KUALA LUMPUR – Isu skandal yang didakwa melibatkan seorang pelakon terkenal, Adi Putra semakin ‘panas’ apabila suami kepada wanita yang dikaitkan dengan selebriti tersebut hari ini tampil membuat kenyataan secara terbuka kepada media.
Dalam temubual eksklusif rancangan Melodi terbitan TV3 hari ini, suami berusia 56 tahun itu mendedahkan beberapa salinan yang didakwanya sebagai bukti pelakon terkenal itu saling bertukar mesej serta berkongsi pesanan dan foto lucah bersama isterinya.
Melalui temubual itu, ahli perniagaan tersebut mendakwa aktor tersebut telah berhubung dengan isterinya sejak Julai lalu.
Berikut adalah sebahagian temubual tersebut.

“Saya rasa sebagai seorang lelaki, dia perlu jaga tatatertib. Tidak boleh mengganggu isteri orang. Kalau berminat untuk ada pasangan hidup, carilah anak dara. Kan tak elok dan tak manis kalau mengacau atau menggoda isteri orang, amat dikhianati Allah SWT.”
Berita Penuh: http://perakpost.com/
No comments:
Post a Comment