Tuesday, 27 August 2013

SYABAS!!!Malaysia ke Separuh Akhir Piala Asia

Malaysia muncul naib juara kumpulan A setelah mengalahkan Jepun 4 - 2 dan layak ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Asia kesembilan di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam tadi.

 Pakistan pula muncul juara kumpulan A setelah membelasah Taiwan 13 - 0 untuk ke saingan separuh akhir.

 Jepun mengejutkan Malaysia apabila memperolehi dua gol pada awal perlawanan melalui Toshiro Tachibana (m-6) dan Kei Kawakami (m-8).

 Ketinggalan dua gol membuatkan pemain-pemain kebangsaan kembali bersemangat mengejar Jepun dengan melancarkan serangan berbahaya.

 Malaysia mendapat dua gol berturut-turut melalui Muhammad Razie Abd Rahim (m-15) dan Muhammad Firhan Ashaari (m-29).

 Separuh masa kedua, para pemain Malaysia semakin garang bagi memastikan kedudukan negara ke separuh akhir tidak tergugat.

 Skuad negara menambah dua gol lagi melalui Faizal Saari (m-60) dan Azlan Misron ( m-66 ) untuk mengesahkan kedudukan Malaysia ke saingan separuh akhir tidak tergugat.

 Malaysia dijangka berdepan India dalam aksi separuh akhir pada hari Jumaat ini.

 Sementara itu, johan tiga kali, Pakistan muncul juara kumpulan A setelah membelasah Taiwan 13 - 0 bagi menempah tiket ke perlawanan separuh akhir.

 Gol Pakistan pada separuh masa pertama dijaringkan oleh Shakeel Abbasi (m-13), Muhammad Imran (m-23) dan Muhammad Rizwan (m-26).

 Separuh masa kedua, Pakistan menambah sepuluh gol lagi melalui Muhammad Rizawan (m-38), Shafqat Rasool (m-39 dan 47),Muhammad Dilber (m-45), Muhammad Imran (m-53).

 Abdul Haseem Khan menjaringkan tiga gol pada minit ke-54, 56 dan 69; Muhammad Tousiq dan Muhammad Irfan masing-masing menyumbangkan satu gol pada minit ke-60 dan 67.

No comments:

Post a Comment