Friday, 4 October 2013

Luahan Maaf Pengantin Perempuan Setelah Lauk Kendurinya Korbankan 4 Nyawa

VIDEO: Luahan Maaf Pengantin Perempuan Setelah Lauk Kendurinya Korbankan 4 Nyawa


PENGANTIN perempuan yang majlis perkahwinannya di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu lalu menyebabkan kematian empat orang kerana keracunan makanan memohon maaf kepada semua yang terlibat atas ketentuan yang berlaku.
Haslina Yusof berkata, beliau sedih dan terkilan dengan kejadian yang menimpa sanak saudara dan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu.
Empat orang yang maut itu keracunan makanan selepas menikmati juadah kenduri kahwin berkenaan termasuk sepupu Haslina sendiri, Norshazana Mohd Rashid, 24, yang meninggal dunia di rumahnya di Sungai Petani.
“Saya tidak sangka boleh jadi begini,” katanya kepada wartawan .
Haslina, 23, merayu agar tidak ada mana-mana pihak yang menaruh syak wasangka dan memberi tanggapan serong terhadap keluarganya.
Katanya, beliau dan keluarga sudah cukup menanggung malu atas apa yang telah terjadi.
Mereka juga tidak berniat untuk menganiaya sesiapa apatah lagi menaruh racun ke dalam makanan seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak.
main_ax_0210_P12a
Sementara itu, bapa Haslina, Yusof Ahmad, 52, juga terkilan dan sedih kerana tidak menyangka majlis perkahwinan pertama dalam keluarganya itu bertukar jadi bencana.
“Saya sebagai tuan rumah nak minta maaf banyak-banyaklah berlaku pada kenduri baru-baru ini. Saya pun tak sangka yang boleh jadi macam itu. Saya panggil kawan-kawan untuk datang makan kenduri ini dengan iklhas, tak ada niat nak buat jahat atau apa,” katanya.
Apa yang menyebabkan beliau lebih terkilan ialah antara mangsa keracunan yang dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia itu adalah saudara-maranya sendiri.
Yusof turut memaklumkan beliau dan ahli keluargnya juga cirit-birit dan muntah-muntah dan ditahan di hospital selama tiga hari. Mereka hanya dibenarkan pulang pada pagi Rabu.
Sementara itu, jenazah mangsa keempat, Wang Razali Yaacob, 56, selamat dikebumikan pada pagi Rabu di Tanah Perkuburan Masjid Al-Atiq, Kampung Merbok, Sungai Petani.
Allahyarham meninggal dunia pukul 7.15 malam Selasa di Hospital Sultan Abdul Halim setelah sakit perut dan muntah-muntah selepas pulang dari majlis perkahwinan itu.
Dua lagi mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut yang maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan dan Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.
Dalam pada itu, polis masih menunggu laporan perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mengumpulkan laporan berkenaan daripada empat buah hospital daerah dan dijangka akan siap dalam masa terdekat.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalili Ariffin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh selepas menerima laporan itu bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk melihat unsur khianat atau kecuaian.
Setakat ini, 270 orang dilaporkan mendapatkan rawatan di hospital kerana keracunan makanan daripada majlis kenduri kahwin itu. – ASTRO AWANI

GAMBAR: Penjenayah Ditembak Mati Adalah Adik Beradik, Anak Polis

Ipoh –  Dua daripada tiga penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Intan, Gerik, di sini, awal pagi kelmarin, disahkan sebagai pasangan adik-beradik tiri yang juga anak kepada seorang anggota polis.
Kedua-dua yang berusia 25 dan 26 tahun itu, jarang pulang ke rumah keluarga mereka di Kampung Tanjung Mas, Kelantan.
Mereka dikatakan mengaburi perbuatan jenayah dilakukan daripada ahli keluarga dengan mendakwa kononnya bekerja sendiri termasuk sebagai pemasang paip di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Menurut sumber, bapa kepada suspek yang berpangkat lans koperal itu sudah lama tidak bertemu dengan kedua-dua anaknya itu dan kali terakhir dua anaknya itu pulang ke rumah pada Isnin lalu dengan alasan mahu bercuti serta ingin menziarahi keluarga di kampung.
Difahamkan, pasangan adik-beradik itu pulang ke kampung halaman mereka pada Aidilfitri lalu sebelum sekali lagi pulang menziarahi keluarga mereka pada Isnin lalu.
Bagaimanapun, mereka meninggalkan rumah pada jam 4 pagi Selasa lalu tanpa diketahui tujuannya.
Bapa kedua-dua suspek yang bertugas di Kota Baharu, Kelantan, tidak mengetahui atau mengesyaki aktiviti jenayah yang dilakukan anak-anaknya itu.
Sumber berkata, beliau hanya mengetahui pembabitan anak-anaknya itu dalam kegiatan jenayah samun bersenjata api apabila dimaklumkan polis pada petang hari kejadian berbalas tembakan itu.
Dalam kejadian itu, kedua-dua beradik terbabit termasuk seorang lagi rakan jenayah mereka berusia 34 tahun turut mati ditembak polis.
Dalam kejadian lebih kurang jam 1.40 pagi itu, pasukan polis yang mengekori ketiga-tiga penjenayah tersebut mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan namun suspek-suspek yang menaiki Proton Wira berwarna putih sebaliknya melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.
Polis terpaksa membalas tembakan dan berjaya menembak mati ketiga-tiga suspek di tempat kejadian.
Hasil pemeriksaan dalam kenderaan yang dinaiki suspek, polis menjumpai dua pucuk pistol serta 11 butir peluru.
Hasil semakan rekod jenayah mendapati ketiga-tiga suspek pernah terlibat dalam beberapa kes samun bersenjatapi termasuk menembak mati pemilik restoran nasi kukus di Paka serta melarikan kenderaan Toyota Hilux milik mangsa.
Ketiga-tiga penjenayah juga didapati terlibat dalam kes cubaan samun seorang wanita di Jalan Haji Ahmad Kuantan, Pahang.. – Harian Metro/ Gambar FB Polisperak
GAMBAR: Dua Penjenayah Ditembak Mati Adik Beradik, Anak Polis
1375009_557333154321521_1238054298_n
1380655_557333214321515_1937177348_n

Tweet Wardina persendakan pejuang kalimah Allah

Ramai yang marah fasal Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini. Tak kira penyokong kerajaan atau pembangkang, semua melepaskan amarah termasuk di FB dan Twitter - semuanya geram dengan penyelewengan yang dibongkar.

Aktres dan pengacara TV, Wardina Safiyyah adalah antara yang paling marah. Dua tiga hari ini, tweetnya lebih berkisar pasal laporan audit. Perkataan rasuah diulang-ulangnya. Lama rasanya tak dengar pasal Wardina selepas dia pernah cetuskan polemik apabila jadi peceramah untuk program PKR tidak lama dahulu.

Tapi saya tertarik dengan Tweet terbaru Wardina pasal isu audit yang berbunyi: "Yang berjuang bermatian mempertahankan kalimah Allah...nah agama mu dihina..apabila yg percaya kpd Allah mengamalkan RASUAH!!"

Saya terkejut dengan Tweet ni. Apa sebenarnya mesej yang cuba disampaikan Wardina melalui tweet ini?

Kita boleh faham kalau Wardina mahu pertahankan PKR kerana sokong desakan DAP supaya kalimah Allah diguna untuk bukan Islam, tetapi mengaitkan isu audit dengan perjuangan mempertahankan kalimah Allah adalah satu tindakan paling dangkal, tidak sensitif dan berbaur politik.

Kenyataan Wardina ini seolah-olah bermaksud barisan peguam Islam serta jutaan umat Islam yang selama ini sama-sama berjuang di mahkamah mempertahankan kalimah Allah adalah orang sama yang mengamalkan rasuah.

Puan Wardina, dalam isu kalimah Allah, tidak semua yang berjuang mempertahankannya orang politik. Sebahagian besar mereka adalah golongan biasa-biasa yang sayangkan agama mereka. Mereka cekal berjuang dalam isu ini kerana mahu pertahan akidah generasi masa depan termasuk anak-anak dan cucu mereka.

Kalau hendak cakap pasal pendirian parti politik sekalipun, Wardina kena ingat segelintir pemimpin PR seperti Ustaz Haron Din dan Ustaz Haron Taib juga bersama-sama berjuang mempertahankan kalimah Allah. Atau Wardina hendak cakap Haron Din dan Haron Taib juga amalkan rasuah?

Tidak tahulah kalau Wardina hendak guna isu laporan audit ini untuk pulihkan imej busuk PKR berhubung isu kalimah Allah, kalau itu benar, maka kita minta dia carilah modal lain. Jangan nanti diri dicop sebagai barua politik yang bersekongkol dengan gerakan jahat untuk merosakkan agama sendiri.
Like ·  · 

Agen Nafi Mr Bean Peluk Islam

mr bean

Agen kepada Rowan Atkinson atau Mr Bean menafikan pelakon terkenal berkenaan telah memluk Islam.

Lucy yang dihubungi sebuah portal berpengkalan di Israel memberitahu, dalam pengetahuaannya, Rowan tidak memeluk Islam.
Sebelum ini, laman web Islampos melaporkan bahawa berita tersebut mula disebarkan oleh sebuah laman web anti-Israel, Sadabladi.com dengan menyatakan bahawa Mr. Bean mendapat hidayah selepas menonton filem fitnah tentang Nabi Muhammad S.A.W, “Innocence of Muslim”.
Ketika ditanya media mengenai perkara itu, Mr Bean dikatakan hanya mengangkat jarinya sahaja sebagai syarat dia sudah mengangkat dua kalimah syahadah.
Terjemahan dari artikel laman web tersebut juga mengatakan bahawa Sheikh Rashid Ghannousyi merupakan salah seorang pembimbing Mr.Bean dalam prosesnya memeluk Islam.
Penafian mengenai Mr Bean memeluk Islam dibuat hari ini oleh laman Israellycool yang menghubungi Lucy melalui email.
rowan tak peluk islam (wm)

Calon tak dibenar berucap

Calon AJK BAHAGIAN IPOH BARAT BERSALAMAN DENGAN Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir CALON  Majlis Tertinggi untuk pemilihan UMNO bulan depan bagi penggal 2013-2016 



IPOH: Sesi memperkenalkan calon yang bertanding pada pemilihan UMNO peringkat pusat yang bermula hari ini tidak membenarkan mereka berucap tetapi boleh berjabat tangan dengan perwakilan serta mengedarkan kad atau risalah memperkenalkan diri.
Perak menjadi negeri pertama mengadakan sesi itu yang dihoskan Badan Perhubungan UMNO negeri serta diselia pihak Ibu Pejabat UMNO, yang diadakan jam 9.30 pagi di Stadium Indera Mulia di sini.
Dua lagi sesi memperkenalkan calon yang turut diadakan hari ini masing-masing dihoskan Badan Perhubungan UMNO Selangor pada sebelah petang manakala Wilayah Persekutuan pada sebelah malam.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib, berkata dianggarkan hampir 60 peratus daripada 257 calon dari seluruh negara yang bertanding di peringkat pusat akan menghadiri sesi itu.
Beliau berkata, kehadiran perwakilan dari Perak juga dianggarkan mencecah 60 peratus daripada lebih 8,000 orang.
Katanya, disebabkan bilangan calon ramai, sesi itu dijangka mengambil masa dua setengah jam untuk diselesaikan.
Kenali calon
“Tujuan sesi ini untuk memberi ruang kepada perwakilan lebih dekat dan mengenali calon yang bertanding, jadi tak cukup jika sekadar calon berdiri dan melambai-lambaikan tangan kepada perwakilan ketika diperkenalkan.
“Sebab itu walaupun tidak diberi peluang berucap, mereka boleh berjabat tangan dengan perwakilan dan boleh mengedarkan kad atau risalah memperkenalkan diri kerana perwakilan juga perlu tahu latar belakang calon terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Khusairi yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim berkata, proses memperkenalkan calon dimulakan dengan mengemukakan calon dari Perak terlebih dulu, bermula denganNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan mempertahankan jawatan diikuti peringkat bawah serta ketiga-tiga sayap parti.
Katanya, calon dari negeri lain akan diperkenalkan selepas calon dari Perakselesai diperkenalkan.
“Kita hanya akan memperkenalkan calon yang hadir dan mendaftar saja. Bagi calon dari Perak, mereka yang tidak dapat hadir kita akan menayang gambar wajahnya di skrin yang disediakan.
“Umpamanya, saya dimaklumkan kemungkinan besar Ahmad Zahid tidak dapat hadir kerana ada urusan Kabinet, jadi kita sedia gambar untuk siar di skrin besar. Bagaimanapun, calon negeri lain yang tidak hadir kita tidak siar gambarnya,” katanya.
Datang awal
Khusairi berkata, semua calon perlu mendaftar diri di empat kaunter disediakan iaitu untuk Majlis Tertinggi (MT) dan tiga sayap parti.
Katanya, kesemua mereka diminta datang awal kerana majlis berkenaan akan diadakan tepat jam 9.30 pagi.
Calon Ahli MT dari Perak ialah Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Hamzah Zainudin, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Hamidah Osman dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, dua calon dari negeri ini ialah Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Harun dan Mohamad Iruwan Zulkefli.
Hamidah sebelum ini turut menghantar borang pencalonan bagi jawatan Naib Ketua Wanita tetapi kemudian menarik diri 

Thursday, 3 October 2013

PCA Jaga Kepentingan Masyarakat Umum

PUTRAJAYA - Kepentingan masyarakat umum menjadi keutamaan dalam Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dengan melihat kepentingan hak asasi majoriti diutamakan tanpa meminggirkan hak asasi kumpulan minoriti.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semasa isu hak asasi manusia penjenayah menjadi aspek yang sering dipersoalkan dalam rang undang-undang itu, hak yang sama juga perlu dipertahankan buat mangsa.

"Kami bertanya di parlimen semalam, apa hak asasi manusia di pihak yang menjadi mangsa, kenapa tidak dipertahankan. Bagaimana dengan polis yang ditembak mati penjenayah, apa hak asasi mereka, kenapa hanya hak asasi kalangan ketua kongsi gelap atau ahli kongsi gelap sahaja dipertahankan," katanya.

Beliau yang ditemui semasa melawat Pameran Polis Umum ke-3 dan Pameran dan Persidangan Kelengkapan Khas Asia 2013 (GPEC Asia 2013) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu, lewat malam tadi.

Beliau berkata semasa aspek hak asasi manusia dalam undang-undang dihormati, penting juga dilihat aspek keseluruhan, iaitu pencegahan dan penghapusan jenayah perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sepenuhnya, selain kemampuan polis dalam tindakan-tindakan mereka.

"Kami tidak menolak sepenuhnya pendapat pembangkang terutama daripada kalangan ahli parlimen pembangkang yang mempunyai latar belakang guaman dan pengamal undang-undang, kami mengambil kira beberapa klausa yang mereka rasakan perlu dikaji semula," katanya.

Sementara itu ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, Ahmad Zahid berkata Kementerian Dalam Negeri sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan dan rundingan dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam berhubung undang-undang itu.

Beliau berkata pihaknya bersikap terbuka berhubung perkara itu dan yang penting 'roh' dan objektif utama pelaksanaan undang-undang itu untuk membendung jenayah difahami.

Langkah itu bagi memastikan hasrat ke arah pembendungan dan pembanterasan jenayah dapat dilakukan demi menjamin hak asasi rakyat yang mahukan perlindungan sewajarnya, katanya.

"Kalau pun PCA ini tidak boleh diterima sepenuhnya, harap ia dapat dihormati sebagai undang-undang pencegahan dan pembanterasan jenayah.

"Kami tidak mahu PCA dianggap sebagai proses tahanan tanpa bicara sepenuhnya walaupun saya dah jelaskan beberapa kali bahawa terdapat badan pencegahan jenayah sebagai badan yang akan menjatuhkan hukuman untuk penahanan," katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau turut terbuka untuk sebarang perbincangan bagi memperbaiki klausa dalam undang-undang berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang akhbar di bangunan Parlimen berkata beliau akan tetap mengadakan bantahan berhubung pindaan akta berkenaan melalui sesi dialog, ceramah dan soal jawab di luar parlimen.

-- BERNAMA


MENTERI OH MENTERI !! RUMAH 2,3 JUTA ADA MERC BENZ MERUJUK KEPADAGOLONGAN PERTENGAHAN




Tak tahulah apa nak cakap kat Menteri Menteri dan Timbalan Menteri, kadang kadang rasa macam tak layak pemimpin macam ni diangkat sebagai Timbalan Menteri..

Takkan lah tak tahu golongan pertengahan tu macamana.. Takkan ada rumah banglo bernilai RM 2,3 juta dan ada kereta mercedes benz dikategorikan sebagai golongan pertengahan..??



Pelik benar.Kalau kerja di bandaraya metropolitan seperti Kuala Lumpur bergaji RM 3ribu pun belum boleh dikategorikan dalam golongan berpendapatan sederhana.. Kos sara hidup di Kuala Kumpur saja dah cecah 70% gaji.. Macamana nak beli Merc dan rumah berjuta juta??

Harap timbalan menteri berkenaan lebih peka dalam hal nie..bukan apa, rakyat baca pun boleh gelak sambil geleng kepala...


http://medantempurkedah.blogspot.com