Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa dengan pertuduhan mempersendakan umat Islam dan Ramadan, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.
Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu lepas.
Dalam permohonan itu, mereka memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak sah di sisi undang-undang.
Pasangan itu juga memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A adalah tidak terpakai dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka.
Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)" yang mengandungi logo Halal, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
Terdahulu, ketika prosiding di Mahkamah Sesyen, peguam Chong Joo Tian, yang mewakili Tan dan Lee memaklumkan bahawa anak guamnya telah memfailkan permohonan itu ketika kes mereka disebut di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Murtazadi kemudian menetapkan 19 September ini untuk pengurusan kes
No comments:
Post a Comment