Wednesday, 14 August 2013

Biadap !! Cina DAP Tuduh @Barisanasional Dalang Tembak Menembak

Tindakan biadap Pengerusi Cina DAP Sarawak, Chong Chieng yang menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai dalang kepada kes tembak menembak di seluruh negara amatlah memalukan apatah lagi pihak Polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes-kes tersebut.

Bukan saja dianggap memalukan tetapi lebih kepada menghina tugas pihak Polis apabila Chong sibuk mencampuri urusan siasatan ini.



Rentetan hal tersebut, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh saudara Mohd Taupik merangkap Penolong Setiausaha Pemuda UMNO & Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju telah membuat laporan mengenai kebiadapan Chong yang mendakwa kononnya kes-kes yang berlaku ini sebagai langkah pertama kerajaan BN untuk mewujudkan akta dan undang-undang baru bagi membasmi kes sedemikian rupa.

Kenyataan Chong yang dianggap sebagai satu bentuk hasutan politik yang berniat jahat, serius dan keterlaluan dengan tujuan bagi mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan BN yang dipilih secara demokrasi pada Pilihanraya Umum yang lepas.


Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengambil pendirian agar pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan terhadap Chong yang dianggap biadap kerana mencampuri urusan siasatan dan membuat fitnah secara terbuka dengan menyatakan kerajaan BN bertanggungjawab terhadap kes-kes tembakan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment