Saturday, 31 August 2013

Kongsi Gelap Berpusat Di Taiping dan Pulau Pinang

Bila sebut sahaja kegiatan kongsi gelap atau gangster, bandar Taiping dan Penang tidak boleh dipisahkan, Ini lah bandar yang menjadi ibu kepada kegiatan kongsi gelap yang ada sekarang.

Di Taiping juga pernah berlaku pergaduhan yang amat besar dan mengorbankan banyak nyawa, mayat bergelempangan dan jalan raya menjadi merah dengan darah manusia.

Kongsi gelap cukup ganas dan pernah memeras ugut Sultan Perak untuk menuntut ganti rugi. Kegiatan kongsi gelap di Taiping terlibat dalam dunia perjudian, perdagangan, pelacuran dan sebagainya.

Terdapat dua puak kongsi gelap yang sangat digeruni di Taiping dan mereka adalah terdiri daripada kaum Cina dari puak Ghee  Hin yang bertapak di Taiping dan Hai San dari Pulau Pinang.

Ini lah sejarah yang berlaku lebih 150 tahun yang lalu dan peperangan tersebut dinamakan Peperangan Larut 1, 2, 3 dan 4.

Penamat kepada peperangan tersebut termetrilah satu perjanjian perdamaian yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor dan British dengan cara halus mula campur tangan dalam pentadbiran Perak.

Kini Taiping merupakan sebuah bandar warisan yang aman selama-lamanya. Kegiatan kongsi gelap tetap ada tetapi dalam kelompok yang kecil.

Kepada pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah kongsi gelap, perang larut dan campur tangan British di Perak boleh lah berkunjung ke Muzium Ngah Ibrahim di Matang Taiping.

No comments:

Post a Comment