Jenazah anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 5) Sarjan Rosdi Mohamad Zan yang meninggal dunia akibat kemalangan kenderaan tentera di Lubnan, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 2.30 petang ini.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada jam 3.30 petang.
Jenazah kemudian akan diterbangkan ke Ipoh, Perak dengan pesawat C130 dari Pangkalan TUDM Subang.
Upacara penghormatan terakhir sudah dilaksanakan di Helipad Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri di Lubnan pada jam 4 petang (9 pagi waktu Malaysia) semalam.
Pada upacara itu, Komander Pasukan Unifil, Mejar Jeneral Paolo Serra menganugerahkan Allahyarham pingat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Unifil manakala Lubnan yang diwakili Komander Angkatan Tentera Lubnan, Kolonel Said Mourad menganugerahkan Pingat Negara Lubnan.
Kedua-dua pingat berkenaan disematkan pada bendera PBB yang menyelimuti keranda jenazah Allahyarham.
Jumaat lalu, Rosdi, 32, meninggal dunia kira-kira pukul 5.40 petang waktu di Lubnan (10.40 malam waktu Malaysia).
Rosdi ialah anggota Malbatt 5 di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan. Beliau maut apabila kenderaan kembalik yang dinaikinya hilang kawalan dan terhumban 15 meter ke dalam cerun.
No comments:
Post a Comment