WARSAW – Seorang gadis, Ania Lisewska, 21, mahu mengembara ke seluruh bandar di dunia ini dalam usaha untuk mencapai cita-citanya bagi meniduri 100,000 lelaki.
Ania dilaporkan memulakan hasratnya itu di bandar Warsaw dan berharap dapat mengembara ke seluruh Poland, sebelum berpindah ke negara lain bagi mencapai cita-citanya itu.
``Saya mahukan lelaki dari Poland, Eropah dan seluruh dunia. Di Poland, subjek seks adalah sesuatu yang tidak diperkatakan dan mereka yang mahu memenuhi fantasi seks akan dianggap sebagai jalang atau sakit otak,’’ katanya dalam laman facebooknya.
Setakat ini, gadis yang tidak bermaruah ini mendakwa sudah meniduri 284 lelaki walaupun sudah mempunyai teman lelaki.
Jelas Ania, teman lelakinya itu tidak gembira dengan perkara berkenaan, namun dia tiada pilihan dan terpaksa menerimanya.
Menurutnya, bagi mencapai cita-cita berkenaan, dia bercadang membuka satu laman web untuk membolehkan lelaki mendaftar dan dalam masa sama dia boleh mengemas kini aktivitinya.
Bagaimanapun ramai yang tidak percaya dengan keupayaan gadis itu untuk berbuat demikian kerana jika dia melayan 100,000 lelaki selama 20 minit bagi setiap orang, maka Ania akan menghabiskan masa selama 3.8 tahun untuk berbuat demikian.
Itupun jika dia melakukannya siang dan malam tanpa henti sama ada untuk tidur, makan atau ke tandas.
Ania juga sebelum ini cuba mendapatkan pengiktirafan daripada Guinness World Records namun tidak dilayan kerana ia tidak berminat dengan aktiviti melibatkan seks.
Selepas disoal bertalu-talu oleh pihak media mengenai perkara itu, Ania mula menukar cerita dan mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam facebook.
Dia mendakwa facebooknya telah digodam dan seseorang telah memuat naik dalam facebook itu bahawa dia menghidap AIDS.
No comments:
Post a Comment