Rosli Hamzah, 45, berkata, arwah bapa tirinya Ghazali Abdullah, 64, dipercayai cuba mengangkat tong gas memasak yang kosong ke kedai, di sini.

“Tong gas kosong masih berada di dalam bonet kereta manakala kedua-dua tangannya seakan cuba mencapai tong berkenaan.

“Mungkin ketika itu ayah sesak nafas kemudian diserang penyakit jantung lalu meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, arwah yang tinggal bersama ibunya dekat Golok, pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi akibat penyakit sama.

Rosli berkata, dia tidak menyangka perbualannya bersama arwah pagi tadi (semalam) adalah pertemuan terakhir.

Sementara itu, anak ke empat daripada enam beradik, Norizam Ghazali, 45, berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang berlaku setelah dihubungi saudaranya.

“Arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Rantau Panjang, selepas subuh esok (hari ini),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mayat Ghazali dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mangsa mati mengejut” katanya semalam.