SEPASUKAN arkeologi Bulgaria menjumpai sebentuk cincin beracun dipercayai digunakan sebagai senjata rahsia mengisi racun untuk membunuh musuh.
Barang perhiasan pada abad ke-14 itu, dilaporkan ditemui di tapak sebuah kubu zaman pertengahan di Cape Kaliakra berdekatan pantai Laut Hitam, bandar Kavarna.
Pakar percaya cincin dijumpai di Bulgaria itu, dimiliki seorang lelaki kaya yang jahat dan berniat membunuh musuhnya secara senyap.
Timbalan pengarah Institut Arkeologi dan Muzium Kebangsaan di Sofia, Boni Petrunova berkata, cincin dilengkapi lubang rahsia itu diperbuat daripada tembaga kukuh.
"Berdasarkan struktur, ia dipakai pada jari tangan kanan dan lubang pada bahagian atasnya berfungsi untuk menuangkan racun ke minuman atau makanan mangsa," katanya.
Artifak itu juga dilapor, membantu dalam penambahan pengetahuan mengenai kehidupan masyarakat khasnya golongan bangsawan di Cape Kaliakra pada abad ke-14.
Lebih 30 jenis barangan kemas kebanyakannya diperbuat daripada emas ditemui di tapak berkenaan sejak 2011. - MailOnline
No comments:
Post a Comment