Saturday, 23 November 2013

Anak Tan Sri bakar diri selepas hantar SMS terakhir kepada teman wanitanya


KUALA LUMPUR: ‘Jumpa awak di dunia lain!’
Inilah khidmat pesanan ringkas terakhir yang dihantar oleh seorang anak ‘Tan Sri’ yang terkenal di negara, kepada teman wanitanya sebelum membakar dirinya.
Mayat pemuda yang rentung 80 peratus itu, kemudiannya ditemui di balkoni kondominiumnya di Taman Tun Dr Ismail awal pagi ini.
Akhbar The New Straits Times melaporkan bahawa pemuda yang berusia 20 tahun itu, dipercayai telah menuangkan petrol ke atas dirinya sebelum membakar diri.
Pemuda itu dikatakan sedang menuntut di sebuah universiti di New Zealand dan telah kembali ke Malaysia untuk bercuti.
Menurut Bernama, mayat pemuda itu ditemui oleh ibu mangsa pada kira-kira 4 pagi ketika terjaga daripada tidur sebelum melihat kesan kebakaran di balkoni kondominium berkenaan.
Ibu mangsa kemudian dilaporkan cuba membuka pintu jeriji yang berkunci di balkoni itu sebelum melihat mayat anaknya itu dalam keadaan rentung dan tertiarap.
Bernama memetik kata-kata seorang sumber yang mengakui bahawa pemuda tersebut kebelakangan ini tertekan dengan hubungannya dengan teman wanitanya.
Polis juga menemui dua tin disyaki berisi petrol serta sebuah telefon bimbit berhampiran mangsa yang tertera khidmat pesanan ringkas kepada teman wanitanya mengatakan ‘See you in other side’ (jumpa anda di dunia lain).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Azlee Abdullah, dalam mengesahkan kematian tersebut kepada Bernama, berkata polis telah mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
-AWANI

No comments:

Post a Comment