Saturday, 17 August 2013

Cermin Diri Sendiri Sebelum Gelar Orang Lain 'Shameless Man' - Dr Zambry

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mahu Pengerusi DAP Negeri Datuk Ngeh Khoo Ham cermin diri sendiri sebelum melabel orang lain sebagai ‘shameless man’ (lelaki tidak tahu malu).

Katanya perkataan itu lebih sesuai untuk mengambarkan sikap Ngeh sendiri kerana sering mengeluarkan kenyataan tanpa menggunakan akal fikiran sehingga mengundang masalah pada dirinya seperti dikecam dan dikritik.  

Justeru, beliau menyarankan Ngeh berhenti membuat komen-komen yang tidak menyenangkan yang boleh mengeruhkan keadaan dan keamanan negara sehingga mencetuskan kemarahan rakyat di negeri ini.

Dr Zambry berkata beliau ‘simpati’ dengan keadaan Ngeh yang sentiasa mendapat perhatian dan liputan meluas media tetapi bagi maksud yang salah.

“Dia kata saya ‘shamless man’…saya atau dia yang shameless man kerana tidak pernah buat komen-komen (yang tidak menyenangkan).

Tapi apa yang penting janganlah buat komen yang boleh mengeruhkan keadaan dan keamanan negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung serta majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas tentera Laut Diraja Malaysia.

Ngeh baru-baru ini dalam satu kenyataan di twitternya yang mengajak orang ramai supaya membuat demonstrasi jalanan berikutan keputusan mahkamah menolak petisyen PRU-13 di beberapa kawasan di Perak yang difailkan Pakatan Rakyat.

Beliau turut mengundang peluang untuk dirinya dikritik apabila mengggunakan laman sosial Facebook untuk menfitnah kerajaan negeri dengan mendakwa soalan wakil rakyat Pakatan tidak dijawab di sidang Dewan Undangan Negeri.

No comments:

Post a Comment