Presiden Barack Obama hari ini berkata, beliau belum membuat keputusan sama ada untuk menyerang Syria tetapi sebarang tindakan negara itu sebagai amaran supaya tiada lagi penggunaan senjata kimia.
Obama berkata, kerajaannya merumuskan bahawa rejim Presiden Bashar al-Assad memain peranan dalam serangan berdarah terhadap orang awam di pinggir Damsyik yang dikaitkan dengan penggunaan senjata kimia.
“Saya belum lagi membuat keputusan," kata Obama memberitahu stesen televisyen PBS NewsHour apabila ditanya sama ada beliau sudah menandatangani arahan kepada tentera AS supaya menyerang Syria.
Beliau berkata, sebarang penggunaan ketenteraan secara langsung di Syria tidak akan membantu usaha menyelesaikan perang saudara di Syria.
No comments:
Post a Comment