Saturday 30 November 2013

Hero Filem Fast & Furious Mati Kemalangan


Aktor Hollywood yang terkenal dengan lakonan dalam filem The Fast and The Furious, Paul Walker, 40, meninggal dunia hari ini dalam satu kemalangan jalan raya di Santa Clarita, utara Los Angeles, California.

Laman web selebriti TMZ melaporkan, kemalangan dahsyat itu berlaku apabila kereta Porsche yang dinaiki Walker hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok sebelum terbakar dan meletup.
Walker dan pemandu Porsche dipercayai kawannya, maut di tempat kejadian.

Menurut pengendali Facebook aktor terbabit, Walker ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis amal yang diadakan organisasi dinaunginya iaitu Reach Out Worldwide yang sedang mengumpul dana bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda Filipina bulan lepas. – REM RAMZI


Wednesday 27 November 2013

VIDEO - Kaki tipu kedai kereta cina kena raid oleh pelanggan & tiga line


download (25)
7 pelanggan yang ditipu deposit mereka oleh peniaga kedai kereta cina datang mengambil balik wang mereka, peniaga yang menipu ramai pelanggan sebelum ini melaporkan kepada pemberita serta menunjukkan 
CCTV mereka untuk mendapatkan simpati polis dan rakyat di Malaysiakini tetapi kantoi keran mmg mereka kaki penipu. Sedap sangat menipu org, last2 sendiri kantoi, padan muka la

sumber – YOUTUBE

Dua profesional muda sertai barisan Exco Pemuda Umno

Khairy Jamaluddin (tengah) bersama Khairul Azwan (dua, kiri), Jawawi Jaafar (dua, kanan), Mohamad Sahfri (kanan) dan Abdul Razak (kiri) selepas Mesyuarat Exco Pemuda Umno di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur pada Rabu. - FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Dua profesional muda adalah antara yang dibawa menyertai barisan kepimpinan Pemuda Umno pusat bagi penggal 2013-2016, yang turut menyaksikan kewujudan dua biro baharu.
Ketika mengumumkan senarai penuh barisan portfolio Exco Pemuda dan ketua serta naib Ketua Pemuda negeri di sini Rabu, ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata pelantikan profesional muda lingkungan 20-an iaitu Shahril Suffian Hamdan dan Ar Rahman Husin adalah bagi mewakili generasi muda.
"Mereka (dua exco muda) ini ialah daripada luar struktur Umno secara tradisi walaupun mereka ini ahli tetapi tidak datang daripada jawatankuasa bahagian, cawangan dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama sayap itu selepas pemilihan parti Oktober lepas di Menara Dato' Onn, Rabu.
Dalam pada itu, Khairy berkata pengenalan dua biro baharu iaitu Perkaderan Politik serta Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup menjadikan jumlah keseluruhan biro dalam pergerakan berkenaan kini 27.
Beliau juga berkata barisan kepimpinan kali ini hanya dibarisi lima muka lama manakala selebihnya adalah muka baharu.
ikrar2
Khairy (dua, kiri) mengetuai majlis angkat sumpah perlantikan jawatan exco Pemuda Umno pada Mesyuarat Exco pergerakan itu, Rabu. FotoBERNAMA

Beliau berkata setiap biro diletakkan KPI masing-masing agar mempunyai matlamat jelas dan dapat mencapainya dalam usaha pergerakan itu menarik minat 2.5 juta pengundi muda menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Kita juga ada dua matlamat, pertama PRU14 kita menang dan kita dapat sokongan padu daripada pengundi muda, termasuk yang kita dekati, bantu untuk daftar jadikan ahli, 2.5 juta pengundi baharu... kita akan cuba dekati mereka seramai mungkin.
"Yang kedua ialah proses pengkaderan sebab itu kita tubuhkan biro baharu. Pada Perhimpunan Agung lepas, Presiden (Umno) bersetuju Pemuda menubuhkan satu akademi kepimpinan yang kita beri nama atas penghormatan Ketua Pemuda Umno Malaysia pertama, Tun Hussein Onn, kita bagi nama akedemi Kapten Tun Hussein Onn, dan akademi ini akan jadi tempat di mana kita laksanakan pengkaderan.
"Kita juga mencari pemimpin masa depan Umno daripada kalangan pemuda, mahasiswa dan profesional muda, kita akan kenal pasti mereka yang boleh dilatih untuk dibangun sebagai pemimpin masa depan," katanya.

Berikut adalah senarai biro dan pengerusinya:
1. Jawatankuasa Pengurusan: Khairul Azwan Harun
2. Penerangan:Jamawi Jaafar
3. Pendidikan Tinggi: Fathulbari Mat Jahya
4. Politik dan Pidato:Armizan Mohd Ali
5. BN dan 1Malaysia: Mohd Najib Mohd Isa
6. Pendidikan Luar Negara: Onn Hafiz Ghazi
7. Keselamatan Awam: Mua'amar Ghadafi Jaamal Haamaludin
8. Hal Ehwal Bandar dan Perumahan: Nazir Hussin Akhtar Hussin
9. Hubungan NGO: Khairul Firdaus Khan Akhbar Khan
10. Pertanian dan Asas Tani: Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad
11. Kesenian dan Kebudayaan:Jeffri Salim
12. Perkaderan Politik:Tengku Zuhri Tengku Aziz
13. Pekerja Muda:Dazma Shah Daut Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi
15. Sukan: Yuzmizan Md Yunus
16. Antarabangsa: Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan
17. Sosial Etika: Mohd Iskandar Jaafar
18. Kesatria Muda: Arman Azha Abu Hanifah
19. Hal Ehwal Luar Bandar: Anuar Abdul Manap
20. Pelajaran: Mohd Rafiq Naizamohideen
21. Media Baru: Ibdillah Ishak
22. Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan : Azlan Abdullah
23. Professional Muda:Shahril Hamdan
24. Agama: Azmir Yuzaimi Mohd Yunos
25. Keahlian Dan Daftar Pemilih:Kamarol Salleh
26. Aduan Komuniti: Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman
27. Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup: Mohd Ar Rahman Husin
Setiausaha Kerja : Sdr Mohd Lassim Burhan
Senarai Ketua dan Naib Ketua Pemuda Negeri:
1. Perlis
Ketua Pemuda : Syed Atif Syed Abu bakar
Naib Ketua Pemuda : Khairul Anuar Ahmad
2. Kedah
Ketua Pemuda : Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abdin
Naib Ketua Pemuda : Mahadzir Abdul Hamid
3. Pulau Pinang
Ketua Pemuda : Rafizal Abd Rahman
Naib Ketua Pemuda : Jasmin Noordin
4. Perak
Ketua Pemuda : Hairul Anwar
Naib Ketua Pemuda : Khairul Shahril
5. Selangor
Ketua Pemuda : Zuhri Zainal
Naib Ketua Pemuda : Rizuan Mahidin
6. Wilayah Persekutuan
Ketua Pemuda : Mohd Razlan
Naib Ketua Pemuda : Mohd Rafi
7. Negeri Sembilan
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Naib Ketua Pemuda : Azharuddin Shujauddin
8. Melaka
Ketua Pemuda : Zali Mat Yasin
Naib Ketua Pemuda : Rohaizam Bakar
9. Johor
Ketua Pemuda : Hasrin Hashim
Naib Ketua Pemuda : Khairul Anwar
10. Pahang
Ketua Pemuda : Shahruddin Ahmad
Naib Ketua Pemuda : Ahmad Nilhakim Abd Rahman
11. Terengganu
Ketua Pemuda : Mohd Johari Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda : Dr Najmil Faiz
12. Kelantan
Ketua Pemuda : Mohammad Azam Ismail
Naib Ketua Pemuda : Eriandi Ismail
13. Sabah
Ketua Pemuda : Yamani Hafez
Naib Ketua Pemuda : Shahelmey Yahya
- BERNAMA

Saturday 23 November 2013

Anjing Israel Dilatih Menerkam Orang Yang Melaungkan Allahuakbar


Jerusalem – Dr. Ahmed Tibi, wakil Arab di parlimen Israel Knesset mengatakan bahawa pasukan p Zionis Israel telah melatih “kumpulan anjing” khusus untuk menerkam dan menyerang setiap orang yang berteriak “Allahu Akbar”.
Dalam pertemuan dengan perbincangan dengan Menteri Keamanan Dalam Negeri Israel, semalam, Tibi mengatakan, “Bagaimana Anda melatih anjing-anjing Anda untuk menyerang orang Arab?! Apa sebenarnya yang menakutkan Anda tentang kefahaman agama dan iman “Allahu Akbar”?!
” Tibi meneruskan pertanyaannya dengan mengatakan, “Apa yang Anda latih terhadap anjing-anjing Anda untuk bertindak jika melewati sebuah masjid atau kaum Muslimin yang sedang solat dan melaungkan”Allahu Akbar”?!”
Tibi telah mengejutkan parlimen “Knesset” Zionis dengan perkataannya tentang masalah ini. Dia menerangkan di depan sejumlah anggota parlimen dengan mengatakan,
“Apakah Anda belum mendengar salah seorang pemimpin tentera yang menghadiri sebuah festival, menampilkan anjing-anjing tersebut dan menerkam seorang pelatih yang berteriak “Allahu Akbar”?
Sampai di mana Anda dan sudah sejauh mana Anda mendarat?!” Tibi kemudian melanjutkan, “Anda takut dengan kata “Allahu Akbar” dan berusaha melawannya?!
Saya katakan kepada Anda semua: Allahu Akbar.” Dan dia pun mempertanyakan dengan marah, “Apakah ada anjing yang Anda bawa yang akan menerkam saya?!”

Bayi Bertukar Menjadi Seekor Buaya?

Kisah-kisah seperti lagenda yang membabitkan tentang jelmaan haiwan ada yang menganggap ia sekadar satu cerita dongeng. Kali ini kami mahu berkongsi dengan anda tentang satu cerita yang dipercayai kisah benar. Di mana ia berlaku, tiada sebarang maklumat yang diterima. Terpulang juga pada kita sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya. Kisah ini merupakan seorang bayi yang telah bertukar menjadi seekorbuaya. Apa yang peliknya, buaya ini mempunyai sifat seperti seorang manusia. Ia mahu mandi, menonton televisyen dan sebagainya. Jom layan gambar di bawah ini
buaya1
Difahamkan, dia tidak suka muka atau kepalanya dipegang. Kecuali, ahli keluarganya sahaja.
Aku nak bercerita pasal pengorbanan seorang ibu. Kisah ini benar, tetapi terserah samada nak letakkan kepercayaan atau tidak. Aku ambil kisah ini daripada seorang teman di Twitter. Begini kisahnya.
Ada seorang ni ada kembarnya dan kembarnya lelaki, manakala dia ini seorang perempuan. Kembar sepasang kiranya masa dalam kandungan ibunya, dan apabila tiba hari nak melahirkan , biasalah dulu-dulukan lahirkan bayi di rumah saja. Tetapi bayinya tiada dan kemudian kelihatannya bidan itu seperti dimasuki sesuatu. Dia seolah olah di rasuk lalu berkata ‘dia akan datang sebagai anakmu dalam masa 3 hari lagi’. Kemudian keadaan bidan itu tidak diketahui, mungkin pengsan selepas itu. Keadaan ibunya pula? Wallahu’alam.
Si kembar bertanya di mana kembarnya seorang lagi? Semua orang ingat gugur sebab darah
keluar banyak sangat ketika itu. Tiga hari kemudian , wanita itu selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki yang disangkakan gugur itu, tertapi ternyata tidak. Alhamdulillah, bayi lelaki itu dilahirkan sempurna sifatnya seperti manusia biasa. Memang manusia pun.
buaya2
buaya3
Seperti yang di janji kan oleh “sesuatu” (yang memasuki tubuh bidan) itu. Hari ke-3, si ibu terkejut melihat seekor anak buaya bersebelahan bayi lelakinya. (Nama kembar dia tak tanya la pulak) Kemudian buaya ini diberi nama Nur Hasanah. Binti ? (Tak tanya bapa dia, hehe) Anak buaya itu dijaga rapi, ditatang bagai minyak yang penuh. Bagaimana dia menjaga si bayi lelaki, seperti itu jugalah layanan yang diberi pada si anak gadisnya (buaya) itu. Hinggalah sekarang, dia berusia 21 tahun. Tapi sekarang, dah lain.Dia hanya makan seminggu dua kali, dan makanannya adalah seeokor ayam yang ditahlil. Ya, ditahlil. Pastikan ayam itu wajib ditahlilkan terlebih dahulu baru dia akan makan. Jika tidak, dia takkan makan dan akan mengamuk. Dia buang air besar/kecil setahun sekali. Wahh senang nak jaga lah ya ! Untunglah.
Kalau dia ingin katakan sesuatu, misalnya, tukarkan cadar, nak makan, nak tonton televisyen atau apa saja, dia akan goyangkan badannya dan jika tiada yang mengerti hasratnya, dia akan masuk ke dalam badan, kemudian setelah hasratnya tertunai, kembalilah dia ke dalam jasad buaya semula. Hairan bukan? Dia masih mempunyai naluri manusia. Tukar cadar? Yaa, dia tidur atas katil. Tonton televisyen? Yaa, dia gemar menonton kata ibunya. Kembarnya? Jalani kehidupan seperti biasa.
buaya4
buaya5
Inilah tempat mandinya.
buaya6
Si ibu membetulkan bantalnya. Dia menggoyangkan tubuhnya, menandakan dia tidak nampak televisyen.
Kini, dia (buaya) itu dijadikan pameran kerana keanehannya dan difahamkan keluarganya mempunyai keturnan Pahlawan Buaya. Kemudian, dia merupakan generasi terakhir. Terserah mahu percaya atau tidak. Allah itu Maha segalanya. Nampak tak, walaupun ibunya mungkin menerima serpihan mulut jahat, tetapi si ibu masih setia menjaga.
buaya7
buaya8
buaya9
buaya11
buaya10

Anak Tan Sri bakar diri selepas hantar SMS terakhir kepada teman wanitanya


KUALA LUMPUR: ‘Jumpa awak di dunia lain!’
Inilah khidmat pesanan ringkas terakhir yang dihantar oleh seorang anak ‘Tan Sri’ yang terkenal di negara, kepada teman wanitanya sebelum membakar dirinya.
Mayat pemuda yang rentung 80 peratus itu, kemudiannya ditemui di balkoni kondominiumnya di Taman Tun Dr Ismail awal pagi ini.
Akhbar The New Straits Times melaporkan bahawa pemuda yang berusia 20 tahun itu, dipercayai telah menuangkan petrol ke atas dirinya sebelum membakar diri.
Pemuda itu dikatakan sedang menuntut di sebuah universiti di New Zealand dan telah kembali ke Malaysia untuk bercuti.
Menurut Bernama, mayat pemuda itu ditemui oleh ibu mangsa pada kira-kira 4 pagi ketika terjaga daripada tidur sebelum melihat kesan kebakaran di balkoni kondominium berkenaan.
Ibu mangsa kemudian dilaporkan cuba membuka pintu jeriji yang berkunci di balkoni itu sebelum melihat mayat anaknya itu dalam keadaan rentung dan tertiarap.
Bernama memetik kata-kata seorang sumber yang mengakui bahawa pemuda tersebut kebelakangan ini tertekan dengan hubungannya dengan teman wanitanya.
Polis juga menemui dua tin disyaki berisi petrol serta sebuah telefon bimbit berhampiran mangsa yang tertera khidmat pesanan ringkas kepada teman wanitanya mengatakan ‘See you in other side’ (jumpa anda di dunia lain).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Azlee Abdullah, dalam mengesahkan kematian tersebut kepada Bernama, berkata polis telah mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
-AWANI

Bekas suami dramatis meninggal


Kuala Lumpur: Bekas suami dramatis Wan Nur Azlin, Mohd Yazli Yaacob, 43, meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, jam 9 malam kelmarin.
Pelakon itu ketika dihubungi masih terkejut dengan pemergian Yazli kerana ketika bergelar suami isteri, bekas suaminya tidak pernah menunjukkan tanda mengalami masalah kesihatan.
“Pada jam 5 pagi (kelmarin), bekas suami mengadu sakit dada dan dihantar ke Klinik Kesihatan Gombak sebelum dirujuk ke Hospital Selayang. Namun disebabkan keadaannya makin kritikal, pihak hospital terus membawanya ke IJN.
“Anak masih tidak mampu menerima berita kematian ayah mereka, terutama anak perempuan, Dania Camelia yang sangat rapat dengan arwah,” kata dramatis itu yang turut berada di samping arwah ketika menghembuskan nafas terakhir dikelilingi ahli keluarga lain.
Jenazah Allahyarham dikebumikan pada jam 10 pagi semalam di kampung ibunya di Kampung Rizab Melayu, Tambun, Perak.
Dramatis yang baru tampil dengan drama bersiri Mencintaimu memohon sesiapa yang mengenali arwah bekas suami supaya menghalalkan makan minum dan hutang selama hidup.
Pasangan itu disahkan bercerai pada Mac lalu dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danial Luqman, 12, Danny Iskandar, 11, dan Dania Camelia, 8.

Wednesday 20 November 2013

Siti Nurhaliza vs Khairy


SUKAN, khususnya bola sepak bukan bidang kegemaran penyanyi diva, Siti Nurhaliza berbanding minat semula jadinya pada nyanyian. Bagaimanapun berbanding dengan Siti, Khairy Jamaluddin atau KJ, tokoh muda yang dipilih semula menjadi Ketua Pemuda Umno baru-baru ini meminati sukan bola sepak. Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan mengenai portfolio sukan, ia bukanlah perkara baru jika minat itu menjadi satu profesion pula.

Dalam setahun boleh dibilang dengan jari siti dan suaminya Datuk K, hadir dalam pertandingan bola sepak. Justeru bagi orang ramai komen Siti mengenai KJ bukannya komen mengenai prestasi sukan bola sepak yang menjadi bahan kritik rakyat sejak kebelakangan ini. Ia bagaimanapun menjurus kepada usahanya membela Presiden FAM Sultan Ahmad Shah yang juga Sultan Pahang.

Selain sebagai anak jati Pahang, Siti juga memperoleh anugerah yang membawa gelaran “Datuk” daripada baginda. Siti dilihat melihat kritikan terhadap FAM seolah-olah kritikan peribadi terhadap kepimpinan Tuanku sebagai Presiden FAM. Ia harus dibela bagi memperlihatkan kasih dan sayangnya tertumpah kepada duli tuanku.

Ironinya kita lihat ada elemen double standard dalam memperkatakan sikap Siti dalam banyak hal. Apabila PM Najib Razak dikritik seperti dalam isu Altantuya dan submarine scorpion, Siti tidak tampil mempertahankan Najib. Sedangkan Siti sedar, Najib juga seperti Tuanku, anak jati Pahang.

 Siti memilih mengkritik KJ. Kalau ikutkan Siti bukanlah duta FAM, malah badan sukan itu tidak memerlukan sokongan Siti dalam usaha pertahankan diri daripada dikritik.

Kalau bahasa perundangan Siti dilihat tidak ada loci standi. Kalau sebagai duta produk sekalipun, ia bercakap tentang produk bukan aspek negatif. Adalah malang, Siti dengan tidak faham konflik dan sejarah yang mencetuskan kontroversi cuba menjadi juara dengan menganggap kritikan KJ biadab. Siti mungkin terlupa sebagai menteri, KJ bertanggungjawab mengenai sukan termasuk FAM dan bola sepak.

Malaysia pernah menjadi gergasi bola sepak Asia tapi itu dulu. Tetapi sekarang mutu bola sepak di Malaysia jatuh merosot seolah-olah para pemain kita dan jawatankuasa FAM baru berjinak-jinak dengan bidang ini. Siti kena terima hakikat mengkritik FAM tidak bererti mengkritik Sultan Pahang. Tuanku dan FAM adalah dua entiti berlainan. Tidak ada siapa menganggap prestasi bola sepak kita merosot kerana faktor Tuanku. Siti atau sesiapa saja harus pisahkan antara dua entiti ini apabila mereka memberi pendapat dalam sukan bola sepak ataupun FAM.

Terlanjur kita bercakap pasal mutu sukan ini kebelakangan ini, kita ingin menambah bahawa dari segi pentadbiran, FAM jauh lebih baik dari persatuan sukan yang lain. Setengah persatuan sukan bukan saja gagal melahirkan jaguh-jaguh dalam bidang tertentu, tetapi lebih menyedihkan rebutan kuasa berlaku sehingga berlaku saman menyaman dan sebagainya.

Dari segi organisasi, Tuanku Sultan menjadikan FAM sebuah persatuan elit yang dihormati bukan saja kalangan kita, bahkan hingga ke peringkat antarabangsa. Malang atas padang kegemilangan FAM gagal diterjemahkan dalam bentuk keputusan pertandingan. Para pemain kita masih jauh dari kualiti sebenar. Tak malu kalau kita katakan jika kerajaan import Alex Ferguson untuk membantu mengurus pasukan kebangsaan pun mutunya tetap tidak berubah. Dan akhirnya Alex pulang semula ke negara asal dengan 1,001 macam kekecewaan.

Bola sepak Malaysia memerlukan satu keajaiban untuk pulih daripada demam kejuaraan bertaraf antarabangsa seperti zaman supermokh atau Namat Abdullah. Malaysia boleh jadi kuasa baru bola sepak jika kita lebih berani dan bersifat praktikal. Ia sama seperti kata orang sekarang, berfikir di luar padang.

Justeru bagi saya apa yang KJ lakukan ialah membawa pandangan rakyat ke pengetahuan FAM. Sebelum ini KJ membuktikan keupayaan mengasaskan MyTeam tanpa FAM. KJ ada kebolehan yang mahu ditunjukkan kepada FAM.

Sebagai peminat bola sepak kita melihat apa yang KJ lakukan berniat baik dalam mengembalikan mutu sukan ini melalui kaedah tidak konvensional. Kita tidak hairan jika anjuran KJ tidak disenangi jawatankuasa FAM tetapi inilah yang membezakan antara kritikan dan memberi pandangan.

Elok sekiranya Siti fokus saja bidang nyanyian, tinggalkan sahaja bidang sukan dan bola sepak kepada ahli-ahlinya.

-Sinar

Saturday 16 November 2013

Rumah Kucing Siti Pun Boleh Jadi Punca Gaduh?


Bagi mereka yang biasa mengikuti Instagram Dato’ Siti Nurhaliza pasti maklum, penyanyi nombor satu negara ini sangat menyayangi kucing.
Kucing-kucing peliharaannya pun sangat manja dengan Siti hinggakan salah seekor daripadanya, Seri, akan berlari datang apabila dipanggil.
Sebentar tadi, Siti memuatnaik gambar menunjukkan kucing-kucingnya ini bakal menerima rumah baru.
Selain berkongsi kegembiraan, Siti mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Datuk K kerana mendirikan rumah tersebut untuk haiwan kesayangannya.
Malangnya, lain pula yang jadi apabila tindakan Siti disalah anggap oleh pengikut Instagramnya yang menganggap ia satu perbuatan membazir kerana manusia pun masih ramai yang tidak berumah.
Apa lagi, tanpa Siti perlu membalas ramai peminatnya tampil membelanya. Bagi mereka kritikan itu tidak kena kerana Siti sememangnya mampu berbuat demikian, selain dia juga banyak membuat kebajikan lain.
Apa pendapat anda? Pada pendapar kami, ada sesetengah orang nampaknya mempunyai masa yang sangat banyak dengan memasuki laman-laman sosial artis kemudian membuat komen itu-ini, gaduh sana-sini sesama mereka. - REM RAMZI

backingct1

backingct2

backingct3

backingct4

backingct5

backingct6

untung kucing ct

Friday 15 November 2013

Klip Lucah Remaja Melayu Melakukan Hubungan Seks Selepas Balik Kelab Tersebar



Sebuah klip video selama 5 minit 28 saat yang memperlihatkan satu pasangan remaja Melayu melakukan hubungan seks di sebuah hotel  kini tersebar di beberapa lama web lucah popular.

Pasangan berkenaan didakwa pihak yang memuat naik video berkenaan sebagai baru sahaja pulang dari bergembira di kelab malam.

Tidak tahulah mereka pasangan suami isteri atau apa… kalau bukan maknanya berzina…dan itu sudah satu hal…ditambah lagi dengan kebodohan merakamkan aksi yang tidak sepatutnya.

Ini bukan kali pertama dan seolah-olah semakin menjadi satu perkara yang macam diterima di negara ini.

Kalau dahulu benda macam ini bukan main kecoh, namun sekarang orang acuh tak acuh.

Artis yang pernah terbabit dalam aksi yang tidak sepatutnya dirakam pun kembali berlakon dengan muka tembok. Macam tidak ada apa-apa yang berlaku.
Rasanya, tak lama lagi akan jadi semacam kebangaan pulak kot kalau dapat rakam aksi seks dan sebarkan kepada orang ramai… glamour tak bertempat.

Klip Lucah Remaja Melayu Melakukan Hubungan Seks Selepas Balik Kelab Tersebarhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/lucah-melayu.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/lucah-melayu-150x150.jpgMyNewsHubUtama

MyNewsHubMyNewsHubrhad76@yahoo.comAdministratormyNewshub

Joemar Selamba ‘Update’ Status Facebook?


Selepas perompak dan pembunuh pegawai AmBank Subang Jaya, Loade Ardina Loade Rasila berjaya diberkas kini seorang lagi rakannya,  Joemar Omar sedang dicari polis.
Seperti Loade Ardina yang mempunyai akaun Facebook, akaun laman sosial Joemar juga berjaya dibongkar.
Namun mungkin menyedari Facebook miliknya sudah diketahui ramai, akaun ini ditutup sejak dua hari lalu.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi akaun Facebook dipercayai turut dimiliki penjenayah yang masih menyimpan wang rompakan RM428,200 ini.
Menggunakan nama Munir Tarapedo Koasasino, gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun ini saling tak tumpah dan hampir pasti memang Joemar.
Tapi kalaulah benar, maka pihak berkuasa negara perlu melakukan sesuatu kerana daripada status yang dimuatnaik, Joemar membayangkan dia kini sudah berada di Dumai, Indonesia sejak 27 Oktober lalu.
dumai

Dan setelah berhenti memuatnaik status sejak tarikh berkenaan, dia nampaknya selamba memuatnaik satu status pagi semalam!
Fullscreen capture 11152013 45438 PM

Apakah ini ada kena mengena dengan tindakannya menghentikan akaun lagi satu? Maklumlah orang kalau dah biasa ber-Facebook memang susah untuk meninggalkannya.
Sama ada Joemar atau siapa pun namanya, diharapkan dia akan segera diberkas bagi mendapatkan keadilan atas jenayah yang telah dilakukan

Model FHM Dibunuh Suami Cemburu


Cemburu dipercayai motif utama seorang ahli perniagaan Amerika membunuh isterinya yang merupakan model pertunjukan kereta.
James Edward Moore II, 32, membunuh Aiko Baniqued Moore, 28, petang Rabu lalu selepas berlaku pertengkaran di kondominium mereka di Amorsolo Street, Filipina.
James dan Aiko berkahwin pada 2011.
Ketika pasangan itu bertengkar, seorang rakan mereka yang berada di sana sempat membawa keluar dua anak tiri mangsa ke lobi kondominium sambil meminta bantuan pengawal keselamatan.
Namun sebaik dia dan pengawal keselamatan tiba, mereka menyaksikan suami mangsa sedang memukulnya dengan teruk di kepala, badan malah menghentak kepala mangsa ke lantai.
Aiko yang pernah muncul sebagai model majalah FHM segera dikejarkan ke Pusat Perubatan Makati berhampiran namun disahkan mati, jam 6.09 petang waktu tempatan.
Dia dikenali sebagai model seksi di Filipina dan merancang untuk tampil dengan rangkaian fesyen sendiri.
Sementara itu, suaminya dikatakan hanya duduk dalam bilik tidur hinggalah polis tiba untuk menahannya.
Terdapat luka di kepala Edward ketika dia ditahan namun pihak polis masih menyiasat jika itu merupakan kecederaan hasil perbuatannya sendiri. - REM RAMZI

78ri


Thursday 14 November 2013

Restoran Yang terkenal Nasii Ganja di Ipoh DITUTUP





IPOH: Restoran Nasi Vanggey atau dikenali 'Nasi Ganja' di Jalan Yang Kalsom, di sini, menerima notis penutupan sementara selama dua minggu selepas diserbu sepasukan pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, petang ini. 


Penutupan itu dibuat ke atas pemilik premis Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah, berkuatkuasa jam 5 petang ini hingga 28 November ini. 


Notis itu dikeluarkan berikutan premis perniagaan berkenaadidapati tidak bersih dan disucikan keadaannya sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Wednesday 13 November 2013

Senyap Senyap Harga RON97 Turun Tengah Malam Tadi

minyak-RON97

RUPA-RUPANYA hari ini harga minyak petrol RON97 telah pun diturunkan 10 sen kepada RM2.75 berkuatkuasa tengah malam tadi tetapi ia dilakukan secara senyap-senyap.
Harga sebelum ini ialah RM2.85.

Malaysian Digest mengesahkan penurunan harga itu selepas menghantar wartawan mereka ke lokasi ke beberapa stesen minyak di ibu negara Kuala Lumpur.

Faktor mengapa, penurunan harga itu dilakukan secara diam-diam ialah bagi mengelakkan para pemandu menangguhkan pengisian minyak mereka.

Jika mereka mengetahui berkenaan penurunan harga itu awal, mereka akan menangguhkan untuk mengisi petrol dan stesen minyak akan menanggung kerugian.
Minyak RON97 turun selepas kira-kira dua bulan harga petrol jenis itu dinaikkan di mana kenaikan sebanyak 15 sen dari RM2.70 sen sebelum ini.

Bagaimanapun, RON95 kekal pada RM2.10  seliter manakala diesel pada RM2 seliter.
Tidak seperti RON95, harga RON97 ditentukan oleh peredaran pasaran dan kerajaan tidak perlu mengumumkan penurunan atau kenaikan bahan api jenis itu.