Sunday, 27 October 2013
ISU KORBAN - P Kamalanathan buat pandai bela Saravanan isu korban lembu di sekolah!!
Kamal + Alan + Nathan = Kamalanathan. Ketika itu mesej yang mahu diberi kepada pengundi ialah Kamalanathan bukan sekadar calon orang India semata-mata, tetapi adalah pemimpin untuk semua. Mudah kata, Kamalanathan "memahami" kehendak dan aspirasi semua kaum. Lebih kurang begitulah.
Kamalanathan akhirnya menang dengan sokongan kuat orang Melayu yang mewakili 52 peratus daripada lebih 34,000 pengundi ketika itu. Beliau sekali lagi menang pada PRU-13, juga dengan ihsan majoriti undi Melayu. Atas kemenangannya itu juga membolehkan beliau dilantik jadi Timbalan Menteri Pendidikan.
Namun, kenyataan Kamalanathan dalam menangani isu seorang India mempertikaikan ibadah korban di sekolah baru-baru ini membuatkan orang Melayu terguris hati. Saya percaya orang Melayu Hulu Selangor juga begitu.
Kita memahami isu ini sensitif kerana ia isu agama dan kaum, tetapi tindakan mempersoalkan lokasi ibadah korban itu tanpa memahami takrifan ibadah itu kepada umat Islam adalah tidak wajar. Kalau tidak faham, jangan terlalu mudah buat justifikasi mengatakan "tempat itu tidak sesuai".
Kamalanathan tidak wajar buat kenyataan sehingga menimbulkan kecenderungan pihak tertentu untuk menilai ibadah korban mengikut fahaman agama lain. Itu satu bentuk provokasi kepada umat Islam.
Jangan hanya "memahami" orang Melayu pada musim pilihan raya tetapi "mengkhianati" mereka apabila sudah menjadi menteri.
Pas kantoi edit gambar calonnya jumpa Azizan
Suspek Bunuh Norazita Memang Gila Duit.. Muatnaik Gambar Longgokan Duit Di Laman Facebook miliknya
Saturday, 26 October 2013
Abby Abadi MEROYAN LAGI – UMNO Punca Maksiat Dunia Hiburan…
Antara COMANGO dan Nurul Izzah
Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) yang menuntut pindaan dalam Perlembagaan dan undang-undang negara berkaitan hak asasi yang dibentang pada sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland.
Antara desakan COMANGO ialah menuntut hak kebebasan mengamalkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kebebasan murtad serta kesamarataan agama di Malaysia.
COMANGO juga mahu supaya kerajaan menghapuskan peruntukan undang-undang yang menyifatkan amalan seks di luar tabiĆ itu sebagai perbuatan jenayah.
COMANGO juga mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan larangan dan siasatan pihak Polis ke atas penganjuran perarakan Seksualiti Merdeka adalah tindakan yang tidak boleh disemak oleh Mahkamah.
Akhbar Sinar Harian meminta komen Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengenai tuntutan tersebut dan beliau memberi respon mengatakan tuntutan tersebut "tidak bahayakan negara".
Saya geleng kepala. Benak fikiran bertalu-talu datang dengan pertanyaan: ``Bagaimana mungkin tuntutan 'gila' daripada Comango ini tidak membahayakan apabila ia terang-terang mencabar kedaulatan undang-undang negara dalam soal agama?
Umum juga tahu, ada NGO yang menyertai COMANGO ini sangat akrab dengan pembangkang di Malaysia.
Saya tidak mahu ulas mengenai skandal seks songsang yang dikaitkan dengan bapanya, tetapi meneliti tindak-tanduk Nurul Izzah dan pimpinan pembangkang terutamanya DAP dalam soal yang menyentuh agama Islam, komen yang diberi itu tidaklah terlalu mengejutkan.
Sekadar mengingatkan kenyataan kontroversi Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama dalam satu forum pada tahun lalu. Kenyataan itu berbunyi:
``Apabila anda bertanya kepada saya, saya akan jawab tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana sesiapa sahaja boleh mengatakan maaf, ini (kebebasan beragama) hanya terpaksai kepada orang bukan Melayu sahaja, ia juga perlu terpakai sama rata kepada semua sama ada Melayu atau bukan Melayu."
Kalau Nurul Izzah sebelum ini besetuju supaya sesiapun termasuk orang Islam bebas bertukar agama, kini beliau dengan cukup selamba mengatakan segala tuntutan COMANGO ini tidak bahaya, tiada ancaman. Mudah kata, ia tida ada apa-apa yang hendak dirisaukan. Masya Allah.
Ketika majoriti umat Islam menjunjung sensitiviti dan pemeliharaan nilai-nilai agama, kelakuan songsang semakin menggila. Bayangkan jika tuntutan-tuntutan COMANGO itu menjadi kenyataan.
Adakah kita rela melihat pasangan lesbian/gay diraikan secara terbuka dalam majlis perkahwinan mereka seperti di negara-negara barat?
Adakah kita rela jika suatu masa nanti ada anak-anak bangsa kita dengan bangga bercakap "Apa salahnya aku hendak murtad, undang-undang kita membenarkannya?
Dalam posting ini, saya mengajak rakan-rakan serta seluruh umat Islam di Malaysia untuk bersatu dan memohon kepada ALLAH supaya diselamatkan negara kita daripada ancaman golongan liberalisma dan pluralisma ini. Beberapa pertubuhan Melayu-Islam Malaysia, yang peka dengan implikasi dan kesan serius daripada sidang ini telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah badan bernama Muslim-UPRo (Muslim-Unviersal Periodic Review Organistation) untuk menyanggah desakan NGO pro kebebasan tanpa batasan ini di Geneva.
Menggunakan wang tanggungan sendiri, seramai 17 orang wakil MuslimUPro sudah berada di Geneva untuk tujuan tersebut. Mari kita mendirikan solat hajat dan munajat memohon kepada ALLAH supaya memberkati perjuangan murni MuslimUPro.
Allahuakhbar!
Gambar Majlis Pernikahan Pelakon Diana Amir di Masjid Tuanku Mizan…
Majlis pernikahan yang berkonsepkan ‘taman kristal’ itu telah diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Diana telah menerima hantara senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000.
Tahniah diucapkan buat Diana dan pasangan, semoga ikatan suci yang dibina akan kekal sehingga ke akhir hayat.
VIDEO: Lelaki LUDAH, NAK PUKUL Wanita Yang Menegurnya Potong Barisan!
Dah kantoi potong barisan, kemudian nak tutup malu sendiri, seorang lelaki di Singapura sanggup meludah muka dua orang wanita yang memarahinya ekoran perbuatan itu.
Satu rakaman video menunjukkan satu kejadian di Singapura apabila seorang lelaki dimarahi kerana cuba memotong barisan untuk menaiki bas.
Di Singapura, biasalah kalau semuanya kena beratur dan menaiki bas satu-persatu dengan baik.
Bagaimanapun, dek kerana dah malu dimarahi wanita si lelaki ini nak tunjuk samseng pulak dengan dua orang wanita itu.
Ketika si lelaki sedang menghamburkan kata-kata kesat kepada kedua-dua wanita itu, dia dikatakan cuba mengambil gambar kedua-dua wanita tetapi wanita itu tidak menghiraukan perbuatannya.
Pihak keselamatan di perhentian bas itu bagaimanapun hanya cuba menenangkan lelaki itu yang dilihat sesekali cuba memukul seorang daripada wanita itu.
Kejadian ini dikhabarkan sedang disiasat oleh pihak polis Singapura.
Video berkenaan dimuatnaik ke Facebook pada 22 Oktober dan kemudian ia menjadi viral.
Ia telah pun dikongsikan sebanyak 19,000 kali dan mendapat likes sebanyak 2,700.
Kalau di Malaysia, penulis rasa lelaki ini dah selamat dibelasah oleh orang ramai yang memang pantang ada orang yang tunjuk lagak macam samseng sorang-sorang sebegini.

.jpg)
