Seorang pengundi Parlimen Ipoh Barat, Ahmad Faizal Jaafar,37 membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Ko Ham kerana seolah-olah mempersoalkan keputusan mahkamah dalam Twitter baru-baru ini.
Katanya, dia mendapati bahawa kandungan atau mesej dalam kenyataan tersebut adalah bersifat menghasut selain mempunyai unsur menghina mahkamah sekaligus dilihat satu cubaan memperlekehkan sistem kehakiman.
"Kenyataan tersebut bagi pandangan saya, boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai dan memberi persepsi negatif terhadap sistem kehakiman yang menjadi antara tunjang keharmonian negara," katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis dibuat di Balai Polis Sg. Senam hari ini.
Faizal melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Koo Ham dan memohon pihak polis melakukan siasatan terhadap kenyataan tersebut termasuk mengikut Akta Hasutan 1948 atau mana-mana peruntukkan undang-undang yang bersesuaian atas prinsip memelihara ketenteraman awam.
Friday, 16 August 2013
Pengundi Buat Laporan Polis Terhadap Ngeh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment