Tuesday, 27 August 2013

Nizar Guna Sidang DUN Untuk Luah Dendam Kesumat

Nizar Guna Sidang DUN Untuk Luah Dendam Kesumat   urriurr4353453Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dilihat cuba menggunakan Persidangan Dewan Undangan Negeri  untuk meluahkan dendam kesumat yang begitu mendalam sekali.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau sendiri tidak faham mengapa ADUN Changkat Jering itu membangkitkan isu mahkamah di dalam Dewan dengan menyebut nama-nama orang tertentu yang tidak dibolehkan oleh peraturan.
 
“Mungkin merupakan satu luahan perasaan dalaman yang tidak dapat dibendung, menyebabkan beliau tidak ingat itu merupakan satu perkara yang tidak sewajarnya kerana kes itu melibatkan mahkamah.
 
“Dengan membuat tuduhan-tuduhan liar yang tidak sepatutnya, menamakan orang dan ini merupakan satu perkara yang tidak dibolehkan.
 
“Beliau sepatutnya tahu tentang peraturan itu dan saya percaya rakan-rakan beliau pun tidak begitu mesra dengan beliau hari ini, dengan cara beliau yang berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab,” kata Dr Zambry pada pemberita di bilik sidang media Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.
 
Ketika membahaskan usul tahniah dan menjunjung kasih ke atas titah ucapan Pemangku Raja Perak, Nizar beberapa kali membangkitkan keputusan Mahkamah Pilihanraya yang menolak beberapa petisyen yang dikemukakan pembangkang.
 
Menteri Besar berpendapat, tindakan Ketua Pembangkang itu tidak wajar kerana sebagai ahli Dewan, beliau sepatutnya, berdebat, berbicara dengan lingkungan peraturan yang ada.
 
Beliau berkata, Nizar cuba berbohong lagi apabila menuduh Barisan Nasional (BN) tidak berbuat apa-apa terhadap keputusan pilihan raya DUN Lubuk Merbau pada Pilihan Raya Umum ke 12.
 
Sebenarnya, kata beliau, BN juga pernah membuat petisyen kes tersebut tetapi kalah dan menerima keputusan dengan terbuka.
 
Mengenai perjalanan hari kedua Sidang DUN, Dr Zambry berkata, secara keseluruhannya, perbahasan hari ini berjalan dengan baik, melainkan daripada Ketua Pembangkang yang nampaknya kualiti sangat rendah.
 
Menurut beliau, kualiti perbahasan Nizar sangat rendah kerana mengulangi perkara sama, khususnya yang berkaitan dengan mahkamah, yang sepatutnya tidak dibahaskan kerana dengan batasan antara legislative, kehakiman dan eksekutif.
 
“Secara keselurhannya, saya dapati perjalanan Dewan tidaklah ada perkara-perkara yang boleh menimbulkan masalah besar seperti dahulu.
 
“Bagi saya itu okay selagi tidak bergaduh dan berhujah dengan tertib, kerana kita ingin melihat perjalanan Dewan dalam suasana yang baik,” tambahnya.
 
Beliau memberi jaminan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh wakil rakyat  akan diulas dan dijawab.

No comments:

Post a Comment