Friday, 30 August 2013

Gadis Mahu Tiduri 100,000 Lelaki Di Seluruh Dunia


WARSAW – Seorang gadis, Ania Lisewska, 21, mahu mengembara ke seluruh bandar di dunia ini dalam usaha untuk mencapai cita-citanya bagi meniduri 100,000 lelaki.

Ania dilaporkan memulakan hasratnya itu di bandar Warsaw dan berharap dapat mengembara ke seluruh Poland, sebelum berpindah ke negara lain bagi mencapai cita-citanya itu.

``Saya mahukan lelaki dari Poland, Eropah dan seluruh dunia. Di Poland, subjek seks adalah sesuatu yang tidak diperkatakan dan mereka yang mahu memenuhi fantasi seks akan dianggap sebagai jalang atau sakit otak,’’ katanya dalam laman facebooknya.

Setakat ini, gadis yang tidak bermaruah ini mendakwa sudah meniduri 284 lelaki walaupun sudah mempunyai teman lelaki.

Jelas Ania, teman lelakinya itu tidak gembira dengan perkara berkenaan, namun dia tiada pilihan dan terpaksa menerimanya.

Menurutnya, bagi mencapai cita-cita berkenaan, dia bercadang membuka satu laman web untuk membolehkan lelaki mendaftar dan dalam masa sama dia boleh mengemas kini aktivitinya.

Bagaimanapun ramai yang tidak percaya dengan keupayaan gadis itu untuk berbuat demikian kerana jika dia melayan 100,000 lelaki selama 20 minit bagi setiap orang, maka Ania akan menghabiskan masa selama 3.8 tahun untuk berbuat demikian.

Itupun jika dia melakukannya siang dan malam tanpa henti sama ada untuk tidur, makan atau ke tandas.

Ania juga sebelum ini cuba mendapatkan pengiktirafan daripada Guinness World Records namun tidak dilayan kerana ia tidak berminat dengan aktiviti melibatkan seks.

Selepas disoal bertalu-talu oleh pihak media mengenai perkara itu, Ania mula menukar cerita dan mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam facebook.

Dia mendakwa facebooknya telah digodam dan seseorang telah memuat naik dalam facebook itu bahawa dia menghidap AIDS.



BN Kekalkan Kemenangan Di 2 Parlimen Dan Dun Di Johor

BN banner

JOHOR BAHRU - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi dua kerusi parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor, sekali gus mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi keempat-empat kawasan pilihan raya itu.
    
Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim menolak petisyen yang difailkan PKR bagi kerusi Parlimen Ledang dan Pasir Gudang serta kerusi Dun Nusajaya dan Gambir yang difailkan oleh Pas.
    
Beliau menolak kesemua petisyen itu dengan kos atas alasan kesemua pempetisyen gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 termasuk pempetisyen tidak mempunyai fakta atau butiran yang mencukupi bagi menyokong petisyen yang dikemukakan.
    
Mahkamah mengarahkan setiap pempetisyen supaya membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Anggota Parlimen Ledang Datuk Hamim Samuri dan Anggota Parlimen Pasir Gudang Normala Abd Samad serta kepada responden kedua dan ketiga iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya kedua-dua Parlimen itu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
    
Bagi Dun Nusajaya dan Gambir, mahkamah turut memerintahkan pempetisyen supaya membayar kos sebanyak RM25,000 kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusajaya Dr Zaini Abu Bakar dan Adun Gambir M.Asojan serta Pegawai Pengurus Pilihan Raya kedua-dua DUN itu dan SPR.
    
Pihak responden diwakili peguam Syed Faizal Syed Abdullah dan Mohd Reza Abu Hassan manakala pempetisyen diwakili peguam Muhammad Yazid Mohamad Salim dan Rohana Ramli.
    
Peguam Kanan Persekutuan S.Narkunavathy pula mewakili responden kedua dan ketiga. - Bernama


Bujang Terlajak: 12 Tahun Iklan Diri Sendiri

MANHATTAN– Bujang terlajak. Robert Darling masih belum mendapat pasangan hidup meskipun sudah 12 tahun dia menawarkan diri untuk dikahwini.

Darling, menghabiskan masa dengan merayau di jalan-jalan di New York dengan iklan di dada, meminta supaya wanita mengahwininya.

Pada kertas iklan itu juga, dia turut menyertakan nombor telefon dan alamat emelnya.

Dia yang berusia 58 tahun dan tidak bekerja itu, bagaimanapun mengenakan syarat iaitu hanya mahu berkahwin dengan wanita kaya sahaja.

 ``Saya tidak pernah bernasib baik dengan wanita dan dengan cara ini, saya yakin akan menemui cinta.

``Saya inginkan teman hidup untuk berbual, pergi ke muzium dan konsert. Memandangkan saya tidak mempunyai wang, maka saya perlu mengahwini wanita kaya dan saya rasa saya berhak mendapatkan wanita kaya,’’ katanya.

Kawasan tumpuan utama Darling ialah di Wall Street, Columbus Circle dan  Times Square.

``Terdapat banyak duit di Wall Street, mungkin saya akan bertemu dengan ketua pegawai eksekutif wanita dan mahu menjadi isyeri saya,’’ katanya.

BAPAK TINGGALkan Anak 3 Tahun di Pejabat JKM

IMG 4109Seorang kanak-kanak lelaki Melayu berusia lingkungan tiga tahun dipercayai telah ditinggalkan bapanya di depan kaunter pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta.

Kanak-kanak lelaki yang hanya dikenali dengan Saiful memakai baju sukan bola Chelsea, kata Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd Mahir Mohd Tahir.

Katanya berdasarkan rakaman CCTV di pejabat itu, kanak-kanak tersebut telah dibawa masuk seorang lelaki dipercayai bapanya ke kaunter JKM di tingkat satu lebih kurang 9.00 pagi, semalam.

Lelaki itu kemudiannya dilihat mengarahkan anak kecil itu duduk di sofa sementara dia keluar menjawab panggilan kerana telefon bimbitnya berbunyi.

“Lelaki tersebut keluar dan menjawab telefon, tetapi lebih kurang 10 minit lelaki tersebut tidak muncul kembali, apabila kami melihat kembali rakaman CCTV  lelaki tersebut telah pun beredar keluar melalui pintu bangunan,” katanya.

Menurutnya pihak JKM telah membuat laporan polis pada jam 10 pagi semalam dan kemudian kanak-kanak tersebut dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

“Mahkamah telah membenarkan sidang media dibuat bagi menolong anak kecil ini  mencari bapanya, dan sehingga kini pihak kami masih belum dapat sebarang IMG 4075maklumat lanjut mengapa lelaki itu meninggalkan dia di sini,” tambahnya.

Katanya, Saiful tidak berasa takut serta mudah dijaga oleh pihak JKM.

“Saiful kini diletakkan di bawah jagaan pusat perlindungan JKM di Kuala Kangsar,” katanya.

Mohd Mahir meminta orang ramai tidak membuat spekulasi punca anak kecil itu ditinggalkan tetapi mahu mereka menyalurkan maklumat supaya anak kecil malang itu dapat disatukan dengan keluarganya secepat mungkin.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hubungi JKM di talian 05-2418825 atau hubungi terus pegawai JKM Mohd Mahir Mohd Tahir ditalian 019-3291176.

 

Guna Tema Merdeka Sendiri Bukti DAP Biadap, Amal Politik Sempit Tak Kira Waktu

PULAU PINANG, 30 Ogos – ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ dipilih sebagai tema Hari Kemerdekaan ke 56 tahun ini.

Sudah pasti tema ini mempunyai maksud tersendiri yang mahukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik bersama-sama lebih bersikap patriotik dan sayangkan negara ini.

Namun sayangnya, rasa cinta dan patriotik yang cuba diterapkan oleh kerajaan di dalam jiwa rakyat seakan ditentang oleh pembangkang yang terus-terusan bermain politik tanpa mengira waktu dan ketikanya.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, kebiadapan DAP yang memerintah Pulau Pinang semakin terserlah apabila mereka membuat keputusan tidak mahu menggunakan tema tersebut sebaliknya memilih tema sendiri iaitu ‘Negaraku : Selamat, Bersih, Hijau,Sihat.

“Sepatutnya, hari kemerdekaan ini kita ketepikan fahaman politik. Mari kita bersama-sama memupuk semangat cintakan negara… Semangat patriotik yang tinggi dan sayangkan negara. Apa yang terjadi di Lahad Datu seharusnya lebih membuatkan kita cintakan keamanan dan mahu kekalkan keharmonian yang ada di negara ini.

“Generasi terdahulu bersusah payah bertarung nyawa untuk kesenangan kita dan generasi akan datang. Tetapi tindakan DAP ini amat keterlaluan. Nampak sangat mereka tidak patriotik dan tidak sayangkan negara. Mereka lebih pentingkan politik daripada kepentingan negara ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Zainal, sikap biadap dan tidak sayangkan negara sebenarnya telah lama ditunjukkan oleh pembangkang.

Jelas beliau lagi terlalu banyak bukti yang boleh membuktikan bahawa pembangkang hanya pentingkan kepuasan nafsu politik mereka daripada keselamatan dan keharmonian negara.

Memberi beberapa contoh seperti kejadian Lahad Datu yang dikatakan ada kena mengena dengan pemimpin pembangkang sehingga menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban, meminta campur tangan negara luar dalam urusan pentadbiran negara dan mengadakan perhimpunan haram ‘bersih’ yang menyebabkan kerosakan harta benda dan kacau bilau.

“Ini baru beberapa contoh… sehingga kini pembangkang masih tidak mampu memberi penjelasan tentang dakwaan pembabitan mereka berkenaan isu Lahad Datu. Kini sekali lagi mereka enggan menggunakan tema hari merdeka yang telah dipilih oleh jemaah menteri.

“Jelas mereka sama sekali tidak mampunyai semangat patriotik dan cintakan negara. Di fikiran mereka hanya politik setiap masa dan mahu menjatuhkan UMNO. Itu sahaja agenda mereka.

“Dan kerana itu jugalah mereka tidak membenarkan filem Tanda Putera ditayangkan di negeri ini. Alasan kononnya ada adegan sensitif tidak boleh diterima. Kenyataan sebenar adalah mereka takut kepada kebenaran yang ada di dalam filem tersebut,” jelasnya lagi.

Beliau berharap agar rakyat membuka mata dan menilai sikap pembangkang yang biadap dan tidak tahu menghormati orang lain ini sedangkan maruah negara harus dilindungi dan kemakmuran negara harus dikekalkan sebaik mungkin. - MediaUMNO

**dia ingat negara ni cinabeng punye ke?

Thursday, 29 August 2013

Tiga anggota polis trafik terbunuh

Beluran: Lima termasuk tiga anggota polis trafik terbunuh, manakala empat lagi parah apabila sebuah kereta peronda polis bertembung dengan sebuah pikap dalam kemalangan ngeri di Kilometer 53, Jalan Beluran-Telupid, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, anggota daripada Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, Koperal Saudi Meting, Koperal Hedzrin Ginan dan Lans Koperal Khairul Firdaus Abraham meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Beluran Deputi Superintendan V Shivanathan berkata, dua lagi mangsa yang terkorban penumpang pikap, Masiah Jailani, 47, serta adiknya, Layni Jailani, 45.

Menurutnya, mangsa yang parah seorang anggota polis trafik, Konstabel Zaini Mohd Radzuan dan tiga individu termasuk pemandu pikap terbabit yang belum dikenali identiti mereka. Semua mereka menerima rawatan di Hospital Beluran, di sini.

Foto

KEADAAN kereta peronda polis yang remuk dalam nahas.


“Ketika kejadian empat anggota polis trafik terbabit yang menaiki Proton Waja dalam perjalanan pulang ke IPD Beluran selepas menjalankan tugas di Telupid.

Terminal Amanjaya – Pembangkang Umpama Menepuk Air Di Dulang


Pembangkang umpama menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri apabila cuba menjadi juara dalam isu Terminal Amanjaya yang kononnya menjadi rungutan pelbagai pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mencari jalan untuk memuaskan hati semua pihak.

Menurut beliau, projek tersebut telah diluluskan ketika pakatan pembangkang memerintah Perak pada tahun 2008 dan mereka tidak seharusnya menuding jari, menyalahkan kerajaan sekarang.

"Memang benar terdapat banyak rungutan dari pelbagai pihak tentang kemudahan bas untuk ke Meru (Terminal Amanjaya).

“Namun, ia terpaksa dihalusi dengan bijak kerajaan berusaha untuk membaik pulih perkara ini, apatah lagi ia diluluskan sewaktu Pakatan Rakyat memerintah iaitu pada tahun 2008," kata beliau ketika ditemui di Bilik Media Bangunan Perak Darul Ridzuan. 

Isu Terminal Amanjaya menjadi antara isu hangat pada Sidang DUN ke 13 Perak yang sedang berlangsung apabila pembangkang cuba menjadi juara dengan membangkitkan rungutan pelbagai pihak, khususnya kesukaran rakyat untuk ke terminal itu.

Menurut Zainol, walaupun terminal itu diluluskan sewaktu zaman pemerintahan pihak pembangkang, kerajaan meneruskan projek tersebut kerana rasa  bertanggungjawab.

"Mereka harus sedar kerana projek tersebut bukan di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dan mereka telah meluluskan projek itu," katanya.

Beliau memberitahu, kerajaan sedang mengkaji semua masalah yang dihadapi, terutama waktu perjalanan bas ke Terminal Amanjaya di samping perkhidmatan bas henti-henti dan perkhidmatan teksi yang dikatakan agak mahal.