Thursday, 3 October 2013

Kisah sebenar Black Hawk Down

                  


Pada 3 Oktober 1993, lebih 100 anggota tentera Malaysia bertarung nyawa untuk menyelamatkan sekumpulan renjer Amerika Syarikat yang terperangkap di Mogadishu, Somalia.

Insiden itu dirakamkan dalam filem Hollywood, Black Hawk Down. Filem itu bagaimanapun tidak memberikan gambaran yang tepat tentang sumbangan tentera Malaysia dan apa yang sebenarnya berlaku di negara bergolak itu 20 tahun lalu.

Dalam satu wawancara dengan Astro AWANI, Major Jeneral (B), Datuk Md. Rozi Baharom yang terlibat dalam operasi berkenaan mengenang kembali hari bersejarah itu.

"Gambaran yang salah itu akan dibetulkan dalam sebuah dokumentari yang akan menceritakan kebenaran di sebalik peristiwa itu," katanya.

Dokumentari itu diterbitkan oleh pembikin dokumentari yang tidak asing lagi, Ahmad Yazid Ahmad Puad.

Tuesday, 1 October 2013

VIDEO: Kenduri ‘MAUT’ Di Kedah…Khianat Atau Tidak Disengajakan?

Kenduri 'MAUT' Di Tanjung Dawai...Perbuatan Khianat Atau Tidak Disengajakan?


KES keracunan makanan kenduri yang telah mengorbankan tiga nyawa, semalam dipercayai tidak mempunyai sebarang unsur khianat dikaitkan dengan insiden tersebut.
Menerusi Ahli Parlimen Merbok, Prof Dr Ismail Daut berkata, “berdasarkan makluman mangsa dan tuan rumah sendiri, tiada unsur khianat wujud.
” Namun, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan”.
Menurut laporan sebuah akhbar, setakat ini seramai 114 mangsa lain mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Sekurang-kurangnya 180 tetamu rumah kenduri kahwin tersebut menerima rawatan di tiga hospital berdekatan setakat ini, termasuk 114 di HSAH.
Beliau berkata, kebanyakan mangsa mengalami cirit-birit dan kekurangan air dalam badan sejak awal pagi semalam.
“Buat masa ini, 78 daripada mereka telah dibenarkan pulang dari HSAH. Kebanyakan daripada mangsa terdiri daripada warga emas sementara kanak-kanak seramai 14 orang,” katanya.
Dalam pada itu, seramai sembilan mangsa menerima rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani dengan lapan daripadanya masih ditahan di wad.
Jurucakap Hospital Yan pula berkata, seramai 49 orang mangsa masih mendapatkan rawatan di hospital tersebut dan kebanyakan mereka dilaporkan stabil.
Semalam, tiga dilaporkan maut ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini pada Sabtu lalu.
Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang hari manakala Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan.
Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di HSAH.
Siasatan awal mendapati mangsa mengalami keracunan berpunca lauk ayam masak merah yang dihidangkan di kenduri tersebut.
racun2
keracunan-makanan-tg-dawai-2
keracunan-makanan-tg-dawai
image
keracunan
http://mynewshub.my/2013/10/01/194368/

HOT !! JUTAWAN INDON BELI PASUKAN INTER MILAN !!



Ahli perniagaan Indonesia Erick Thohir dijangka melengkapkan pembelian kelab gergasi Itali, Inter Milan minggu ini, kata Presidennya Massimo Moratti.

Thohir telah mengadakan rundingan dengan Inter sejak beberapa bulan lalu dalam usahanya menguasai saham kelab tersebut.



Menurut Moratti, kedua-dua pihak berusaha untuk memeterai perjanjian pada minggu ini.

Moratti menjadi Presiden Inter sejak 1995 manakala Thohir pula merupakan pemilik Philadelphia 76ers dan D.C United.

Jutawan itu dikatakan berminat untuk membeli 75 peratus saham Inter pada harga 350 juta euro. - Agensi

HOT! Rektor Baru KUIN Kini Pro Pas?


Sedang kita asyik dengan Pemilihan UMNO dan kini PRK Sungai Limau, kita lupa pada KUIN. Kolej Universiti Insaniah. Isu KUIN dulu merupakan antara kesilapan Pas hingga menyebabkan kemenangan BN di Kedah.

Maksud Mc, isu KUIN diantara penyumbang kegagalan Pas dalam pentadbiran negeri yang terdahulu.

Kini bila BN menang, sudah tentu kita fikir masalah KUIN akan diselesaikan seperti mana janji BN kepada kakitangan KUIN.

Tetapi, hari demi hari, semakin tersasar janji dulu dari hari ini.

Mc taknak masuk campur dalam isu KUIN sebab ia hal kerajaan negeri, tapi bukan semua yang kerajaan negeri buat itu betul. Baik kita tegur dari awal dari ianya ditegur oleh orang lain.

Mula-mula sekali isu Rektor baru KUIN, beliau tidak dipilih dari kalangan orang yang bijak pandai agama, beliau di pilih dari kalangan orang ekonomi. Sama macam Jamil dulu! Itu satu!

Kedua, pemilihan Rektor KUIN juga hasil nasihat dari orang Pas yang sangat dipercayai oleh Exco Pelajaran! Pembantu dan pemandu Rektor baru KUIN juga dikekalkan orang lama. Maknanya, ambil balik orang Jamil masuk balik KUIN.

Ketiga, masih mengekalkan orang Jamil yang pro Pas membuat kacau dalam KUIN hingga menimbulkan kekacauan dalam pentadbiran. Transfer staff sesuka hati dan tukar department staff yang mereka tak suka.

Keempat, Mc dimaklumkan, gaji bagi Rektor baru KUIN ialah RM40,000 sedangkan waktu Jamil dulu pun gaji Rektor hanya rm20,000. Sila betulkan jika Mc salah!

Kelima, Rektor baru telah membuat keputusan untuk memindahkan semula staff dan pelajar KUIN ke Kuala Ketil atas alasan, kufur nikmat jika KUIN terus membiarkan Kuala Ketil begitu saja.

Sedangkan janji BN Kedah pada staff KUIN dulu ialah, mahu mengekalkan KUIN di Alor Setar. Mc harap BN, jangan lupa janji mereka sebelum menang PRU. Jika mahu KUIN di Kuala Ketil, apa ertinya staff KUIN dulu minta tolong pada BN Kedah?

Harapan Mc meminta Kerajaan negeri segera selesaikan masalah KUIN, supaya ianya tidak menjadi barah seperti mana dulu.

Mereka ini bukan mahu WANG! Tetapi mahu segala masalah dalaman KUIN diselesaikan. Bak kata orang, sapu sampah biar masuk dalam TONG Sampah, jangan sembunyi bawah karpet, sebab lama-lama ia akan keluar balik, betul tak?

http://kedahkekl.blogspot.com/2013/10/hot-rektor-baru-kuin-akan-pindahkan.html

TUDIAA !!! HAIRIE OTHMAN MERAYU MINTA DITURUNKAN REZEKI DARI NIK AJIS ??


Hairi Othman diawal pengelibatannya dengan PAS dulu telah menyebut bahawa rezeki 
" bukan ditangan umno" dan aku setuju dengan pandangannya itu.

2 hari lepas Hairi merayu kepada TGNA bahawa beliau perlukan kerja kerana pendapatannya hampir tidak ada ekoran menyertai PAS... Selepas PRU13 lalu, Pas dah tak bagi job ceramah kat Hairi.. Seperti habis madu sepah dibuang..


Namun Hairi menyatakan bahawa pihak stesen tv tidak pernah "gamnya" dari mengambil bahagian di TV atau Media, tetapi kebanyakan penerbit sudah tidak berminat lagi dengannya..

Sebab itu Hairi berharap sangat agar kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama dengannya yang mana pendapatan semakin terdesak ketika ini..

Persoalannya mengapa kepada Nik Aziz dan Pas yang dirayunya ?? Bukankah rezeki di tangan tuhan ?.. Dulu masa awal sertai Pas, Hairi kata rezeki bukan ditangan Umno.. Takkan sekarang ni bila dah tak ada job, rezeki ditangan Pas ??
Adakah rezeki Hairie di tangan  Nik Aziz ?..

Rakyat juga hak untuk rasa selamat!



Secara umum, undang-undang Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Negeri (ISA) berfungsi sebagai langkah pencegahan jenayah yang membenarkan polis menahan suspek tanpa dibicara khususnya dengan menumpukan kepada aktiviti jenayah terancang.

Pemimpin dan aktivis pembangkang menghentam kerajaan berhubung kedua-dua akta tersebut yang dikatakan menjadi 'senjata' untuk menahan orang politik selain didakwa tidak demokratik dan bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia.

Pada 2009, kerajaan DS Najib membuat keputusan mengejut memansuhkan ISA dan EO. Pembangkang pun bersorak dan menganggapnya sebagai 'kejayaan bersejarah'. Rata-rata NGO serta aktivis anti jenayah pula melihatnya sebagai langkah yang terlalu drastik dan cukup berisiko.

Susulan pemansuhan itu, 2,473 suspek jenayah berat di Penjara Simpang Renggam dibebaskan pada Julai tahun lalu. Berdasarkan laporan PDRM, penjenayah yang dibebaskan ini pula dipercayai membina semula pengaruh kongsi-kongsi gelap dengan menjalin hubungan dengan ketua-ketua kumpulan. Jumlah ahli rangkaian kumpulan-kumpulan itu kini dianggarkan mencecah 40,000 orang.

Rentetan itu, bermulalah episod tembak menembak antara pemimpin dan ahli kongsi gelap sehingga menggemparkan negara. Dalam kes-kes tertentu, pegawai penguatkuasa juga menjadi mangsa. Kes melibatkan pembunuh upahan juga terus berleluasa.

Dalam tempoh empat bulan iaitu April hingga Julai tahun ini, 31 kes tembak menembak dilaporkan di seluruh negara ini dan mengorbankan 22 nyawa. Kajian Penang Institute pula menunjukkan secara purata, dua kes tembak bunuh berlaku dua kali seminggu sepanjang tempoh tersebut - mencerminkan betapa penjenayah kekerasan ibarat berpesta melakukan pembunuhan.

Sebuah akhbar dari Singapura (negara yang masih mengekalkan ISA hingga hari ini) pernah menyindir Malaysia dengan berita bertajuk "Welcome to Malaysia where death is cheap and staying alive is costly".

Lantaran episod kes tembak yang menjadi-jadi, pembangkang menghentam pula kerajaan kerana dikatakan gagal tangani jenayah. PDRM pula dikatakan 'tidur' dan tidak buat apa-apa.

Apabila PDRM bertindak tegas melancarkan Ops Cantas dengan menembak kumpulan penjenayah bersenjata, dikatakan pula polis kejam, zalim dan membunuh orang sesuka hati. 

Tiba-tiba sang penjenayah pula dijulang dan dibela. Suspek penjenayah yang ditembak mati diangkat seperti wira, upacara pengkebumian mereka diiringi kibaran poster-poster dan kain rentang tertera logo kongsi gelap - sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Apabila kerajaan membentangkan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan mahu memindanya bagi membolehkan polis menahan suspek tanpa bicara untuk mengekang ketua dan ahli kumpulan penjenayah, sekali lagi pembangkang buat bising menghentam kerajaan. Dikatakan pula ia adalah cubaan kerajaan untuk mengembalikan semula EO dan ISA.

PCA tak mungkin sama dengan ISA atau EO kerana suspek yang ditahan boleh membuat semakan di mahkamah. Melalui PCA, menteri tiada kuasa untuk menandatangani surat penahanan suspek seperti ISA dan EO. Kerajaan juga menegaskan, PCA disasarkan kepada penjenayah, bukan ahli politik. Tetapi nampaknya jaminan itu belum cukup untuk memuaskan hati pembangkang. 

Mudah kata, apa juga yang kerajaan dan PDRM buat untuk menjamin keselamatan semuanya tidak kena. Semuanya tidak demokratik. Semuanya menindas rakyat. Semuanya berbaur politik.

PCA untuk penjenayah. Kalau pemimpin pembangkang memang bercita-cita hendak menjadi penjenayah, itu mungkin satu isu. Tapi kalau pemimpin pembangkang rasakan diri bukan penjenayah, apa yang hendak kalut sangat? 

Malah, jika pembangkang berdegar-degar mahu menolak PCA semata-mata dengan alasan memperjuangkan hak asasi ketika 40,000 penjenayah termasuk kongsi gelap sedang ligat berkeliaran, bagaimana pula dengan 20 juta lagi rakyat Malaysia yang juga punya hak untuk menikmati keamanan?

Rakyat pun ada hak juga!

VIDEO: Pencuri ‘Buat Kerja’ Waktu Jemaah Wanita Sedang Sujud

KETIKA ini kejadian kecurian sering kali terjadi walau di mana pun anda berada.
Keadaan sebegini kadang-kala membuatkan kita trauma dan paranoid untuk keluar dari rumah.
Namun apa yang penulis ingin kongsikan ialah mengenai sebuah video kejadian kecurian yang terjadi di sebuah surau, baru-baru ini.
Ketika para muslimah sedang khusyuk sujud, terdapat seorang lelaki yang menyelinap masuk di ruangan solat wanita untuk meragut beg yang diletakkan di hadapan para jemaah tersebut.
Sekarang ini nak buat jahat pun dah tak mengira tempat, asal si peragut nampak saja ruang dan peluang untuk mereka, terus disambarnya tanpa memikirkan natijahnya di kemudian hari.
Hari ini perbuatan terkutuknya mungkin terlepas, tapi esok lusa tiada siapa yang tahu untung nasib si peragut itu.
Jadi, buat anda semua, terutamanya kaum wanita, sentiasalah berhati-hati dan berwaspada di mana sahaja anda berada.
Awasi beg tangan dan barangan berharga anda dengan sebaiknya supaya kejadian seperti dalam video ini tidak menimpanya anda di kemudian hari.