Thursday, 22 August 2013

Berkenaan Isu Kalimah ALLAH!!!

Bagi memahami siapa pihak yang memulakan kontroversi menggunakan 
kalimah Allah (Paderi Andrew), siapa party Islam yg menyokong penggunaan
 Kalimah Allah oleh DAP (PAS) ,parti yang mencetuskan kontroversi dan 
trangress Majlis Fatwa (DAP) mari kita lihat KRONOLOGI EVENT:-
Pada 31 Disember 2007, Pengarang akhbar Herald – 
The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan 
bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah 
memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa 
larangan menggunakan kalimah “Allah”. 

Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan 
penggunaan kalimah “Allah” masih kekal.
Pada 3 Januari 2008, Kabinet mengekalkan larangan 
bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan 
kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar masing-masing. 
Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang 
sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di 
Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman 
terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”.
Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi 
(Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat 
keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik 
untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) 
terhadap larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam 
penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
Pada 7 Januari 2009, Kementerian Dalam Negeri 
meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 
1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah “Allah” 
tidak digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad” 
mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya 
boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, 
Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung 
penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan gereja, dengan 
menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Masihkah kita ingat Paderi Lawrence Andrew yang menfailkan 
Semakan Kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”?
Semasa Semakan Kehakiman
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 
yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat 
keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah 
Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.
Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi 
Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu adalah bertentangan 
dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 
pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz 
atau kalimah “Allah” adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama 
serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan 
dengan agama bukan Islam lain.
Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (
Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang 
digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan 
yang memperuntukkan kalimah “Allah” hanya boleh digunakan bagi umat Islam.
Selepas Semakan Kehakiman
Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri memfailkan 
permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum 
ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari 
sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan 
bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan kerana 
isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
Pada 6 Januari 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan 
penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi 
membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah 
mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian 
Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia 
berdasarkan kepada kepentingan negara.
Bermula 6 Januari 2010 hingga kini, isu ini masih ditangguhkan 
oleh kedua-dua belah pihak yang berkepentingan.
Abdul Gani Patail, Lau Bee Lan, Murphy Pakiam dan Lawrence 
Andrew merupakan watak utama di dalam pertikaian isu kalimah “Allah”

Kronologi Polemik Penggunaan Kalimah Allah Masa Kini

Perdebatan berkaitan penggunaan kalimah “Allah” mula berputik 
kembali apabila ianya dibangkitkan oleh Lim Guan Eng secara 
PROVOKASI kepada umat Islam tanpa menghormati keputusan 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menangguhkan isu ini 
demi kepentingan dan keharmonian negara. Sekiranya diapi-apikan 
secara AGRESIF nescaya isu ini akan menjadi sebab-musabab 
kepada timbulnya bibit-bibit perpecahan dan perbalahan di 
kalangan orang Islam khususnya dan masyarakat majmuk umumnya.
 Hal ini berlaku tidak lebih bertujuan untuk mendapatkan UNDI SIMPATI
 daripada pihak-pihak tertentu di dalam Pilihan Raya Umum 
Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelma nanti. Perbalahan dan perdebatan ini 
dapat dilihat seperti rentetan berikut :

Pada 24 Disember 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan 
MEMBENARKAN masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah 
“Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu melalui Perutusan 
Sempena Sambutan Hari Natal.
Pada 28 Disember 2012, Ketua Dewan Ulama PAS, 
Datuk Harun Taib menegaskan penggunaan kalimah “Allah” 
KHUSUS untuk orang Islam dan seluruh umatnya sahaja. 
Agama lain termasuk Kristian TIDAK BERHAK sama sekali 
untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi untuk diguna 
pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu.
Pada 4 Januari 2013, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu 
menegaskan parti itu kekal dengan keputusan MENYOKONG 
penggunaan kalimah “Allah” untuk penganut bukan Islam seperti 
yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 
pada tahun 2010.
Pada 8 Januari 2013, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah 
melahirkan rasa terkejut dan KESAL dengan kenyataan 
Lim Guan Eng yang meminta Kerajaan membenarkan kalimah “Allah” 
digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
Pada 8 Januari 2013, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) 
memutuskan kalimah “Allah” BOLEH DIGUNAKAN oleh penganut 
semua agama DENGAN SYARAT tidak disalahgunakan selepas 
satu mesyuarat yang dihadiri oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), 
Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada 11 Januari 2013, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi 
mendedahkan seorang Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui 
bahawa kalimah “Allah” adalah KHAS untuk umat Islam seperti yang 
diperakui di dalam buku tulisan beliau yang bertajuk; 
“Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.”
Pada 13 Januari 2013, susulan daripada desakan pelbagai pihak 
termasuk Mufti-Mufti pelbagai negeri (Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, 
Johor, Perak dan Pahang) PAS akhirnya AKUR menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah 
KHUSUS untuk agama Islam dan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN oleh 
agama lain selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh 
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kesimpulan

Kita hendaklah beriman dan mengakui bahawa terdapat dua kalimah yang amat 
SENSITIF dari sudut agama Islam yang perlu dipertahankan. Pertamanya, kalimah Dua Syahadah tentang ikhtikad keimanan kita terhadap kewujudan Allah S.W.T. Keduanya, kalimah “Allah” yang WAJIB dihayatisebagai kata nama gantian kepada Rubbul’ alamin. Sewajarnya bagi umat Islam, nama “Allah” merupakan nama yang KHUSUS yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk...

Dan harini boleh membuat kita semua sebagai umat Islam bersyukur kerana keputusan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam sahaja.

No comments:

Post a Comment