Thursday, 29 August 2013

PEMBELI KERETA FERRARI DITIPU


PUTRAJAYA: Hasrat seorang ahli perniagaan bergaya dengan kereta Ferrari berkecai, malah menanggung kerugian sebanyak RM570,000 selepas ditipu seorang lelaki yang mendakwa penjual kereta mewah, dikenali Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintendan Abdul Razak Abdul Majid berkata, mangsa yang berusia lingkungan 40-an mendakwa dia menyerahkan kereta Jaguar miliknya bernilai RM 270,000 dan wang tunai RM300,000 untuk memiliki Ferrari yang dijual suspek. 

"Bagaimanapun, selepas wang dan kereta Jaguar milik mangsa berpindah tangan, suspek berusia 30-an menghilangkan diri dan gagal dikesan sehingga hari ini," katanya.

No comments:

Post a Comment