Tuesday, 20 August 2013

Gagal Bayar PTPTN Tidak Akan Diletak Di Bawah CCRIS

Gagal Bayar PTPTN Tidak Akan Diletak Di Bawah CCRIS 2334e4e5
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

 

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jemaah menteri, Rabu.

 

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian terlibat membuat keputusan yang disifatkan sebagai 'mendengar suara orang muda'.

 

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," katanya melalui 'tweet'.

 

Pemuda Umno semalam membantah keputusan kerajaan untuk menyenaraihitamkan peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman mereka di bawah CCRIS kerana berpendapat kerajaan sepatutnya menggunakan mekanisme sedia ada dalam memastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka.

No comments:

Post a Comment