Thursday, 15 August 2013

PIHAK POLIS SEKOLAHKAN LIM GUAN ENG DAP.....


Sekarang, kenyataan Setiausaha Agung DAP itu yang menuduh pihak polis hanya memperuntukkan sembilan peratus daripada anggota JSJ untuk mencegah jenayah telah ditempelak oleh kepimpinan Polis.

Bernama melaporkan :
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperuntukkan hampir 80 peratus anggotanya termasuk daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk tugas pencegahan jenayah di seluruh negara. 
Justeru, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed berkata adalah tidak wajar bagi pihak tertentu melabelkan JSJ tidak aktif mencegah jenayah, kerana hanya meletakkan sembilan peratus anggota melakukan tugas itu. 
"Jangan melihat kepada satu skop sahaja iaitu JSJ yang melakukan tugas itu tetapi lihatlah juga kepada keseluruhan (PDRM). Jawatan ketua polis daerah dan ketua polis balai merupakan jawatan yang juga diletakkan di bawah tugas am... semuanya bertujuan untuk pencegahan jenayah.

"Jadi kita tidak boleh melabel mereka sebagai tidak aktif. Ini merupakan fakta yang tidak betul," kata beliau kepada Bernama. 
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berkata polis hanya memperuntukkan sembilan peratus daripada anggota JSJ untuk mencegah jenayah ketika mengumumkan pelantikan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok sebagai Ketua Pasukan Bertindak Terhadap Jenayah (CAT) parti itu. 
Menurut Lim, CAT akan berusaha mendapatkan pertambahan anggota JSJ daripada 10,150 anggota sekarang kepada 56,000 atau 50 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota PDRM.
Mengulas lanjut, Ramli berkata memerangi jenayah ialah tugas yang melibatkan keseluruhan jabatan. 
"Faktor pencegahan jenayah adalah penting dalam sistem kepolisan dan faktor ini tidak pernah diabaikan di dalam semua peringkat polis," katanya menambah bahawa PDRM juga merapati masyarakat untuk mempertingkat elemen pencegahan jenayah. 
Sementara itu, penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim memberitahu Bernama adalah lebih baik jika semua menteri besar dan ketua menteri melihat semula bidang kuasa masing-masing, terutama berhubung mengawal selia premis hiburan. 
"...ini kerana di situlah bermulanya tempat budak-budak gangster berkumpul dan seterusnya melakukan aktiviti jenayah," katanya. 
Beliau juga berpandangan cadangan menempatkan 50 peratus anggota PDRM di bawah JSJ sebagai kurang efektif kerana setiap jabatan dalam PDRM mempunyai tugas hakiki masing-masing. 
"...kita mengandaikan kalau 50 peratus diletakkan di bawah JSJ, siapa hendak menjalankan tugas yang lain contohnya jaga lalulintas dan sebagainya," katanya - Bernama
Inilah masaalahnya apabila ada pemimpin pembangkang yang menuduh secara melulu seperti tidak membuat homework.

Apa gunanya menjadi Ketua Menteri negeri tetapi dilihat tidak peka kepada struktur dan bidang kerja jabatan PDRM. Beliau boleh berjumpa pihak PDRM negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan kepastian dan bukannya membebel tanpa tahu sepenuhnya apa yang beliau bebelkan itu.

No comments:

Post a Comment