Tuesday, 27 August 2013

Mitos Undi Popular PRU-13 Yang Dicanang Pembangkang


Hari ni penulis sempat mengikuti Sidang DUN Perak yang disiarkan secara langung di portal PerakNews. Hampir separuh daripada perbahasan, semuanya berkisar soal keputusan pilihan raya. Perkataan 'Undi Popular' paling banyak kedengaran.

ADUN DAP seperti Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham adalah antara yang paling lantang bercakap mengenai isu ini. Pendek kata, mereka mahu menjadikan sidang kali ini untuk melontarkan pelbagai macam keraguan berhubung keputusan pilihan raya.

Persoalan yang kerap diajukan ialah, kenapa BN boleh memerintah sedangkan pembangkang memenangi perolehan undi popular?

Dalam entri ini, saya ingin mengupas sedikit sebanyak mengenai isu ini kerana nampaknya pembangkang lebih cenderung mencetuskan keraguan berbanding menyatakan kebenaran.

Pakatan pembangkang yang ditolak oleh rakyat pada PRU13 yang lalu mencanang seluruh dunia mengatakan mereka suduah menang. Dan asas pengisytiharan kemenangan itu ialah kononnya undi popular (iaitu jumlah undi yang diperolehi oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS) melebihi jumlah undi yang diperolehi Barisan Nasional (BN).

Mereka dengan pembohongan dan putar-belit yang hebat cuba memperdaya dan memperbodohkan rakyat yang sudah sedia maklum bahawa kaedah pilihan raya yang telah diterima pakai oleh Malaysia sejak mula lagi (termasuk di banyak negara maju lain seperti Britain) adalah sistem first-past the-post, iaitu parti mana yang mendapat 112 kerusi dahulu adalah pemenang dalam PRU-13 dan berhak membentuk kerajaan. 

Bayangkan dalam pertandingan akhir badminton Piala All-Malaysia di mana Datuk Seri Najib Tun Razak menentang Anwar, keputusannya seperti berikut: 

1. Set 1 – Najib 21 Anwar 19 
2. Set 2 – Anwar 21 Najib 03 
3. Set 3 – Najib 21 Anwar 19 

Apabila pengadil mengumumkan Najib menang dengan 2-1, Anwar tiba-tiba bangkit melalak mendakwa dia patut menang kerana mendapat 59 point (19+21+19) atau 57% daripada jumlah keseluruhan point pertandingan (sebanyak 104) sedangkan Najib hanya mendapat 45 point (21+03+21) atau 43% daripada keseluruhan point pertandingan! 

Saya cukup pasti kalau Anwar mendakwa sedemikian, penonton sama ada akan berkata dia sakit otak, atau tidak ada otak langsung! Kerana apa? Kerana kita semua tahu dalam pertandingan badminton, penentuan juara ditentukan melalui jumlah set yang dimenangi, bukan jumlah point yang dikutip! 

Begitu jugalah dengan pilihan raya umum. Rakyat Malaysia dan seluruh dunia tahu bahawa pemenang PRU-13 ditentukan melalui jumlah kerusi yang diperolehi, bukan jumlah undi yang dikutip! Tetapi dah namanya pun pembangkang, nafsu serakah yang meluap-luap untuk menawan Putrajaya menyebabkan mereka sanggup melakukan pembohongan besar dan memutar-belit fakta. Ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia! 

Walau bagaimana pun, saya mahu mengupas isu berkenaan undi popular ini dan membuktikan kepada rakyat bahawa pembangkang ini sebenarnya pembohong tegar dan kaki putar-belit yang cukup hebat. 

Isunya, benarkah pembangkang DAP-PKR-PAS memperolehi undi popular terbanyak dalam PRU-13? Atau ia hanya sekadar mitos yang dibohongi dan diputarbelitkan untuk memperdaya golongan yang mudah diperdaya? 

UNDI POPULAR BN YANG TERBANYAK 

Dalam PRU-13, parti utama yang bertanding ialah Barisan Nasional (BN), Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). 

BN menggunakan lambang Dacing, DAP lambang roket, PKR lambang mata satu, dan PAS lambang bulan. 

Jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam PRU-13 ialah 13,268,002, namun yang turun mengundi hanyalah 11,257,147 atau 84%. Pengundi akan memangkah nama calon mengikut nama dan nama serta lambing parti yang bertanding. 

Kita tengok carta keputusan PRU-13 seperti berikut (setelah ditolak undi rosak 1.8%): 

Jelas daripada carta di atas bahawa kalau mengikut undi popular, kedudukannya adalah seperti berikut: 

1. BN memperolehi undi popular paling banyak iaitu 46.53% atau 5,237,699; 
2. PKR tempat kedua dengan 20.03% atau 2,254,328; 
3. DAP tempat ketiga dengan 15.42% atau 1,736,267; 
4. PAS tempat keempat dengan 14.51% atau 1,633,389; 
5. Parti-parti lain & Bebas di tempat kelima dengan 1.71% atau 192,904; 
6. Undi rosak pula adalah sebanyak 1.8% atau 202,560. 

Jadi di mana logik Anwar menyatakan dia memperolehi undi popular paling banyak. Tohmahan Anwar mendakwa jumlah undi yang diperolehi oleh gabungan DAP-PKR-Pas sebanyak 5,623,984 (atau 49.96%), melebihi 386,285 undi (atau 3.43%) berbanding BN (yang memperolehi 5,237,699 atau 46.53%) adalah satu pembohongan dan putar-belit kerana:

1. DAP-PKR-PAS bertanding berasingan menggunakan lambang masing-masing, yang tertera di atas kertas undi ialah lambang roket (DAP)-bulan(PAS)-mata satu (PKR), langsung tidak ada lambang bersama pembangkang. 
2. Ada konstituensi di mana berlaku pertandingan sesama sendiri di antara DAP-PKR-PAS seperti Sg Aceh, Kota Damansara dan lain-lain; 
3. Gabungan DAP-PKR-PAS sebagai Pakatan Rakyat tidak ujud dalam PRU-13 ini, malah ia sebuah badan yang tidak berdaftar dan tidak bertanding atas lambang sendiri pun! 

Rumusannya ialah jika menggunakan kaedah undi popular sebagai kayu pengukur kemenangan dalam PRU-13, sebenarnya BN memperolehi undi terbanyak berbanding dengan tiga parti utama lain iatu DAP, PKR mahupun PAS! 

Sewajarnya BN memenangi PRU-13, dan membentuk Kerajaan Persekutuan!

http://panglima-harimau.blogspot.com/2013/08/mitos-undi-popular-pru-13-yang-dicanang.html

No comments:

Post a Comment