Tuesday, 8 October 2013

PREDATOR MALAYSIA Buat Laporan Polis !!

Kuala Lumpur: “Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor,”.
Demikian kata Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut daripada filem aksi sains fiksyen Predator memasuki Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu.
Gambarnya bersama sut sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki B-King GSX1300 itu kemudian dimuat naik di beberapa blog dan mendapat pelbagai reaksi termasuk menggelarnya sebagai Predator Malaysia.

“Saya pergi ke sana untuk membuat laporan polis berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook, tetapi tidak sangka sebaik memasuki balai, sut filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat itu menjadi tumpuan polis yang bertugas.
Foto
DR Jim bersama sut lengkap Predator dan motosikalnya.

“Selesai membuat laporan, mereka minta saya pakai semula topi keledar yang direka mengikut kepala Predator sebelum mengambil gambar bersama motosikal dan memuat naik di Internet tanpa pengetahuan saya,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di kliniknya, di sini, semalam.
 -Mymetro

Pemandu Teksi Yang Dibelasah, Meninggal Dunia

hiew-chen-guang
Takziah buat keluarga Hiew Chen Guang yang meninggal dunia petang semalam.
Beliau telah berada dalam keadaan koma selama seminggu selepas dibelasah oleh seorang penunggang motosikal.
Mengikut anaknya Chun Wei, bapanya mengalami pendarahan dalaman dalam kepala ekoran ditumbuk berkali-kali.
Warga emas itu dipukul apabila mendiang sedang memandu teksi di Jalan Kelang Lama kira-kira pukul 7 pagi pada 30 September lalu.
Pemandu teksi tersebut yang berumur 66 tahun dikatakan terlanggar seorang penunggang motosikal di hadapannya.
Seorang saksi dilaporkan berkata mangsa kemudiannya diserang oleh seorang penunggang motosikal yang lain.
Diminta sesiapa yang menyaksikan serangan tersebut untuk tolong bantu polis dalam siasatan mereka. Nombor talian panas Bukit Aman ialah 03-2031 9999; nombor Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur ialah 03-2146 0585.

Monday, 7 October 2013

Video: Gadis Kafeteria Dengan Superpower Yang Menakutkan Orang

Apa berlaku jika ada orang yang bersikap kurang sensitif menumpah air atas laptop anda?
Pasti sekali anda tidak akan sekadar tersenyum.
Kalau anda ada superpower…mesti itulah masa yang paling sesuai nak gunakan… macam klip di bawah.
Semua itu diatur sebagai promosi untuk filem Carrie… memang kreatif.
Baru sehari video itu dimuat naik ke Youtube, ia sudah ditonton lebih sejuta kali.
Video: Gadis Kafeteria Dengan Superpower Yang Menakutkan Oranghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/carrie.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/carrie-150x150.jpgMyNewsHubmyHangatUtama,

VIDEO: Zikir Goyang Buntot…Fahaman syiah ke?

SEJUJURNYA penulis sendiri tak tahu apa kejadah amalan seperti yang tertera dalam video di bawah.
Nak berzikir ke..nak menurun ke…tiada idea.
Tetapi yang perempuannya siap bertudung bagai.
Yang pasti, dalam Islam sendiri tidak ada ajaran atau amalan sebegini.
Dan penulis juga tidak pernah melihat amalan goyang buntot tersebut diamalkan oleh agama-agama lain.
Mungkin ini salah satu bentuk tarian kita pun tak tahu.
Macam-macam hal – jangan si pelakunya terkentut masa wat kerja pelik ni dah, haru beb!
VIDEO: Zikir Goyang Buntot…Apa Kejadahnya Ni?http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Untitled.pnghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Untitled-150x150.pngMyNewsHubmyHangatUtama

Pemilihan UMNO – 33,012 Jumlah Muktamad Calon Layak Bertanding

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli, hari ini mengumumkan jumlah muktamad keseluruhan perwakilan yang bertanding di semua peringkat termasuk bahagian adalah berjumlah 33,012 orang.
Daripada jumlah tersebut, 495 telah menarik diri, 334 pula dikenalpasti sebagai muflis dan mereka yang dikenakan tindakan disiplin berjumlah 39 orang.
Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis sidang media Pemilihan UMNO 2013 di PWTC di sini hari ini.
Dalam majlis yang sama, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Jusoh turut menerangkan bahawa mereka yang muflis akan dimaklumkan melalui saluran bahagian masing-masing.
“Ibu pejabat akan mengeluarkan tauliah kepada perwakilan yang disahkan untuk menghadiri persidangan di peringkat bahagian. Sekiranya mereka didapati muflis, maka nama mereka akan diberi tanda untuk dirujuk ke jawatankuasa pemilihan.
“Salinan daripada jabatan insolvensi akan disertakan bagi memastikan bahawa semua rujukan telah dibuat dan mendapati perwakilan ini tidak boleh menghadiri mesyuarat,” jelasnya dalam sidang media  di sini, hari ini.
Sementara itu mengenai kritikan yang disuarakan oleh kebanyakan perwakilan mengenai syarat yang terlalu ketat sehingga menyusahkan untuk berkempen, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli berkata  Jawatankuasa pemilihan hanya melaksanakan apa yang termaktub di dalam buku perlembagaan dan semua syarat tersebut diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi.
“Hanya Majlis Tertinggi yang boleh membuat perubahan dan Jawatankuasa pemilihan yang melaksanakan malah jawatankuasa pemilihan juga tidak ada kena mengena dengan sebarang tindakan disiplin yang dikenakan. Hanya lembaga disiplin yang boleh mengambil tindakan berlandaskan tata etika parti.
“Saya harap mereka yang hendak mengeluarkan pendapat sila rujuk buku perlembagaan,” jelasnya lagi.
Berikut adalah keputusan muktamad jumlah perwakilan Pemilihan UMNO 2013.
Jumlah calon peringkat pusat
Pengerusi tetap 1 calon (menang tanpa bertanding)
Majlis tertinggi -62 orang calon
Timbalan Pengerusi tetap – 3 orang calon
Presiden – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden – 1 calon (Menang tanpa bertanding)
Naib Presiden – 6 calon
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 3 calon
Timbalan Pengerusi Tetap – 5 calon
Ketua Pergerakan Pemuda – 5 calon
Naib ketua Pemuda – 4 calon
Ahli Jawatankuasa Pemuda – 77 calon
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalam Pengerusi Tetap – 2 calon
Ketua Pergerakan Puteri – 2 calon
Naib Ketua – 3 calon
Ahli Jawatankuasa – 30 calon
Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi tetap – 2 calon
Ketua Wanita UMNO – 3 calon
Naib Ketua – 3 calon (Seorang telah menarik diri iaitu Datuk Hamidah Osman)
Ahli Jawatankuasa – 44 calon
Jumlah keseluruhan calon 260 orang
Peringkat Bahagian
Pengerusi Tetap Bahagian – 302 calon (muflis – 6, tarik diri – 9)
Pengerusi Tetap Pemuda 309 calon (tarik diri – 11)
Pengerusi Puteri – 222 calon (tarik diri – 1, disiplin – 1)
Pengerusi Tetap Wanita – 238 calon (tarik diri – 3)
Timbalan Pengerusi tetap bahagian – 330 calon (muflis – 2 tarik, diri – 1)
Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda – 305 calon (muflis – 5, tarik diri – 13)
Timbalan Pengerusi Tetap Puteri – 209 calon (muflis – 2, tarik diri – 3)
Timbalan Pengerusi Tetap Wanita – 227 calon (muflis – 1)
Ketua bahagian – 438 calon (muflis -1, tarik diri – 16, disiplin – 4)
Ketua Pemuda Bahagian – 435 calon (muflis – 6, tarik diri – 17, disiplin – 1)
Ketua Puteri Bahagian – 296 calon (tarik diri – 1)
Ketua Wanita Bahagian – 358 calon (tarik diri – 6, disiplin – 1)
Timbalan Ketua Bahagin – 421 (muflis – 8, tarik diri – 29, disiplin 2)
Naib ketua Pemuda – 435 calon (muflis – 3, tarik diri – 32)
Naib Puteri – 282 calon (muflis – 1, tarik diri – 8)
Naib Ketua Wanita – 380 calon (muflis, 2, tarik diri – 14)
Naib Ketua Bahagian – 530 calon (tarik diri – 32 displin – 2)
Ahli jawatankuasa bahagian – 8466 calon (muflis – 140, tarik diri, – 78, displin – 12)
Ahli jawatankuasa Pemuda – 5131 calon (muflis – 50 tarik diri – 53, disiplin – 3)
Ahli jawatankuasa Puteri – 3465 (muflis – 10, tarik diri – 34)
Ahli jawatankuasa wanita – 4843 calon (muflis – 32, tarik diri – 27, displin – 9)
Perwakilan G7 bahagian – 2775 calon (muflis – 33, tarik diri – 56, displin – 2)
Perwakilan G2 Pemuda bahagian – 740 calon (muflis – 10, tarik diri – 26)
Perwakilan G2 Puteri bahagian – 543 calon (tarik diri – 1)
Perwakilan G2 Wanita – 827 calon (muflis – 6, tarik diri – 16)
Pemeriksa kira-kira bahagian – 504 calon (muflis – 12, tarik diri – 8, displin – 1)
- MediaUMNO
Pemilihan UMNO – 33,012 Jumlah Muktamad Calon Layak Bertandinghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/logo_umno_twitter.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/logo_umno_twitter-150x150.jpgMyNewsHubUtama

Dakwat Tidak Kekal @dapmalaysia Satu Hukum Karma?

Mungkinkah Pemilihan semula CEC DAP yang berlangsung pada 29 September yang lalu telah ditimpa ‘karma’ kerana parti itu begituketerlaluan dalam menuduh dan memfitnah orang lain? 



Selama ini, DAP begitu lantang menghentam dan mengecam SPR serta kerajaan BN mengenai sistem pilihanraya.   Seluruh tenaga kerja DAP digunakan untuk membentuk persepsi bahawa BN dan SPR itu bersekongkol, bahawa semuanya yang berkaitan kerajaan dan Malaysia adalah korup dan kotor.   Pilihanraya yang lepas dicop sebagai pilihanraya paling tidak bersih dan rakyat dihasut agar berdemonstrasi menolak keputusannya.

Fitnah dirancang dan disebar konon terdapat peti-peti undi yang hilang dan ditukar.  Konon terdapat gangguan bekalan elektrik dan pengundi hantu yang berpuluh-puluh ribu.  Konon kes dakwat yang tidak kekal adalah bukti bahawa terdapat penipuan. Konon PR sepatutnya menang berdasarkan undi popular, dan bermacam-macam konon lagi. 

Namun, semua tuduhan ini tidak mampu membuktikan yang pilihanraya tidak telus.  Tiada kes mengundi dua kali atau dihalang mengundi atas sebab dakwat tidak kekal dan tiada seorang pun dari 40,000 pengundi hantu dapat dikesan.  Malah, kemudiannya terdapat pemimpin-pemimpin PR sendiri yang tampil menafikan terdapat gangguan bekalan elektrik di kawasan yang dikatakan terlibat. 

Semua kekalutan ini bagaimana pun terbukti sebagai membuang ‘karan’ saja apabila pemimpin PR akhirnya mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing dengan gembira ria.   Pun begitu, usaha untuk memburukkan kerajaan dan menafikan kredibiliti SPR terus dilakukan mereka. 

Dalam pada itu, parti PR sendiri, terutama DAP turut mengalami kekalutan akibat pemilihan parti yang tidak dijalankan dengan telus.  Keadaan menjadi heboh apabila perwakilan DAP membuat aduan kepada ROS bahawa mereka telah dinafikan hak mengundi secara licik sekali.  

Akibatnya, pemilihan semula terpaksa dilakukan, iaitu pada 29 Setember lalu. 

Pemilihan semula itu telah membuktikan bahawa DAP telah sebenarnya melakukan semua penipuan yang telah dituduh mereka terhadap SPR dan BN. 

DAP didapati mengambil ‘khidmat’ pengundi hantu apabila ahli yang telah dipecat juga boleh mengundi, manakala lebih 800 perwakilan yang sepatutnya mengundi pula, telah ‘hilang’. 

Jika DAP menuduh dakwat yang digunakan SPR tidak berkualiti dan mudah dihilangkan, maka dakwat yang digunakan oleh DAP tentunya jauh lebih tidak berkualiti lagi.  Menurut sumber, ia boleh ditanggalkan dengan mudah dalam masa 5 minit iaitu sebelum proses pemilihan selesai sepenuhnya, atau sebelum sempat meninggalkan dewan. 

Alasan Setiausaha Organisasi parti itu, Anthony Loke Siew Fook ialah pihaknya telah pun mengumumkan bahawa dakwat tersebut hanya kekal dalam dua tiga jam memandangkan jangkamasa pemilihan yang pendek.   Beliau juga menekankan bahawa biarpun dakwat telah hilang tetapi tiada kes mengundi dua kali berlaku.  Justeru, tiada apa yang patut dirungutkan. 

Sedangkan, jawapan yang sama telah diberikan oleh SPR apabila diserang bertubi-tubi oleh DAP tetapi DAP enggan menerimanya.  Kini, DAP meminta semua pihak agar menerima alasan mereka dengan jaminan secara verbal bahawa tiada penipuan berlaku. 

Nampaknya, amalan dwistandard sudah menjadi satu kemestian dalam apa jua keadaan dan isu yang melibatkan DAP.  Parti ini jelas mempunyai masalah besar untuk bersikap adil dan telus walaupun merekalah yang paling lantang melaungkan dasar kesamarataan dan meritokrasi. 

Hakikatnya, DAP tidak mungkin dan tidak akan berani bersaing secara adil.  Kerana itu, mereka sedaya upaya ingin memastikan kedudukan ekonomi bumiputera sentiasa berada jauh di belakang dengan menolak apa saja usaha untuk mengatasi masalah ini.  Dengan cara ini, kaum Cina akan terus berada di hadapan tanpa perlu bersaing di atas pentas yang sama dengan bangsa lain. 

Sudah terang lagi bersuluh kini bahawa DAP itu adalah parti yang paling kotor dan jahat, dalam sejarah parti-parti politik di Malaysia. 

Tahaluf Siyasi: Perang Antara Ulama PAS Bermula

 
PAS yang kita ketahui, telah lama terbahagi dua iaitu antara kumpulan Ulama dan Anwarinas.  
 
Namun, hari ini 'pembahagian' ini semakin rumit kerana kumpulan Ulama PAS sendiri juga turut terbahagi dua di mana satu kumpulan cenderung menyokong Anwarinas, dan satu kumpulan lagi kekal membawa prinsip konservatif  PAS yang asal.
 
Apa yang menarik ialah kumpulan Ulama yang 'mesra' Anwarinas itu juga merupakan golongan Ulama yang memegang jawatan tertinggi di dalam parti, termasuk Presiden dan Mursyidul Amnya.  Timbalan Presidennya yang terkenal dengan skandal dengan isteri orang pula turut terkenal sebagai anjing suruhan DAP, selain pengamal ajaran Syiah
 
Dengan barisan kepimpinan yang sebegini rupa maka, tidak hairanlah PAS menjadi haru biru dan bercelaru. 
 
Sebenarnya, akar umbi PAS, dan mungkin sebahagian dari umat Melayu di Malaysia, sedikit sebanyak tetap menaruh harapan kepada PAS sebagai pembangkang yang berlandaskan Islam, untuk menjadi 'pengimbang' kepada kuasa kerajaan. 
 
Kewujudan PAS seharusnya mampu memastikan pentadbiran negara tidak terkeluar dari landasan dengan membuat teguran dan bangkangan apabila ada keperluan.  Maka, kepada Ulama-ulama peneraju parti PAS, diletakkan kepercayaan bagi melaksanakan tanggungjawab ini, iaitu mempertahankan agama yang digariskan sebagai hala tuju parti. 
 
Malang sekali, Ulama-ulama PAS berpolitik bukan untuk mempertahankan agama tetapi untuk berkuasa. 
 
Di sinilah bermulanya kecelaruan PAS iaitu apabila Ulama sendiri sanggup bekerjasama dengan pendokong liberalisasi dan pluralisme demi kuasa.  Malah, mereka juga sanggup bersekongkol dengan kafir harbi komunis yang cita-cita utamanya ialah untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara ini serta membuka ruang dakwah yang luas kepada Kristian.  
 
Ulama-ulama peneraju PAS penyokong Anwarinas ini percaya bahawa kesepakatan dengan kumpulan harbi, komunis, syiah, pluralis dan liberalis ini akan membatu mereka berkuasa. Kesepakatan ini disandarkan kepada konsep Tahaluf Siyasi bagi memberi gambaran 'Islam' agar dihalalkan oleh ahli-ahlinya. 
 
Dan kemenangan 4 negeri oleh pakatan ini pada PRU 2008 dijadikan sebagai pembakar semangat untuk PAS terus mengutamakan politik daripada agama. 
 
Tanpa PAS sedar, 'tahaluf siyasi' walaupun telah menguntungkan Pakatan Rakyat, ia telah sebenarnya merugikan PAS.  Buktinya, PRU 2013 menyaksikan bagaimana PAS mendapat undi tercorot berbanding rakan-rakan lain di dalam pakatan. 
 
Keputusan yang corot ini memberi kekuatan kepada sekumpulan Ulama di dalam PAS untuk bangkit mempersoalkan  hala tuju parti.  Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib antara yang pertama bersuara mendesak agar tahaluf siyasi dikaji semula.  Peneraju parti, yang juga merupakan kumpulan Ulama iaitu Datuk Seri Hadi Awang, bagaimanapun membuat kenyataan untuk terus berpaut kepada PKR dan DAP biarpun mereka masing-masing terbukti sebagai penyokong LGBT dan kafir harbi. 
 
Justeru, perang antara Ulama PAS ini terus berjalan selama beberapa bulan tanpa penyelesaian.  Harun Taib dikatakan turut disokong oleh Harun Din, Ustaz Nasha dan beberapa Ulama muda lain.  Bagaimanapun, suara mereka tidak begitu kuat memandangkan Ulama di peringkat tertinggi iaitu Hadi Awang dan Nik Aziz masih berdegil ingin terus bertahaluf siyasi dengan siapa sahaja, biar syaitan sekalipun, asalkan bukan UMNO. 
 
Nampaknya kepimpinan tertinggi PAS sudah dirasuki roh Anwarinas dan mula merasa selesa dengan ide-ide liberalisme, pluralisme.  Ini tentulah tidak mengejutkan memandangkan mereka juga turut mengiktiraf Syiah.   
 
Oleh itu, hala tuju PAS kini cukup misteri.  Akibatnya, ahli-ahli PAS sendiri dilihat sebagai membawa fahaman, hujah dan pendapat sendiri dalam mempertahankan parti yang mana sebenarnya tidak menepati fahaman, hujah dan pendapat pemimpin atasan mereka.   
 
Setakat ini, Hadi Awang dan Nik Aziz jelas tidak sanggup 'bercerai' dengan Anwar dan Lim Kit Siang. Mungkinkah Ulama-ulama ini enggan meminta cerai kerana bimbang akan hilang 'wang saraan'?  
 
Tanpa sebarang keputusan tuntas mengenai tahaluf siyasi, sokongan terhadap PAS akan terus merosot.  Namun, itu bukan soal besar.  Soal yang lebih besar ialah ummah akan terus keliru dan bercelaru akibat Ulama-ulama yang haru biru. 
 
Soal ini adalah lebih penting dan jika benar ada Ulama-ulama di dalam PAS yang serius ingin membuat pembaikan, maka mereka perlu melakukan tindakan drastik iaitu memilih untuk dipimpin Ulama Anwarinas, atau bangkit dan memimpin parti sendiri.  Jika itu tidak dapat dilakukan, maka adalah wajib bagi mereka untuk meninggalkan ulama-ulama yang sesat itu, sekali gus menyelematkan ummah dari terus terpesong.  Keputusan di tangan masing-masing, untuk dibawa ke kubur masing-masing. 


http://taipingmali.blogspot.com/2013/10/tahaluf-siyasiperang-antara-ulama-pas.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed.