Friday, 30 August 2013

DIALOG ANWAR DAN BN: APAKAH AGENDA TERSEMBUNYI DISEBALIK 'HELAH' INI?


Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang kesediaan pembangkang mengadakan “rundingan meja bulat” bersama kerajaan bukan sahaja mengejutkan Barisan Nasional (BN) akan tetapi juga Pakatan Rakyat (PR).

Di ambang sambutan Hari Merdeka ke 56, pengumuman ketua pembangkang itu menjawab segala desas-desus mengenai pertemuan belakang tabirnya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Walaupun semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR semalam Anwar menjelaskan seruan untuk berbincang dengan BN itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan, secara persepsinya memang terdapat permainan “kayu tiga” di belakang.

Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu The Malaysian Insider, parti Islam itu tidak pernah mengetahui atau berbincang dengan ketua pembangkang mengenai rundingan dengan BN sebelum pengumuman itu dibuat.

“Pemimpin-pemimpin PAS terkejut mendengar pengumuman Anwar itu. Semua masih tak faham,” kata pemimpin itu dengan syarat namanya dirahsiakan.

“Kami mahu tunggu dan lihat terlebih dahulu,” tambahnya.

Pemimpin-pemimpin DAP yang dihubungi enggan memberikan komen dan bersikap dingin mengenai isu ini.

Reaksi dari pemimpin parti komponen PR itu menimbulkan tanda tanya tentang siapakah yang ingin berunding dengan BN, PKR atau gabungan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya 2008 itu?

Menurut Anwar, PR bersedia untuk mengenepikan ketidakpuashatian berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu yang mereka anggap dicemari dengan penipuan demi kesejahteraan dan masa depan negara.

“Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama,” katanya.

“Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok.”

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai reaksinya mengatakan Anwar terdesak dan memperlekehkan bantahan dilakukan pembangkang berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

"Apabila mahkamah menolak mereka teruskan dengan perhimpunan bodoh, jadi inilah yang dilakukan seolah-olah beliau pula yang menyatukan rundingan ini," katanya dalam satu sidang media dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno di PWTC semalam.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Muhkriz Mahathir pula mempersoalkan motif Anwar untuk berbincang dengan BN.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, tawaran berbincang dibuat Anwar selepas PR kalah dalam hampir kesemua petisyen pilihan raya di seluruh negara.

Apa pun percaturan Anwar, buat masa ini beliau dilihat terhegeh-hegeh mahu bertemu BN dan diperlekehkan oleh Khairy, Mukhriz serta pemimpin-pemimpin Umno lain.

Mata tertumpu kepada reaksi Najib. Beranikah anak kepada perdana menteri kedua itu memecahkan tradisi dengan membuka pintu perbincangan BN dan PR?

Selepas mesyuarat MT Umno semalam, perdana menteri terus bergegas meninggalkan bangunan PWTC tanpa memberikan sidang akhbar kepada pemberita.

Berapa lamakah Najib mahu mendiamkan diri mengenai isu ini?

Dalam perutusan Hari Kemerdekaan ke 56, Najib menggesa segenap lapisan masyarakat mempertahankan hari bersejarah itu.

“Kita juga wajib terus memelihara dan mempertahan perkara-perkara berkaitan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera seperti mana bapa-bapa kita terdahulu telah maktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya

Sesuaikah Anwar dengan pandangan Najib itu?

JANGAN KITA LUPA PADA 1 BENDA, IAITU..............



- See more at: http://tenteramaya.blogspot.com/2013/08/dialog-anwar-dan-bn-apakah-agenda.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter#sthash.cpgVxjjK.dpuf

Ngeri! Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Ditetak

tgnputus2

SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.

"Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam. Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

tgnputus1


Mak Nyah Sertai Perbarisan Merdeka Pahang

maknyah

KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan apabila turut disertai 12 orang mak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut yang sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.

Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika majlis raptai penuh perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-56 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, dekat sini, semalam.

Katanya, dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.

“DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sempena sambutan ini dapatlah mereka mengenal erti kemerdekaan dan rata-rata kelihatan bersemangat dan inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.

“Sebelum ini mereka dikenali dengan orang yang hanya keluar pada waktu malam dan berpelesiran di sana sini, tetapi ternyata setelah menyertai aktiviti ini mereka ada perasaan cintakan tanah air, ingin mendekati masyarakat dan hidup seperti orang lain," katanya.

Sementara itu, bagi Paula, 29, dia begitu teruja dapat bercampur dengan masyarakat pada majlis raptai tersebut memandangkan ada sebahagiannya boleh menerima secara terbuka kehadiran insan sepertinya.

“Ini kali pertama saya diberi peluang dan saya gembira kerana berjaya membuktikan golongan mak nyah bukanlah hanya memiliki cerita negatif sahaja.

“Malah kami juga ada hati dan perasaan seperti orang lain untuk hidup bermasyarakat menyambut hari bersejarah sekali gus berpeluang menjadi contoh untuk diikuti golongan kami yang seangkatan tapi masih belum sedar,” katanya.

Shima, 26, pula mengakui kini dia lebih yakin setelah melihat sendiri bahawa tidak semua anggota masyarakat yang memandang hina padanya.

“Sekiranya berpeluang, saya ingin terus terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan membantu kerajaan menjalankan program yang bermanfaat," katanya. - SINAR HARIAN

maknyah

maknyah1

Penduduk P. Pinang Boleh Menonton Tanda Putera Esok

tanda putera
 
Penduduk Pulau Pinang akhirnya dapat menonton Tanda Putera apabila filem kontroversi itu akan mula ditayangkan di negeri Pulau Mutiara itu esok.
 
Rangkaian panggung wayang GSC berkata, tayangan akan dibuat di negeri itu bermula Sabtu ekoran penjelasan kerajaan negeri semalam bahawa arahan yang melarang penayangannya hanya satu nasihat.
 
"Filem ini tergolong dalam Skim Wajib Tayang Lembaga Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan diluluskan oleh lembaga penapisan dengan pengelasan P13," kata jurucakap jabatan penjenamaan dan komunikasi korporat Esther Chew dalam kenyataan.
 
GSC sebelum ini memutuskan tidak menayangkan Tanda Putera di kesemua panggung wayangnya di negeri tersebut ekoran "arahan" kerajaan negeri.
 
Bagaimanapun, kerajaan negeri menjelaskan, "arahan" itu sebenarnya hanya bermaksud "nasihat"

Gambar: PDRM Siar Logo, Tatu Kongsi Gelap

BUKIT AMAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini di Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.

 

Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman SAC Dato' Abd Jalil Hassan dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini.

 

Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi.

 

Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.

1236981 650269924983318 1827483857 n

1280834 650269921649985 386418806 n

1238289 650269928316651 85473560 n

1236376 650269954983315 394200572 n

1157476 650269964983314 162225119 n

1175556 650269968316647 1856747704 n

Dr Zambry Tenang Gulung Perbahasan

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengejutkan banyak pihak yang mengikuti perjalanan Sidang DUN ke 13 Perak apabila tenang menggulung perbahasan titah ucapan perasmian Pemangku Raja Perak, hari ini.

Walaupun beliau difitnah dengan pelbagai tuduhan oleh beberapa wakil rakyat pembangkang sepanjang Sidang DUN, khususnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (PAS – Changkat Jering), Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham (DAP – Sitiawan) dan Setiausaha DAP, Nga Kor Ming (DAP – Kepayang), tetapi beliau tidak membalas balik di dalam ucapannya.

Ramai yang menjangkakan beliau akan membuat penggulungan yang cukup tegas sehingga boleh memanaskan suasana dalam Dewan, lebih-lebih lagi tuduhan Ngeh dalam isu kelulusan tanah.

Ngeh ketika satu sidang media menuduh berlaku `skandal terbesar negara’ dan `rompakan’ ketika mempertikaikan kelulusan tanah 120,000 hektar, kononnya untuk kroni-kroni.

Bagaimanapun, Dr Zambry tidak menggunakan ucapan penggulungan untuk `membalun’ Ngeh dan wakil-wakil rakyat pembangkang.

Sebaliknya, lebih mengejutkan, beliau menunjukkan sikap `gentlemen’ dengan memberi ruang dan peluang untuk beberapa wakil rakyat mencelah ketika berucap.

Malah, beliau turut memberi peluang kepada Mohamad Nizar untuk mencelah tetapi dengan syarat wakil rakyat itu `tidak memberi ucapan’.

Sepanjang penggulungan lebih satu setengah jam itu, yang bermula kira-kira jam 6.45 petang dan disambung semula kira-kira jam 7.45 malam, selepas solat Maghrib, beliau langsung tidak menunjukkan rasa marah.

Sebaliknya, beliau bersahaja walaupun beberapa wakil rakyat pembangkang cuba membuat provokasi.

Beliau sempat bergurau dengan wakil-wakil rakyat pembangkang, termasuk Nga dan Ngeh.

Diakhir penggulungan, Menteri Besar memuji semua wakil rakyat, baik di pihak kerajaan, mahupun pembangkang, kerana telah menunjukkan sikap dan perbahasan yang bermutu.

Beliau turut memuji Speaker, Datuk S.K Devamany yang disifatkannya telah menjalankan tugas dan peranan dengan begitu baik sekali.

FIDA:Takkan Saya Nak Pakai Baju Kelawar?

IMG 3377
 
Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim tidak menyalahkan segelintir peminat yang telah melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya ekoran beberapa keping gambarnya yang ketara menampakkan bentuk badan, dimuatkan sendiri oleh pelantun lagu Apo Kono Eh Jang? ini di laman instagramnya, baru-baru ini. Sebaliknya Fida menyifatkan peminat berkenaan telah tersalah anggap.
 
Menjelaskan mengenai perkara sebenar, Fida berkata dia sebenarnya baru dilantik sebagai duta produk pelansingan badan Emorra Be Slymm juga produk kecantikan Emorra GlowC, kira-kira sebulan lalu. Justeru gambar tersebut bertujuan menunjukkan hasilnya yang mengamalkan produk tersebu sejak dua bulan lalu. Sekaligus mempromosikan produk pelansingan berkenaan.
 
Antara gambar yang dimuat naik di Instagramnya yang mendapat kecaman teruk daripada segelintir peminat.Antara gambar yang dimuat naik di Instagramnya yang mendapat kecaman teruk daripada segelintir peminat.
 
Antara kritikan daripada peminat yang dilemparkan terhadap Fida Ibrahim.Antara kritikan daripada peminat yang dilemparkan terhadap Fida Ibrahim.
 
"Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjukkan hasilnya.
 
"Masa saya upload di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar tu.
 
"Lagipun saya duta produk pelansingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan...?", tuturnya kepada Malaysian Digest secara berseloroh.
 
Fida yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majalah Lisa semalam diminta mengulas mengenai  respon negatif dikalangan pengikutnya di Instagram, sehingga ada yang mendakwa dirinya mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok.
Begitu pun hal tersebut memberi pengajaran malah katanya, dia akan lebih berhati-hati dalam setiap pemakaiannya serta gambar-gambarnya yang dimuat naik di Instagram, pada masa akan datang.
 
Sementara itu mengenai perkembangan seni, Fida bakal muncul dengan single terbaru menerusi lagu berentak Pop Balada yang menyaksikan kolaborasinya dengan Qalam band, tidak lama lagi.