Wednesday, 14 August 2013

Ngeh Dikecam Kerana Menghasut

Pengerusi DAP Negeri Perak Datuk Ngeh Khoo Ham dikecam kerana menghasut dalam kenyataan twitternya berhubung keputusan mahkamah berkaitan petisyen pilihan raya.

Dalam twitternya pada 31 Julai, Ngeh telah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan mahkamah menolak semua petisyen Pakatan Rakyat akan menyebabkan rakyat memprotes dengan melakukan demonstrasi jalanan.

“Ianya sangat bertanggungjawab…kenyataannya adalah satu hasutan dan berbahaya kerana boleh menggangu gugat keamanan negeri Perak dan negara.

Dia harus bertanggungjawab atas kenyataannya,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan twitter Ngeh.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini, Menteri Besar berkata pembangkang seharusnya menghormati keputusan yang dibuat Mahkamah sebagaimana Barisan Nasional menghormati keputusan mahkamah menolak petisyen yang difailkan BN.

“BN juga ada failkan petisyen di kawasan-kawasan tertentu tetapi ditolak. Tetapi kita tidak pula mempersoalkan keputusan mahkamah. Mengapa bila petisyen mereka (pembangkang) ditolak mereka katakana ianya tidak adil.

Inilah satu kenyataan yang tidak bertanggun gjawab yang langsung tidak memikirkan tentang proses demokrasi dan juga proses sistem dari

segi yang telahpun ditetapkan iaitu sistem kedilan itu,” katanya.

Dr Zambry turut mengecam pemimpin Pakatan Rakyat kerana menggunakan laman sosial facebook untuk memanipulasi fikiran rakyat kononnya perjalanan Dewan Undangan Negeri tidak adil apabila banyak soalan mereka tidak dijawab.

Katanya tindakan mereka menunjukkan tahap hiropraksi paling tinggi yang diamalkan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Saya ingin bertanya kepada mereka ‘apakah semasa 11 bulan mereka memerintah, mereka menjawab semua soalan saya’…di sini saya ingin nyatakan banyak soalan-soalan saya tidak dijawab kerana mereka takut dengan soalan saya,” katanya.

Pemimpin Pakatan Rakyat kini dilihat menggunakan strategi baru untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan dengan mengeluarkan kenyataan di Facebook mengenai soalan-soalan yang tidak dijawab di Dewan Undangan Negeri untuk meraih simpati rakyat.

“Memang sudah jadi kebiasaan bahawa tidak semua soalan DUN akan dijawab. Wakil rakyat boleh kemukakan soalan semasa sesi berbahas atau membuat permintaan soalan mereka dijawab secara bertulis,” katanya.

Beliau menasihati pemimpin pembangkang supaya melihat apa yang dibuat oleh rakan mereka di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor sebelum mengkritik kerajaan Perak.

“Tanyalah Pulau Pinang, Kelantan, Selangor…adakah semua soalan dijawab. Jadi janganlah cuba berbohong, menipu dan memutar belitkan fakta supaya dapat mengaburi mata rakyat.

“Ini semua sifat hipokrit, talam dua muka mereka untuk menunjukkan seolah-olah mereka sahaja baik,’’ katanya


No comments:

Post a Comment