BUKIT MERTAJAM - Tindakan tiga lelaki yang menunjukkan isyarat lucah dan cuba merempuh kereta peronda polis memakan diri apabila kesemuanya diberkas dalam kejadian di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Juru dekat sini kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian pukul 6.15 pagi itu berlaku apabila suspek yang menaiki sebuah kereta Mercedes Benz telah menghimpit kenderaan peronda jenis Mitsubishi Lancer dari arah Plaza Tol Juru ke Sungai Dua.
Katanya, kesemua suspek kemudian menunjukkan isyarat lucah beberapa kali ke arah anggota tersebut sebelum dikejar dan diarahkan berhenti.
No comments:
Post a Comment