Thursday 25 July 2013

Alvin, Vivian Dibenar Ikat Jamin

alvin n vivian


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pasangan kontroversi, Alvin dan Vivian, untuk diikat jamin sebanyak RM30,000 setiap seorang dengan dua penjamin serta mengenakan beberapa syarat tambahan selepas mendengar hujahan peguam dan pihak pendakwaan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Hussin membuat keputusan itu terhadap permohonan yang dikemukakan pasangan tersebut untuk diikat jamin minggu lepas.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut mengenakan beberapa syarat kepada kedua tertuduh iaitu mereka menyerahkan pasport, dilarang memuat naik gambar lucah, dilarang menggunakan peranti komunikasi rangkaian yang boleh diakses kepada Internet dan melaporkan diri di balai polis berhampiran pada hari pertama setiap bulan.
Bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk mengadakan perbicaraan secara berasingan, sebaliknya mengekalkan keputusan mahkamah sesyen, untuk menjalankan perbicaraan atas tiga tuduhan yang dihadapi mereka secara serentak. 
Sebelum ini mereka ditahan di penjara Kajang dan penjara Sungai Buloh, apabila hakim mahkamah sesyen tidak membenarkan mereka diikat jamin.
Pada 18 Julai lalu, Alvin dan Vivian didakwa dengan tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.