Saturday, 17 August 2013

15,000 Hadir Rumah Terbuka UMNO Lumut

Kira-kira 15,000 tetamu memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Lumut yang diadakan di Dewan Merdeka Seri Manjung, hari ini. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. IMG 5385 erjtierjtiu8458ut8Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri DiRaja Saripah Zulkifli mula menerima tetamu seawal pukul 9.30 pagi.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung MCA, Dato' Seri Kong Cho Ha; Ahli Parlimen Lumut, Imran Abdul Hamid dan Ahli Dewan Negeri Perak, Rashidi Ibrahim.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Dr. Zambry menegaskan bahawa rakyat negara ini bertuah kerana dapat merayakan Aidilfitri dalam suasana aman.

Katanya, pemimpin dan ahli politik perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan.

"Kita fikirkan hanya satu parti mampu turun di jalan-jalan raya. "Lihat apa yang berlaku di Mesir apabila kedua-dua pihak turun di jalan raya.

Ia diburukkan dengan tindakan pihak ketiga iaitu tentera...hancur negara (Mesir). "Ambillah iktibar daripada insiden di Mesir ini," katanya. 

No comments:

Post a Comment