Monday, 26 August 2013

Nga Ketinggalan, Tidak Tahu Ada Siaran Langsung Sidang DUN

Sama ada ketinggalan atau tidak peka dengan perubahan. Itu adalah perkara terbaik untuk dilabel terhadap sikap ADUN Kepayang, Nga Kor Ming yang tidak ambil peduli dengan perubahan di sekeliling beliau.

Sikap itu terbukti apabila Nga meminta supaya persidangan DUN disiarkan secara langsung, kononnya sebagai salah satu langkah reformasi Dewan sedangkan  pendekatan menyiarkan sidang DUN secara langsung itu telahpun dilaksanakan sejak 2009 lagi.

Langkah menyiarkan sidang DUN secara langsung telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional sejak ia mengambil alih kerajaan pada Mac 2009 dan pendekatan itu masih dilaksanakan sehingga hari ini.

Malah, Speaker Datuk S.K Devamany telah mengumumkan mengenai siaran lansung sidang DUN itu semasa sidang akhbarnya yang diadakan Jumaat lalu.

Kecuali Nga, rata-rata rakyat Perak tahu mengenai siaran lansung tersebut dan ternyata tindakannya mengemukakan cadangan itu akan menjadi bahan ketawa.

Perak dipercayai antara negeri pertama yang membawa sidang DUN secara langsung bagi membolehkan orang ramai mengikuti perjalanan sidang DUNnya.

Siaran langsung yang boleh diakses melalui www.peraknews.com itu adalah bukti kerajaan Barisan Nasional telus dalam memberi maklumat tepat kepada orang ramai tanpa ada sebarang tapisan.  


No comments:

Post a Comment