauhkan dari anak cucu kita

    VIDEO CCTV: Gadis Bertudung ‘BERCOMOLOT’ Sakan Dalam Lifhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/sumbang-lesbiah.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/sumbang-lesbiah-150x150.jpgMyNewsHubmyHangatUtama

    Hairie Othman TIDAK LAGI Mahu Terlibat Dengan Aktiviti Pakatan Rakyat

    Hairie Othman TIDAK LAGI Mahu Terlibat Dengan Aktiviti Pakatan Rakyat

    PELAKON Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat.
    Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung.

    “Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

    Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan.

    Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman.
    Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen untuk Pas tetapi seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat dikatakan tidak mempedulikannya termasuklah gagal memberikan projek seperti yang dijanjikan selepas PRU itu berakhir.
    “Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu,” tambahnya.


    Tuesday 29 October 2013

    VIDEO : Cubaan Ragut Guna Kereta MPV!

    VIDEO : Cubaan Ragut Guna Kereta

    PERCUBAAN penjenayah untuk meragut barang berharga daripada orang ramai kini tidak terhad kepada penggunaan motosikal sebaliknya penjenayah sudah mula menggunakan kereta.
    Dalam satu rakaman video di laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC) menunjukkan penjenayah menggunakan sebuah kereta MPV untuk menjalankan kegiatan itu.
    Video berkenaan yanga hanya selama 19 saat menunjukkan mangsa seorang wanita yang pada awalnya sedang berjalan kaki di sebelah MPV berkenaan.
    Tiba-tiba pintu MPV berkenaan dibuka dan beg tangan wanita berkenaan cuba diragut seorang lelaki tetapi gagal lantas penjenayah melarikan diri dengan kenderaan MPV itu.
    Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu sememangnya mengejutkan wanita itu yang hanya berjalan kaki tanpa memikirkan sebarang bahaya yang bakal berlaku ke atas dirinya.
    Kejadian berlaku di Desa Aman Puri, Kepong, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 12.26 tengahari semalam, menurut pengguna Facebook yang berkongsi video ini Lim Kwee Han.
    Orang ramai diminta berhati-hati jika melihat kenderaan dengan nombor plat ADN 1555 yang kemungkinan digunakan oleh penjenayah. 
     VIDEO : Tu Diaaaa…. Cubaan Ragut Guna Kereta MPV!http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Fullscreen-capture-30102013-112524-AM.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Fullscreen-capture-30102013-112524-AM-150x150.jpgAuthor MNHJenayahUtama,

    LAGI PENIPUAN -Takkanlah Pizza Hut Tak Bagi Pelanggan Guna Kerusi Roda Makan?

    pizza

    Sibuk nampaknya fanpage fanpage pembangkang di facebook memutarkan berita mengenai Ahli Majlis Petaling Jaya, Anthony Thanasayan dilarang masuk ke cawangan Pizza Hut Mid Valley hari ini.

    Mengikut maklumat yang disebarkan, Anthony mahu bertemu seseorang di restoran berkenaan siang tadi.

    “Namun, apabila Anthony mahu memilih di mana dia mahu duduk, dia diberitahu Pengurus Restoran, Niq Rabiya bahawa premisnya mempunyai polisi yang tegas dan jelas tidak mengalu-alukan pelanggan menggunakan kerusi roda.
    “Dia seterusnya memberitahu bahawa arahan itu diberi oleh Pengurus Kawasannya, Rozita,” menurut salah satu fanpage berkenaan.

    Tambahnya, menyedari masalah berkenaan, Pengurus Perkhidmatan Pelanggan Mid Valley, Kenny Tan bergegas ke restoran itu.
    Apa yang berlaku selepas itu tidak dinyatakan.
    Ada dua keping gambar disertakan namun sebenarnya ia tidak menjelaskan apa yang berlaku.
    Setakat gambar dan dakwaan di fanpage pembangkang ni… samalah macam penipuan 45,000 warga Bangladesh mengundi semasa pilihan raya umum yang lalu yang terbukti penipuan terancang kumpulan siber pro DAP, Red Bean Army.

    Penulis seperti rakyat Malaysia lain berfikir jauh (agar tidak tertipu seperti isu palsu pengundi Bangladesh) mahukan lebih banyak bukti.
    Apa yang penulis nampak setakat ini, fanpage-fanpage milik Cina DAP ini memang sengaja mewujudkan isu yang menjatuhkan imej syarikat-syarikat besar yang ditunjangi peniaga Melayu.

    Sangat jelas serangan sistematik dihalakan kepada syarikat Melayu seperti mana Gardenia diserang dahulu sebagai menaikkan harga (sedangkan tidak berlaku).
    Justeru, dalam kes yang disebarkan hari ini, diharap bukti yang lebih kukuh diketengahkan.
    Persoalan yang perlu dijawab, apakah benar kejadian itu berlaku seperti yang didakwa… jika benar, apakah ia polisi Pizza Hut atau ada pekerjanya yang memandai buat polisi sendiri untuk senangkan diri sendiri.

    Jika benar, maka pekerja berkenaan yang sepatutnya diambil tindakan. Kalau benar itu polisi Pizza Hut, maka kita semua harus berhenti makan di restoran itu.
    Kalau difikirkan secara lojik, tidak mungkin sebuah syarikat yang memegang franchies antarabangsa akan tampil dengan polisi yang sengaja mengundang masalah kepada imej syarikat  itu disamping berdepan dengan risiko tindakan perundangan.
    Sama sekali tidak dapat difikirkan mengapa Pizza Hut mahu menghalau pelanggan. Memang tidak masuk akal.

    Dua keping gambar itu bukan bukti kepada apa yang sebenarnya terjadi.
    Banyak lagi perkara yang perlu dijawan dan dipersoalkan… antaranya apakah mungkin Anthony Thanasayan pun ada perangai mengada-ada? Apakah beliau menuntut sesuatu yang mustahil?

    Apakah yang berlaku mungkin dirancang untuk disebarkan di media sosial seperti kes kononnnya OKU dipaksa naik tangga untuk hantar memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim yang didakwa dibuat oleh Surendren Hilang Telur baru-baru ini.
    Kita mahu gambaran sebenar dan bukannya setakat kata-kata dari fanpage yang ternyata mempunyai agenda-agenda tersendiri.
    Kedua pihak perlu tampil memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku.


    Perbuatan Syirik Mengantung Patung Di Bumper Kereta



    Sudah tentu ramai di luar sana pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah pehadang belakang (bawah bumper belakang) kereta. Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di jalanraya tempat berlakunya kemalangan.




    Tujuan utama pemandu-pemandu di Thailand menggantungkan patung di bawah kereta mereka kerana takut di ganggu oleh roh si mati terutamanya roh kanak-kanak yang mati dalam kemalangan. Jadi mereka memasang anak patung pada pehadang belakang kereta, supaya roh kanak-kanak tenang.
    Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thailand yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka. Namun, sebagai umat Islam, kita harus sedar dengan isu sebegini. Firman Allah, mafhumnya: Maka barang siapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)

    Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).
    Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t. Walaupun perkara seperti ini ada yang menyatakan karut dan mereka lebih mengikut trend yang sentiasa berubah-ubah mengikut zaman, adakah mereka pernah terfikir Al-Quran yang tak pernah luput dek zaman dengan di bandingkan dengan trend yang sentiasa bertukar. -MNH-

    Gantung Patung Belakang Kereta Boleh Jejas Akidah
    Sudah tentu ramai di luar sana pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah pehadang belakang (bawah bumper belakang) kereta. Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

    Namun begitu terdapat sebuah hadis yang memberitakan bahawa sesebuah rumah tidak akan dimasuki oleh malaikat jika terdapat anjing dan patung. Abu Talhah al-Ansari, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung
    (Riwayat Muslim).

    Menurut ulamak, patung yang dimaksudkan ialah patung yang diletak atau digantung untuk tujuan perhiasan. Jika patung tersebut untuk dijadikan permainan maka ia dibolehkan. Perbuatan menggantung patung (berbentuk haiwan atau manusia) adalah menyerupai perbuatan agama lain yang menjadikan patung ini sebagai objek sembahan dan alat tawasul untuk memohon permintaan. Oleh sebab itu, bagi mengelakkan melakukan unsur-unsur syirik dan juga penghalang daripada malaikat rahmat masuk kedalam sesebuah tempat (malaikat maut tetap masuk), maka semua patung-patung yang dijadikan perhiasan tersebut perlu dibuang atau menjadi alat permainan sahaja

    Pengurus Besar Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Yang Maut Dalam Kemalangan


    Dungun – Pengurus Besar Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2, Rusli Embok, sempat mengimamkan solat Maghrib, sebelum maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Jerangau-Jabor dekat Ladang Gajah Mati di sini, malam kelmarin.

    Dalam kemalangan jam 7.25 malam itu, Rusli, 55, bersama pemandunya, Mohamad Zuki Ngah, 44, yang menaiki Mitsubishi Pajero Sport, merempuh bahagian belakang sebuah treler rosak yang berhenti di tengah jalan di laluan itu.

    Putus tangan kiri

    Mangsa yang berasal dari Pasir Panjang, Terengganu, putus tangan kiri serta cedera parah di kepala, sebelum disahkan mati di lokasi.

    Pemandunya yang turut cedera di kepala, dikejarkan ke Hospital Dungun, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

    Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, berkata selepas merempuh belakang treler, pacuan empat roda itu berpusing dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh Honda City dari arah bertentangan.

    “Pemandu Honda City, Hamdan Abdul Hamid, 62, dari Gurun, Kedah, dalam perjalanan menghantar anaknya, Nor Syahazrina, 26, yang juga jurutera PETRONAS menghadiri seminar di Hotel Awana Kijal, Kemaman, terselamat.

    “Pemandu treler terbabit, Che Mohd Ramli Mohamad, 62, dari Gua Musang, dalam perjalanan pulang ke Gua Musang selepas menghantar bijih besi ke Pelabuhan Kuantan, terselamat,” katanya.

    Ahmad Zailani berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Konvoi lawat tapak projek

    Sementara itu, rakan setugas arwah, Md Abdul Rahman Embong, 45, berkata sebelum kejadian mereka menyertai konvoi 20 kenderaan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Mohd Shafiq Abdullah, yang melakukan lawatan ke tapak pembinaan LPT dari Kuala Terengganu ke Cheneh, Kemaman.

    “Selepas selesai melawat projek pembinaan terakhir Fasa 1C di Cheneh, Kemaman, masing-masing bertolak pulang ke Kuala Terengganu. Saya bersama arwah serta beberapa rakan lain bertolak agak lewat kerana arwah mahu bersolat Maghrib terlebih dahulu.

    “Kami berlima menunaikan solat di pejabat tapak di situ dengan diimamkan arwah. Selesai solat, saya menaiki kereta lain untuk pulang, manakala arwah bersama pemandunya mengekori di belakang,” katanya.

    image

    Awak Makan Dulu

    “Awak makan dulu, walid balik lambat hari ini,” itu antara kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir yang sempat dihantar Rusli kepada isterinya, Norma Abdul Rahman, 52, sebelum terbabit dalam nahas.

    Norma berkata, SMS itu adalah yang terakhir diterimanya kira-kira jam 7 petang, sebelum dikhabarkan berita kematiannya pada hari sama.

    “Tengah hari sebelum kejadian pun, arwah ada menelefon saya, ketika itu dia sudah berada di Dungun. Arwah pesan supaya saya tidak lupa makan ubat sebab saya kurang sihat.

    “Kehilangan arwah sangat dirasai ahli keluarga kerana dia seorang yang penyayang dan terlalu mengambil berat soal anak-anak,” katanya yang mengajar di Kolej Vokasional Wakaf Tembusu, di sini.

    Menurut Norma yang masih bersedih di atas apa yang berlaku, setiap pagi, sebelum dia ke sekolah, arwah selalu bawakan beg serta barang-barangnya dan diletakkan di dalam kereta sambil mengiringinya sehingga ke pintu kereta.

    “Tetapi pada hari kejadian, arwah hanya meletakkan barang-barang saya ke dalam kereta dan kemudiannya duduk di hadapan televisyen sambil menonton rancangan agama kegemarannya.

    “Pada pagi itu, arwah tidak mengekori saya sehingga ke pintu kereta, sebaliknya saya bersalam dengannya di dalam rumah sahaja sebelum keluar ke tempat kerja,” katanya.

    Norma tidak mengesyaki perkara pelik yang akan terjadi kerana dia sendiri mengetahui bahawa arwah memang suka menonton rancangan agama itu.

    Sementara itu, adik ipar arwah, Ramli Abdul Rahman, 38, berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

    “Ketika perjumpaan keluarga itu, arwah kelihatan sangat gembira, sehari sebelum menyambut Aidiladha dia berpuasa, dan ketika berbuka puasa, arwah nampak begitu berselera menjamu masakan ketam yang disediakan.

    “Arwah memang seorang yang sangat disenangi ahli keluarga serta sanak saudara kerana kami selalu berhubung di antara satu sama lain,” katanya.

    Manakala biras arwah, Dr Zulkifli Mohd Yusoff, 50, berkata, berita kematian arwah sangat mengejutkannya kerana baru sahaja berjumpa dua minggu lepas.

    “Sejak dahulu lagi, arwah memang baik dengan semua orang dan saya perasan sejak kebelakangan ini, dia terlalu rapat dengan kami semua (saudara-mara), kehilangannya memang amat dirasai,” katanya.

    Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kecil, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu kira-kira jam 12 tengah hari.






    Contoh ‘Kasih Sayang’ Pas Pada Allahyarham Ustaz Azizan…

    Contoh 'Kasih Sayang' Pas Pada Allahyarham Ustaz Azizan...

    Berikut catatan Ustaz Sanusi yang mana merupakan Setpol Bekas MB Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Ab Razak tentang perjalanan PAS Kedah.

      Ia membuktikan bagaimana situasi yang berlaku dalam PAS semasa Allahyarham masih menjadi pesuruhjaya negeri.

      Screenshot_2013-10-22-13-34-45-751624

      Yang berpunca dari penentangan pihak tertentu.

      Tekanan dan kesan penentangan tersebut telah membawa kepada hasrat Ustaz Azizan mahu meletakkan jawatan akibat pergolakan dalaman aantara mereka yang tidak sepatutnya berlaku dalam parti Islam tersebut.

      Baca kisahnya lebih lanjut dan nilaikan sendiri adakah PAS akan menang PRK N20 Sg Limau kali ini.

      Screenshot_2013-10-22-13-35-10-755332

      Penyokong Azizan sudah pasti akan memilih untuk memberi undi kepada BN agar perbuatan kejam penentang beliau akan mendapat balasan yang setimpal !

      Kenang bagaimana Hj Hadi sendiri tiba hari kedua beliau meninggal dan Anwar serta Lim Kit Siang juga tidak pergi menziarahi beliau seperti mana mereka melakukannya ketika Teoh Beng Hock mati.




      Monday 28 October 2013

      VIDEO - Motor Pakcik Terbakar Isi Petrol

      Motor Pakcik Terbakar Isi Petrol

      Berapa ramai daripada kita yang menghiraukan amaran atau langkah-langkah keselamatan ketika mengisi petrol di stesen minyak.

      Bagi yang bermotosikal terutamanya, sudah diberi peringatan agar jangan mengisi petrol ketika enjin motosikal masih lagi hidup, matikannya sebelum mula mengisi.

      Di internet, kini tersebar rakaman video menunjukkan sebuah motosikal terbakar ketika mengisi minyak dipercayai kerana membiarkan enjin motosikalnya hidup.

      Sebaik terbakar, beliau yang dihempap motosikalnya segera bertindak pantas menarik motosikalnya jauh dari pam minyak berkenaan bagi mengelakkan kebakaran lebih besar berlaku.

      Jika api marak dan merebak ke pam, kemungkinan salah satu pam berkenaan akan meletup seterusnya akan menyebabkan kemusnahan besar dan kemungkinan mengakibatkan maut.

      Jadi, apabila anda mengisi petrol di stesen minyak, ingat dan ikut amaran yang disediakan kerana ia dibuat untuk keselamatan anda juga. – mynewshub.my


      HOT! Calon Pas Sokong Syiah? #PrkSgLimau


      Sebelum ini, calon PAS DUN Sungai Limau, Azam Samad dikaitkan dengan Syiah. Sebelum ini juga, PAS telah dikaitkan dengan Syiah dan PAS amat sukar untuk menafikan perkara berkenaan, sekalipun PAS cuba menyejukkan hati majoriti pengikutnya yang berpegang kepada fahaman Sunnah Wal Jamaah bahawa mana-mana ahli PAS yang menganuti fahaman Syiah, akan dipecat serta-merta. 

      Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, PAS tidak pernah memecat atau mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap ahli-ahli PAS yang telah dikenalpasti menganuti fahaman Syiah seperti Abdullah Hasan, Kepala Syiah Rafidhah Kedah yang berpusat di Pendang. Sebaliknya para pemimpin utama PAS kelam-kabut cuba menyembunyikan perkara sebenar dengan pelbagai dalil dan dalih untuk membenarkan PAS terus digayuti dan dikuasai oleh Syiah. 

      Kedahan69ers.com berjaya mengesan sebuah banner di Jalan Kampung Sungai Kering, Sungai Limau yang jelas terpamer ciri-ciri PAS yang memberikan sokongan dan mendoakan kemenangan ‘jemaah’ mereka. 

      Ungkapan ‘YA ALI,’ ‘YA HUSIN’ dan ‘LABAIK YA ZAHRAH’ sememangnya merupakan seruan kaum Syiah. Kaum Syiah bertawassul kepada ‘ALI, HUSIN dan FATIMAH AZ-ZAHRAH’. Malah menjadikan ALI sebagai Tuhan mereka dengan seruan ‘YA ALI MADAD’… 

      Sebelum ini, dilaporkan bahawa puak Syiah akan mencalonkan salah seorang daripada mereka untuk bertanding di Sungai Limau. Barangkali kerana memikirkan bahawa Azam Samad yang merupakan calon rasmi PAS, jauh lebih berwibawa dan jauh lebih mudah untuk menjalankan pendoktrinan dan pendogmaan Syiah di Sungai Limau yang bersempadan dengan Pendang, mereka akhirnya membatalkan hasrat untuk mencalonkan calon Syiah, sebaliknya memberikan sokongan kepada calon PAS, Azam Samad.

      Sunday 27 October 2013

      Rakan Suspek Tembak Pegawai Bank Kini Kebimbangan

      Rakan Suspek Tembak Kini Kebimbangan

      BERIKUTAN tersebarnya laman Facebook suspek pembunuh pegawai Ambank di Subang Jaya dengan nama sebenarnya Ardi Ode Putra Katela, rupa-rupanya ada tiga orang rakan 


      Facebooknya suspek turut bertugas sebagai pengawal keselamatan.
      Seorang daripadanya bernama Aher Putra Wa Rumber kini dikatakan dalam kebimbangan ekoran kes melibatkan rakannya Facebooknya itu.

      Dalam beberapa status yang dimuatnaik olehnya, ada status yang menyebut untuk keluar makan pun dia takut bimbang terjadi apa-apa yang tidak diingini.
      Aher01
      Aher02

      Setakat ini, pihak polis masih belum menahan atau memberkas suspek selepas kes berkenaan berlaku 23 Oktober lepas sudah masuh hari kelima selepas kejadian itu.
      Rakan suspek ini, turut bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara ini tanpa mengetahui status sebenar adakah mengikut peraturan atau tidak seperti ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
      Terdapat sedikit kebimbangan apabila rakan suspek yang bertugas sebagai pengawal keselamatan banyak meminati beberapa jenis laman berunsur seks seperti yang dapat dilihat melalui Facebooknya, tidakkah ia termasuk juga dalam proses tapisan yang perlu dijalankan oleh KDN?
      Diharapkan pihak berkuasa menyedari perkembangan terbaru yang sudah pun tersebar di laman-laman blog di internet berkenaan identiti sebenar suspek dan juga rakan-rakannya.