Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Changkat Jering) terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya tidaklah sebijak yang disangkanya.
Ini kerana cubaannya untuk menimbulkan kontroversi dengan membahaskan isu petisyen pilihan raya ke dalam sidang DUN ditempelak Speaker, Datuk S.K Devamany.
Tindakannya mempersoalkan keputusan Mahkamah yang menolak petisyen pilihanraya PRU-13 yang difailkan serta membuat kenyataan bahawa tidak akan ada keadilan dan demokrasi di negara ini telah mengundang kemarahan ahli-ahli Dewan.
Malah, rakan sekutunya daripada DAP seperti Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Sitiawan) dan Nga Kor Ming (DAP-Kepayang) daripada ‘body language’ mereka menggambarkan seolah-olah tidak mahu terlibat dengan tindakan pemimpin PAS yang terkenal dengan penyakit ‘meroyan’.
Selain memperbodohkan diri sendiri, perbuatan Nizar terang-terang tidak menghormati titah ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang telah menyentuh mengenai demokrasi yang hidup subur di negara ini.
Sebelum itu, Speaker Devamany telah berulang kali menegur Nizar supaya berhenti daripada membangkitkan soal petisyen kerana perkara tersebut adalah bidang kuasa mahkamah dan ia menjadi sesuatu yang prejudis untuk membahaskan perkara itu di Dewan.
Pada suatu ketika, Dewan menjadi kecoh apabila wakil kerajaan menempelak Nizar kerana enggan berhenti daripada membahaskan isu tersebut walaupun telah diminta oleh Speaker berbuat demikian.
Datuk Mohamad Zahir Abd Khalid (BN-Kamunting) memberitahu Nizar bahawa keputusan mahkamah perlu dihormati dan mahkamah tidak memihak kepada sesiapa.
"Barisan Nasional juga ada failkan petisyen tetapi ditolak, kita terima boleh pun terima keputusan mahkamah dengan tenang, tetapi mengapa Pakatan Rakyat tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka,” katanya.
No comments:
Post a Comment