Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengarahkan sebuah lukisan kontroversi yang dipamerkan dalam satu pameran seni lukis di Kuala Lumpur ditarik balik serta merta kerana didapati menyentuh sensitiviti umat Islam.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata lukisan itu tidak disenarai sebagai bahan pameran yang diusulkan kepada pihaknya tetapi dipamerkan tanpa sebab munasabah walaupun penganjur sedar ia akan mencetuskan kontroversi agama.
"Pandangan pertama saya, lukisan itu very offensive (amat menyinggung) dan penganjur pameran itu dilihat tiada sebab untuk memaparkan lukisan tersebut. Maka, kita tarik balik serta merta sebaik mengesan ia dipamerkan beberapa hari lepas.
"Memang mereka telah diberi kebenaran untuk menganjurkan pameran itu tetapi bukan untuk lukisan tersebut kerana mereka memang tidak tunjuk kepada kita dan (ia) dibawa masuk secara sembunyi," katanya.
Mohamed Nazri berkata ada pengunjung yang menghadiri pameran itu telah membuat laporan polis mengenai lukisan itu dan ia sedang disiasat oleh pasukan keselamatan.
No comments:
Post a Comment