Monday, 7 October 2013

SOALAN SPM BOCOR ...?????

Heheee no 4 aku paling geli and bencii hahahahaa


Bumiputera "tidak berkualiti", realiti atau diskriminasi?




``Contohnya dalam perkhidmatan awam yang hampir majoritinya bumiputera, di manakah hasilnya?. Kamu boleh lihat sendiri bagaimana mereka bekerja, adakah ia berkualiti?," soal seorang penganalisis, Dr Michael Lim Mah Hui.

Kenyataan itu dipetik oleh portal Malaysian Insider baru-baru ini. Portal itu menulis jawatan Mah Hui sebagai Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Mungkin Malaysian Insider terlupa atau segan untuk menyatakan bahawa Mah Hui juga sebenarnya adalah pemikir atau 'think tank' bagi parti DAP. 

Difahamkan beliau juga banyak memberi input dalam soal pembentukan dasar pentadbiran parti itu di Pulau Pinang.

Mah Hui melontarkan ungkapan di atas sebagai respon terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang mempertahankan keputusan kerajaan melaksanakan dasar affirmatif seperti Program Memperkasa Bumiputera memandangkan masih ramai golongan bumiputera tidak mendapat peluang yang adil terutamanya di sektor swasta.

Malaysian Insider turut memetik Mah Hui sebagai berkata: "Saya lihat mereka (bumiputera) yang banyak mengganggur ini, salah satu sebabnya adalah mereka tidak boleh dan tidak mempunyai kualiti."

Persoalannya, benarkah sektor swasta tidak gemar mengambil bumiputera bekerja kerana mereka tiada kualiti berbanding bukan bumiputera? Pendek kata, cikai sangatkah bumiputera ini?

Saya merujuk satu kajian yang dijalankan oleh Pensyarah Kanan University Malaya Lee Hwok Aun dan Felo Penyelidikan UKM, Muhammed Abdul Khalid seperti yang disiarkan akhbar The Star baru-baru ini. 

Kajian itu menunjukkan dikriminasi kaum sangat ketara dalam sektor swasta. Hwok Aun memberitahu, kajian tersebut menunjukkan permohonan daripada pencari kerja Cina lebih diberi keutamaan.

Kajian ini melibatkan pengedaran resume rekaan calon Melayu dan Cina kepada iklan-iklan pencari kerja, kemudian membandingkan jumlah panggilan balas dan temuduga yang diperolehi oleh calon bagi setiap kaum.

Dalam analisis beliau, Hwok Aun dipetik The Star sebagai berkata: "Keputusan kajian menunjukkan dalam sektor swasta, isu kaum adalah penting. Pemohon Cina lebih cenderung dipanggil untuk temuduga berbanding pemohon Melayu. (Isu) kualiti juga penting, tetapi kurang (berbanding isu kaum).

Saya percaya, jika artikel itu disiarkan Utusan Malaysia, maka adalah golongan yang bertempik mengatakan Utusan rasis dan membela apa yang sering disebut pemimpin DAP sebagai "UMNOputra".

Sebelum hendak mengkritik, DAP perlu sedar bahawa kajian itu bukan kajian caca merba. Ia dijalankan seorang ahli akademik Cina yang membuat analisis secara empirikal bersama rakannya, seorang Melayu yang juga ahli akademik. Sepatutnya, penganalisis DAP seperti Mah Hui juga patut membuat kajian sebelum membuat kesimpulan mengatakan "bumiputera yang menganggur tiada kualiti."

Jangan hanya mudah membuat andaian untuk memberi konotasi salah, terutamanya bila Mah Hui dan rakan-rakan dalam DAP mahu bercakap soal kualiti sebagai kayu ukur. Jika kualiti menjadi pertimbangannya, sepatutnya ruang perbincangan harus berkisar soal bagaimana mahu meningkatkan kualiti bumiputera supaya mereka juga boleh terlibat secara adil dalam sektor swasta.

Amat meragukan apabila Mah Hui cuba berhujah soal kualiti dengan menuding jari ke arah penjawat awam - yang majoiritinya bumiputera - kumpulan yang seolah-olah dianggapnya tidak berkualiti. Mah Hui harus menyedari bahawa penjawat awam adalah kumpulan pembentuk dan pelaksana dasar termasuk dalam pembangunan ekonomi. Mah Hui juga harus ingat bahawa Malaysia pernah mencatat pertumbuhan dua digit selama sedekad sebelum krisis ekonomi pada 1997.

Adakah Mah Hui mahu membuat kesimpulan barisan penjawat awam sedekad lalu adalah berkualiti dan barisan yang ada pada hari ini tidak berkualiti? 

Hakikatnya, kebelakangan ini andaian-andaian mengenai keupayaan bumiputera yang keluar dari mulut orang seperti Mah Hui kerap sangat dibangkitkan, lebih-lebih lagi apabila kerajaan terus menyuburkan dasar affirmatif membantu meningkatkan keupayaan golongan bumiputera.

Ada juga yang berhujah kononnya mereka tidak menentang dasar affirmatif, tetapi cara pelaksanannya. Namun, pandangan ini disokong dengan hujah-hujah yang kabur - seolah-olah mereka tidak mahu menyuarakan apa sebenarnya yang mereka mahu. Maka timbullah isitlah kesamarataan antara kaum. Jalan paling mudah untuk memburukkan dasar affirmatif ialah dengan mengatakan dasar tersebut hanya memberi manfaat kepada UMNOputra.

Benar, penyokong-penyokong dasar affirmatif telah memberi manfaat kepada UMNO - parti yang mendukung dasar itu sekian lama. Tetapi adalah tidak kena jika mengatakan dasar tersebut hanya untuk kepentingan parti. Hakikatnya dasar itulah yang berjaya melahirkan cerdik pandai dan usahawan Melayu berjaya pada hari ini.

Malahan, dasar itu jugalah yang mengangkat ramai pemimpin Melayu yang bersilang bahu bekerjasama dengan DAP - parti tempat Mah Hui mencurah idea sebagai pemikir. Pemimpin-pemimpin Melayu ini pula mahu bersikap apologetik untuk mencemuh, menyalahkan, malah tanpa rasa segan mahu menghapuskannya.

Itulah realitinya. Mungkin mereka jugalah yang Mah Hui gelarkan sebagai "orang yang tidak boleh dan tidak mempunyai kualiti". 

Sumber:

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/09/18/Discrimination-when-hiring-is-rife-say-job-seekers.aspx
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bumiputera-tiada-kualiti-bukan-sektor-swasta-tutup-peluang-kata-penganalisi
http://www.mole.my/content/its-racial-discrimination-private-sectors?
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/agenda-pemerkasaan-bumiputera-diperkenal-kerana-sektor-swasta-tutup-peluang

Sunday, 6 October 2013

PCA: 'Hari Gelap' Malaysia?

Rata-rata Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan hari Dewan Negara meluluskan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) sebagai 'Hari Gelap' Malaysia. Mereka juga menyifatkan PCA adalah simbol kezaliman kerana ia adalah jelmaan semula Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengikut laporan akhbar, terdapat tiga bacaan dan tiga undian dibuat sebelum rang undang-undang PCA diluluskan. Pada bacaan pertama pada sekitar 6.30 petang, 23 daripada 89 Ahli Parlimen PR tiada di dewan - bermaksud kadar yang tidak hadir sebanyak 26%.

Pada bacaan kedua di 7:10 petang, 25 daripada 89 Ahli Parlimen PR tiada di dewan - bermaksud kadar yang tidak hadir sebanyak 28%. Lebih mengejutkan, bacaan ketiga pada 9:10 malam, 31 daripada 89 Ahli Parlimen PR tiada di dewan - bermakna 35% daripada mereka tidak hadir untuk mengundi.

Di luar dewan pung pang bertegang urat bantai kerajaan asal PCA. Tapi dalam dewan batang hidung pun tak nampak.

Selepas EO dan ISA dimansuhkan, 2,473 suspek jenayah berat di Penjara Simpang Renggam dibebaskan Julai tahun lalu. Ekoran itu dianggarkan anggota kongsi gelap mula bina semula rangkaian sehingga ahli mereka dianggarkan sudah mencecah 40,000. Dalam tempoh empat bulan iaitu April hingga Julai tahun ini sahaja, sebanyak 31 kes tembak menembak dilaporkan di seluruh negara dan mengorbankan 22 nyawa.

Fakta ini ada didedahkan di Dewan Rakyat, tetapi Ahli Parlimen PR ramai yang membisu. Ada pula penyokong2 mereka yang terlebih cerdik mengatakan ada kes tembak itu hanya sandiwara polis. Mereka ini cakap pakai kepala lutut ke? 

Kalaulah, orang-orang macam DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tian Chua kata pelaksanaaan PCA adalah 'Hari Gelap' Malaysia, satu persatu kes tembak yang turut mengorbankan pegawai penguatkuasa pula mahu dianggap sebagai hari apa pula YB2 sekalian?

'Hari Cerah' untuk Malaysia kah?
PCA: 'Hari Gelap' Malaysia?

Rata-rata Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan hari Dewan Negara meluluskan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) sebagai 'Hari Gelap' Malaysia. Mereka juga menyifatkan PCA adalah simbol kezaliman kerana ia adalah jelmaan semula Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengikut laporan akhbar, terdapat tiga bacaan dan tiga undian dibuat sebelum rang undang-undang PCA diluluskan. Pada bacaan pertama pada sekitar 6.30 petang, 23 daripada 89 Ahli Parlimen PR tiada di dewan - bermaksud kadar yang tidak hadir sebanyak 26%.

Pada bacaan kedua di 7:10 petang, 25 daripada 89 Ahli Parlimen PR tiada di dewan - bermaksud kadar yang tidak hadir sebanyak 28%. Lebih mengejutkan, bacaan ketiga pada 9:10 malam, 31 daripada 89 Ahli Parlimen PR tiada di dewan - bermakna 35% daripada mereka tidak hadir untuk mengundi.

Di luar dewan pung pang bertegang urat bantai kerajaan asal PCA. Tapi dalam dewan batang hidung pun tak nampak.

Selepas EO dan ISA dimansuhkan,  2,473 suspek jenayah berat di Penjara Simpang Renggam dibebaskan Julai tahun lalu. Ekoran itu dianggarkan anggota kongsi gelap mula bina semula rangkaian sehingga ahli mereka dianggarkan sudah mencecah 40,000. Dalam tempoh empat bulan iaitu April hingga Julai tahun ini sahaja, sebanyak 31 kes tembak menembak dilaporkan di seluruh negara dan mengorbankan 22 nyawa.

Fakta ini ada didedahkan di Dewan Rakyat, tetapi Ahli Parlimen PR ramai yang membisu. Ada pula penyokong2 mereka yang terlebih cerdik mengatakan ada kes tembak itu hanya sandiwara polis. Mereka ini cakap pakai kepala lutut ke? 

Kalaulah, orang-orang macam DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tian Chua kata pelaksanaaan PCA adalah 'Hari Gelap' Malaysia, satu persatu kes tembak yang turut mengorbankan pegawai penguatkuasa pula mahu dianggap sebagai hari apa pula YB2 sekalian?

'Hari Cerah' untuk Malaysia kah?

Saturday, 5 October 2013

VIDEO - Peragut di Berkas Penduduk

peragut kamera shy


Malu betul peragut ni nak tunjuk muka dia kat kamera… dia tak suka publisiti kot…“aku meragut bukan kerna nama” motonya.
Kejadian berlaku pada sebelah pagi di Taman Kancil, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 1 Oktober lalu.
Suspek ditahan penduduk Taman Sejahtera ketika mahu melarikan diri.
Peragut yang malu dengan kamera itu telah diserahkan kepada pihak polis tidak beberapa lama kemudian.
Nasib kat Malaysia boleh buat malu-malu ketika gambar hendak diambil…kalau kat Indonesia mahu dah rentung kena bakar hidup-hidup.
Kepada anggota masyarakat terutama kaum wanita, berhati-hati lebih sedikit ketika berada di luar…jenayah berlaku tanpa diduga.

Ular Sawa Telan Budak Kat Johor?

telan budak

Malam tadi… ada isu yang trending di media sosial negara ini.
Kali ini kecoh kononnya ada seorang kanak-kanak empat tahun ditelan seekor ular sawa di sebuah Felda di Masai, Johor.
Soalnya….. hanya sekeping gambar seperti di atas yang tersebar sebagai bukti kononnya ada kes seumpama itu.
Tak tahulah apa kebenarannya… tapi penulis agak yakin kes itu tidak betul.
Perbincangan dengan rakan-rakan followers Twitter Mynewshub juga gagal memperlihatkan sebarang petunjuk kepada kebenaran kejadian itu.
Siap ada komen di Twitter …“aku dah tengok gambar ni semalam…apasal baru hari ni dia makan”.
Dan kalau benar, sudah tentu lebih banyak gambar dan berita kejadian kecoh di semua media-media utama di negara ini malam tadi lagi.
Malah, kalau melibatkan manusia ditelan ular…media-media asing pun akan berlumba-lumba melaporkan kejadian berkenaan.
Ini kerana ia memiliki nilai berita human interest yang tinggi kepada sesiapa sahaja di mana jua.
Disebabkan berita itu hampir pasti tidak betul…maka soalnya kini…siapa yang gatal tangan sebarkan gambar dengan berita seumpama itu mula-mula sekali?
Dapat faedah apa?
(Kalau berita ni betul… penulis perlu cari jalan untuk cover malu esok… tapi 99.99 peratus rasanya ini temberang…)
Ular Sawa Telan Budak Kat Johor – Sape Gatal Mulakan Cita Ni?http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/telan-budak.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/telan-budak-150x150.jpgMyNewsHubUtama,,,
Malam tadi... ada isu yang trending di media sosial negara ini. Kali ini kecoh kononnya ada seorang kanak-kanak empat tahun ditelan seekor ular sawa di sebuah Felda di Masai, Johor. Soalnya..... hanya sekeping gambar seperti di atas yang tersebar sebagai bukti kononnya ada kes seumpama itu. Tak tahulah apa kebenarannya... tapi penulis...
Malam tadi... ada isu yang trending di media sosial negara ini. Kali ini kecoh kononnya ada seorang kanak-kanak empat tahun ditelan seekor ular sawa di sebuah Felda di Masai, Johor. Soalnya..... hanya sekeping gambar seperti di atas yang tersebar sebagai bukti kononnya ada kes seumpama itu. Tak tahulah apa kebenarannya... tapi penulis agak yakin kes itu tidak betul. Perbincangan dengan rakan-rakan followers Twitter Mynewshub juga gagal memperlihatkan sebarang petunjuk kepada kebenaran kejadian itu. Siap ada komen di Twitter ...<strong>"aku dah tengok gambar ni semalam...apasal baru hari ni dia makan".</strong> Dan kalau benar, sudah tentu lebih banyak gambar dan berita kejadian kecoh di semua media-media utama di negara ini malam tadi lagi. Malah, kalau melibatkan manusia ditelan ular...media-media asing pun akan berlumba-lumba melaporkan kejadian berkenaan. Ini kerana ia memiliki nilai berita human interest yang tinggi kepada sesiapa sahaja di mana jua. Disebabkan berita itu hampir pasti tidak betul...maka soalnya kini...siapa yang gatal tangan sebarkan gambar dengan berita seumpama itu mula-mula sekali? Dapat faedah apa? <strong>(Kalau berita ni betul... penulis perlu cari jalan untuk cover malu esok... tapi 99.99 peratus rasanya ini temberang...)</strong>

Guna Cili Sos Taktik Samun Terbaru Warga Asing Di Bongkar

Penjenayah

Awas!!! Ada taktik terbaru yang kini digunakan penjenayah untuk mengalih perhatian sebelum meragut atau mencuri barang berharga milik mangsa.
Khamis lepas di Serdang, sekumpulan tiga orang dipercayai warga Filipina menggunakan taktik menumpahkan sos cili ke baju mangsa untuk mengalihkan perhatian mangsa sebelum dirompak.
Taktik itu bagaimanapun gagal apabila seorang daripada suspek itu berjaya ditahan sepasukan polis berpakaian preman yang meronda kawasan sekitar kawasan kejadian iaitu di pusat membeli-belah The Mines.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata tiga suspek itu pada mulanya menumpahkan sos cili ke atas mangsa iaitu seorang wanita warga China di sebuah stesen bas sebelum merompaknya.
Beliau berkata, anggota polis yang meronda terdengar jeritan wanita berkenaan meminta tolong segera membantu mangsa.
“Taktik menggunakan sos cili itu kini merupakan cara baru pen jenayah mengalihkan perhatian mangsa.
“Bagaimanapun anggota kami berjaya mengejar dan memberkas seorang daripada mereka,” katanya.
Abdul Razak memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang 03-8074 2222 untuk membantu siasatan.
Penjenayah Guna Taktik Simbah Cili Sos Berjaya Diberkashttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Penjenayah.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Penjenayah-150x150.jpgMyNewsHubUtama

Aljubri Berwajah Baru!!!Muka jambu daya Penarik memburu mangsa seterusnyeeee

'Wajah Baru' Anwar Terus Curi Tumpuan...

Pagi Khamis ramai wartawan dan jurugambar standby di luar pintu utama Dewan Rakyat.Ini setelah tersebar khabar mengenai kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Masa sidang Dewan Rakyat selama lapan hari kali ini bermula pada 23 September kelibat Ketua Pembangkang itu tidak kelihatan sejak hari pertama lagi.
Beliau terbang ke luar negara termasuk berada di New York.
Khamis ialah hari akhir sidang Dewan Rakyat.
Apa yang menjadi ‘berita’ bukan sangat komenter Anwar pasal isu-isu semasa termasuk pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang hangat dibahaskan dan diluluskan Rabu malam.
Fokus mereka tentulah pada wajahnya yang ‘lain macam’ sejak muncul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 September.
anwar-wajah18
Waktu itu mukanya kelihatan bengkak jauh berbeza dari biasa.
Kelainan itu mengundang pelbagai cakap-cakap termasuk kata Anwar sudah buat ‘makeover’ pada wajahnya agar kelihatan lebih muda.
Wajah Anwar semasa di Mahkamah Rayuan Putrajaya 18 September
Setelah dua minggu tentu ramai yang hendak tengok kalau-kalau wajah itu sudah kembali normal.
Namun jelas kesan pada perubahan wajahnya masih ada.
Ini yang menjadi bahan gosip hangat dikalangan mereka yang berada di Parlimen Khamis.
Apa yang sudah jadi pada wajahnya?
” Siapa tahu…mungkin dia nak nampak lebih bertenaga siap hadapi PRU14,” bisik seorang wartawan secara berjenaka pada rakannya selepas sidang akhbar Anwar di lobi Parlimen. 

***Bontot saper yang akan menjadi mangsa terbaru kerakusan Anwar same2 kita nanti kan
‘Wajah Baru’ Anwar Terus Curi Tumpuan…http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/anwar-wajahp2xx.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/anwar-wajahp2xx-150x150.jpgMyNewsHubUtama
Pagi Khamis ramai wartawan dan jurugambar standby di luar pintu utama Dewan Rakyat.Ini setelah tersebar khabar mengenai kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Masa sidang Dewan Rakyat selama lapan hari kali ini bermula pada 23 September kelibat Ketua Pembangkang itu tidak kelihatan sejak hari pertama lagi. Beliau terbang ke luar negara termasuk...
Pagi Khamis ramai wartawan dan jurugambar standby di luar pintu utama Dewan Rakyat.Ini setelah tersebar khabar mengenai kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim. <strong>Masa sidang Dewan Rakyat selama lapan hari kali ini bermula pada 23 September kelibat Ketua Pembangkang itu tidak kelihatan sejak hari pertama lagi.</strong> <strong>Beliau terbang ke luar negara termasuk berada di New York.</strong> Khamis ialah hari akhir sidang Dewan Rakyat. Apa yang menjadi 'berita' bukan sangat komenter Anwar pasal isu-isu semasa termasuk pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang hangat dibahaskan dan diluluskan Rabu malam. Fokus mereka tentulah pada wajahnya yang 'lain macam' sejak muncul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 September. <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/anwar-wajah18.jpg"><img class="aligncenter size-full wp-image-195434" alt="anwar-wajah18" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/anwar-wajah18.jpg" width="513" height="300" /></a> Waktu itu mukanya kelihatan bengkak jauh berbeza dari biasa. Kelainan itu mengundang pelbagai cakap-cakap termasuk kata Anwar sudah buat 'makeover' pada wajahnya agar kelihatan lebih muda. Wajah Anwar semasa di Mahkamah Rayuan Putrajaya 18 September Setelah dua minggu tentu ramai yang hendak tengok kalau-kalau wajah itu sudah kembali normal. Namun jelas kesan pada perubahan wajahnya masih ada. Ini yang menjadi bahan gosip hangat dikalangan mereka yang berada di Parlimen Khamis. Apa yang sudah jadi pada wajahnya? " Siapa tahu...mungkin dia nak nampak lebih bertenaga siap hadapi PRU14," bisik seorang wartawan secara berjenaka pada rakannya selepas sidang akhbar Anwar di lobi Parlimen. - <strong>AGENDADAILY.COM</strong>