Mohon semua perwakilan memberi sokongan undi kepada Exco Pemuda No 02 ini
Thursday, 10 October 2013
Calon Pilihan Saya @ Undilah Calon Exco Pemuda Umno No 02 Syamsul Baharin Putra #sbPutra4Exco
Ini calon terbaik untuk menyambung legasi Exco Pemuda yang terdahulu. Bagi memperkukuh survival UMNO terutamanya Gen-Y yang
akan menjadi pengundi kali pertama melalui platfom yang kini menjadi satu
ledakan fenomena.
Dalam sikap lantang dan vokalnya dalam memberi komen berkaitan sesuatu isu,Pemuda
seperti beliau seorang yang sempoi dan mesra untuk didekati. Ini satu
kelebihan yang dimilikinya untuk membawa imej Pemuda UMNO ke satu aras yang
lebih 'cool', bersesuaian dengan peranan dan sasaran institusi ini..
Putra yang bakal dinobatkan secara rasmi sebagai Ketua Pemuda Bahagian Ipoh
Barat telah memenangi kerusi itu tanpa pertandingan. Fakta itu sudah cukup
untuk mengangkat kredibilitinya sebagai seorang pemimpin muda yang
disegani di Bandar Ipoh Perak
Vote for 02
#sbPutra4Exco
Bil Makan Rombongan Mukhriz RM6K - Pemilik Kedai Buat Laporan Polis dakwaan tidak benar
PADA 8 OKTOBER lalu, sebuah akhbar menyiarkan berita berkenaan sebuah kedai makan di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, Kelantan diserbu penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) susulan laporan pemiliknya mengenakan bayaran RM6,000 bagi sarapan pagi sekumpulan VIP.
Serbuan mendapati pemiliknya melakukan kesalahan menutup tanda harga makanan. Atas kesalahan itu, restoran terbabit dikenakan kompaun manakala lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000 dirampas.
Jika sabit kesalahan, pengusahanya boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.
Difahamkan sebelum itu, caj tidak masuk akal telah dikenakan terhadap rombongan 50 orang termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan yang singgah untuk bersarapan pagi di situ sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar tersebut.
Bagaimanapun, pemilik kedai makan terbabit iaitu Selera Daun Pisang akhirnya tampil memberi penjelasan. Dakwa pemiliknya yang dikenali sebagai Kak Yah, terdapat fakta tidak betul dilaporkan hingga dia menjadi mangsa keadaan.
Menurut Kak Yah, kedainya itu bukan tidak biasa dikunjungi rombongan VIP termasuk Rais Yatim dan Bung Mokhtar.
Namun situasinya tidak sama dengan apa yang berlaku ketika melayan rombongan VIP yang dikatakan mengiringi Dato’ Mukhriz Mahathir tempoh hari.
Kak Yah berkata, seorang wakil sudah memaklumkan lebih awal padanya bahawa rombongan VIP akan tiba pada hari berkenaan namun jumlah yang terlibat adalah 200 orang. Bagaimanapun pada hari berkenaan, jumlah yang datang dan mengambil makanan mencecah 400 orang.
Akibatnya, lauk pauk yang disediakan untuk anggaran 400 orang pelanggan kedainya sehingga jam 5 petang turut licin.
Kak Yah juga menafikan laporan yang tersiar dalam Astro Awani bahawa dia hanya menyediakan lauk ayam kampung sahaja bagi 100 orang. Sebaliknya, terdapat lauk pauk lain termasuk gulai itik serati dan telur itik.
Kak Yah juga menafikan laporan yang tersiar dalam Astro Awani bahawa dia hanya menyediakan lauk ayam kampung sahaja bagi 100 orang. Sebaliknya, terdapat lauk pauk lain termasuk gulai itik serati dan telur itik.
Itu belum termasuk lauk pauk dan kuih muih yang tidak termasuk dalam menu rombongan dan dihidangkan untuk jualan kepada pelanggan kedai biasa tetapi ditapau oleh rombongan untuk dibawa balik.
Setiap anggota rombongan juga katanya, memilih untuk memesan air minuman mengikut kemahuan sendiri dan dia diberi lampu hijau untuk memasukkan semuanya dalam bil meskipun sudah mencadangkan supaya satu jenis air sahaja dihidangkan.
Berkenaan resit RM6,000 yang tersebar pula, Kak Yah menyatakan dia sudah memberikan diskaun dan bayaran yang dikenakan dan diterima adalah RM5,500 namun wakil pembayar memilih untuk mengambil resit asal.
Kata Kak Yah, susulan laporan yang tersiar dan serbuan daripada KPDNKK, dia mengalami trauma dan jualan kedainya turut terjejas. Justeru, dia mengambil langkah membuat laporan polis pada 8 Oktober lalu bagi menyangkal dakwaan berkenaan.
Berkenaan tindakannya menutup tanda harga seperti mana dilaporkan KPDNKK Kak Yah menjelaskan, “Saya letak dah tanda harga tapi harga asal ditutup. Sebanya, dua, tiga tahun lepas saya jual nasi ayam kampung RM4.50.
“Sekarang saya jual standard lah, RM5.00. Yang tu memang silap saya tapi tak ada niat nak menipu. Kalau menipu dah lama saya kaya!” - REM RAMZI
Wednesday, 9 October 2013
Sembilan calon Ketua Bahagian di Perak menang tanpa bertanding
IPOH: Sembilan calon ketua Umno bahagian di Perak menang tanpa bertanding untuk jawatan itu, demikian mengikut senarai yang dikeluarkan Umno negeri hari ini.
Kemenangan itu berikutan tiada pencalonan lain atau calon gagal melepasi saringan layak bertanding yang dijalankan di peringkat pusat.
Mereka ialah Ketua Umno Bahagian Padang Rengas yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila dua pencabarnya masing-masing menarik diri dan tidak layak menjadi calon.
Tiga lagi calon yang kekal sebagai ketua bahagian masing-masing apabila tiada pencalonan lain diterima ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Tambun), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga calon Naib Presiden Umno (Bagan Datoh) dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri (Lumut).
Bahagian Lenggong, Ipoh Barat dan Parit masing-masing menyaksikan Datuk Saarani Mohamad, Datuk Shamsuddin Abdul Ghaffar dan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan mengekalkan jawatan ketua bahagian selepas tiada pencalonan lain diterima.
Dua lagi ketua Umno bahagian yang menang tanpa bertanding ialah Datuk Sham Mat Sahat (Bagan Serai) Mohd Azhar Jamaluddin (Teluk Intan).
Sementara itu, lapan bahagian di negeri ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu untuk jawatan ketua Umno bahagian iaitu Gerik, Parit Buntar, Taiping, Sungai Siput, Ipoh Timur, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Beruas dan Tapah.
Mengikut senarai yang dikeluarkan itu, tiga bahagian menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu Larut, Kampar dan Pasir Salak manakala bahagian Bukit Gantang, Gopeng dan Tanjung Malim menyasikan pertandingan empat penjuru.
Hamizura Osman yang merupakan satu-satunya wanita di Perak yang menawarkan diri sebagai calon ketua bahagian akan mencabar penyandang jawatan itu di Gopeng iaitu Datuk Hamzah Mohd Kasim, bersama-sama dua calon lain Mej (B) Roslan Zakaria dan Saidel Khazri Malik.
TERKINI - Penjenayah maut ditembak di Taman Meru Ipoh
IPOH – Polis menembak mati penjenayah dalam satu kejadian berbalas tembakan berhampiran lampu isyarat Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di sini, sebentar tadi.
Dalam kejadian itu, penjenayah terbabit menaiki kereta jenis Proton Waja dan dipercayai seorang penjenayah dapat melarikan diri.
Difahamkan tiga penjenayah maut dalam kejadian tembak menembak berkenaan.
Sidang media oleh Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dijangka akan diakan jam 4 petang di Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak, di sini, hari ini bagi menjelaskan kejadian berkenaan.
Kad calon akhirnya masuk longkang.
MELAKA: Nak cakap salah, tak cakap pun salah. Inilah nasib kad-kad calon yang bertanding dalam pemilihan agung UMNO yang kini masih dalam minggu berkempen. Belum pun berakhir, namun kad-kad yang dicetak calon sudah sampai ke penghujungnya iaitu ke dalam longkang.
Seorang calon memaklumkan telah mencetak sebanyak 40,000 kad yang tertera nama dan gambarnya. Katanya, dia sendiri tidak banyak menyimpan kad tersebut sebaliknya diserahkan kepada wakil-wakilnya untuk diedarkan kepada perwakilan.
Bukannya kad-kad tersebut pasti sampai ke tangan perwakilan walaupun tidak semua tetapi akibat terlalu banyak, kad-kad yang diterima akhirnya ditinggalkan di merata tempat. Ada yang di atas meja, ada yang di atas lantai. Tidak keterlaluan kalau dikatakan di mana sahaja berlangsungnya majlis memperkenalkan calon, lambakan kad-kad calon tidak dapat dibendung!
Itu yang terlihat di dalam dewan. Belum lagi yang bertaburan di atas jalan raya di luar dewan.
Bagi tujuan pembersihan, syarikat yang bertindak membersihkan kawasan terpaksalah mengutip semua kad-kad yang bersepah untuk dibuang.
Bila ditanya beberapa penerima kad sama ada perwakilan atau bukan, masing-masing memberi jawapan senada. “Simpan nak buat apa? Buat kenangan? Bukan kami minta kad-kad ini tetapi diberi oleh wakil calon”.
Paling menarik, ada perwakilan yang berkata,”kad tidak membawa erti apa-apa melainkan sekadar ingatan. Kami sebenarnya mahu bertemu calon,” kata mereka.
Apapun, kad mesti dihabiskan sebelum hari pemilihan. Sempat atau tidak bukan lagi persoalan kerana yang pentig, kad di tangan mensti dihabiskan. – MalaysiaGazette.
Saya Difitnah Sebab Tak Ada ‘LEMBU’ Nak Dibahagi
KUALA LUMPUR - Calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Raihan Suleiman Palestin menafikan beliau mempunyai ‘kaitan’ dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun ketua pembangkang itu sering mendapatkan nasihat daripada arwah bapanya suatu ketika dulu.
Menurut Raihan, betul Anwar sering merujuk kepada bapanya khususnya mengenai teknik berpidato dan sebagainya kerana bapanya memang terkenal sebagai seorang pemidato dalam UMNO.
” Tetapi kalau kita baca buku “50 Dalil Tolak Anwar Ibrahim” tulisan Khalid Jeffrey, almarhum bapa sendiri menyatakan secara jelas yang beliau tidak mempercayai Anwar.
” Kini dah mula ada pihak yang memfitnah saya kononnya saya ada hubungan dengan Anwar sedangkan perwatakan, keperibadian dan halatuju politik kami terlalu jauh berbeza.
” Pada saya ini satu tuduhan dan fitnah yang sangat hebat….mungkin ini terjadi kerana saya tidak ada ‘lembu’ nak bagi,” katanya pada Mynewshub.my
SEMENTARA itu dalam laman Facebooknya, Raihan menyatakan yang beliau memohon kepada Allah agar dijatuhkan musibah ke atas dirinya sekiranya BENAR beliau mempunyai rancangan untuk mengembalikan Anwar ke dalam UMNO.
” Akan tetapi jika tidak benar maka Allah akan jatuhkan musibah kepada penyebar fitnah terkutuk ini.
” Kalau betul nak menang dlm pertandingan ini maka mohonlah doa kepada Allah, jangan menyebar fitnah untuk menang kerana perbuatan anda ini seperti najis – bukan sekadar memakan dan menikam sesama Islam.
” Bertaubatlah, jangan takutkan saya tapi Ittaqullah,” katanya. – Mynewshub.my
Hishammuddin nafi dia lelaki lembut??
Kota Bharu: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, terkilan apabila ada pihak yang menyifatkannya ‘lembut’ dalam menangani isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, yang mengorbankan beberapa anggota keselamatan, Februari lalu.
Katanya, apa yang dilakukannya dalam menangani isu keselamatan di kawasan itu adalah berdasarkan kepada tanggungjawab yang diamanahkan bagi menjamin keselamatan agama, bangsa dan negara. Malah, beliau berkata, ketika kejadian pencerobohan pengganas itu, masyarakat yang tinggal di kawasan berkenaan terutama keturunan Sulu menjadi takut sehingga hendak meninggalkan kediaman mereka.
Beri penjelasan sebenar
“Namun, saya dengan bantuan teman di Sabah berusaha memberi penjelasan sebenar, sekali gus memberi keyakinan mereka terus kekal di situ.
“Negara sentiasa berusaha memastikan keselamatan rakyatnya dan kini kawasan berkenaan sudah selamat, sekali gus membuktikan tiada siapa yang berlembut dalam menangani isu menjaga keamanan negara.
“Saya dituduh dengan pelbagai perkara, namun dalam hal yang berkaitan dengan keselamatan negara selain parti, saya tidak pernah lembut kerana yakin berada di landasan yang betul,” katanya pada majlis Kedaulatan, Keselamatan dan Kesejahteraan Negara, di sini, malam kelmarin.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Noor Zahidi Omar dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan berkata, sebelum ini beliau dituduh sebagai penakut apabila dikatakan mencari kawasan selamat bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum lalu.
“Orang kata saya mencari tempat selamat dari Pengerang ke Muar, namun saya tetap bertanding di Semberong, sekali gus mencipta kejayaan besar di situ dan tetap yakin apa yang dilakukan itu adalah yang terbaik,” katanya.
Berjuang demi UMNO
Beliau berkata, sejarah perjuangan UMNO kini bagaikan diambil alih oleh beliau sebagai cucu Onn Jaafar yang juga pengasas UMNO serta pejuang kemerdekaan Malaya dan tindakan itu adalah semata-mata untuk selamatkan anak bangsa serta kesucian agama Islam.
“Walaupun datuk saya (Onn Jaafar) dicemuh pihak tertentu sebagai penderhaka, namun beliau tetap juga memikul tanggungjawab dalam memastikan anak bangsa selamat. Saya meneruskan kesinambungannya dan bukan hendak menjadi popular,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

