Wednesday 21 August 2013

PENUBUHAN IFC MAHU DIGERAKKAN SEMULA

Peringatan Penting Untuk Umat Islam!!

Umum mengetahui mahkamah semalam menolak rayuan pergerakan Seksualiti Merdeka gagal bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan polis mengharamkan Festival Seksualiti pada November 2011. 

Umum juga mengetahui pergerakan tersebut berjuang untuk ‘menghalalkan’ hubungan sesama jenis atas alasan hak asasi manusia. Mereka tegar memperjuangkan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Mereka menuntut Malaysia menjadi sebuah Negara demokrasi yang progresif dengan melindungi golongan ini yang digelarnya sebagai “minoriti seksualiti”

Umum juga tahu pergerakan ini turut didukung oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S.Ambiga, malah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah dilaporkan secara terbuka menyokong usaha Ambiga untuk membela golongan parasit agama ini.

Ketika usaha golongan ini meratapi keputusan mahkamah rayuan, seorang lagi anggota Majlis Peguam, Malik Imtiaz Sarwar mengeluarkan kenyataan yang wajar diambil perhatian serius seluruh umat Islam di negara ini.

Malik Imtiaz dalam laporan malaymail online semalam menyeru supaya usaha mewujudkan Suruhanjaya Antara Agama yang ditolak oleh kerajaan pada 2005 dihidupkan semula. Malik Imtiaz memberi alasan isu-isu agama yang timbul kebelakangan ini menjadikan masyarakat Negara ni seolah-olah “sudah tidak toleran dan sangat berpecah-belah”.

Malik dalam laporan itu dipetik berkata:

“The proposed commission was meant to be an independent, statutory body (created by law), accountable to Parliament. Its main object was to enquire into matters of infringements of religious harmony with a view to assisting the Executive in shaping policies through objective, non-partisan reports on the state of affairs at any given point in time.
The interfaith commission’s role would be similar to the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam), which conducts inquiries into allegations of human rights infringement and presents recommendations to the government.

Apa yang kita boleh faham, Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang dicadangkan itu memainkan peranan seperti pertubuhan hak asasi manusia. 

Ini bermakna, jika cadangan menghidupkan IFC menjadi kenyataan , persoalan hukum-hakam agama akan dibincang, diperdebat dan dibuat keputusan berdasarkan objektif menegakkan hak-hak asasi.

Kenapa ini dianggap menjadi satu ancaman besar kepada umat Islam?

Seperti diketahui, penentangan terhadap IFC sebelum ini berkisar kepada ancaman besar terhadap kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini selain polemik penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Nampaknya, kini mereka mahu menggerakkan semula usaha menghidupkan IFC. Mereka yang bersungguh mahu mengusahakan penubuhan suruhanjaya ini sebenarnya akan meletakkan Islam dalam keadaan berbahaya. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi cuba dikikis sedikit demi sedikit. Dan jika ini diteruskan dan kita sebagai umat Islam hanya berdiam diri, maka kita selaku umat Islam seolah-olah bersetuju menggadaikan maruah dan kedudukan agama kita untuk kepentingan orang lain.

Kita kena ingat sebelum ini difahamkan wujud 14 tuntutan seperti yang dikemukakan oleh pihak pembangkang kepada Suruhanjaya Antara Agama (IFC). Antara perkara yang mereka perjuangkan ketika itu adalah untuk mengkategorikan golongan di bawah 18 tahun sebagai ‘tidak beragama’ dan mereka hanya boleh memilih agama apabila mencapai usia tersebut. 

Alasan yang digunakan adalah bagi menyelesaikan masalah penetapan agama anak yang sering menjadi perdebatan di negara ini apabila salah seorang daripada ibu atau bapanya bukan beragama Islam.

Utusan Malaysia pernah menyiarkan kenyataan para peserta sebuah persidangan mewujudkan IFC. Ada peserta yang berkata: APA YANG ISTIMEWA PADA ISLAM HINGGA PERLU DIMASUKKAN PERUNTUKKAN-PERUNTUKKAN TERSEBUT, yakni Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan?).

Persidangan tersebut menyaksikan terdapat dua trend utama pemikiran iaitu golongan yang mahukan kebebasan beragama yang tidak mempunyai batasan. Mereka ini kalau boleh mahu kebebasan itu adalah melampaui daripada peruntukkan Perlembagaan Persekutuan.

Tidak hairanlah, ramai yang bangkit menentang penubuhan IFC sebelum ini. Ada yang mendakwa penubuhan itu mungkin sebagai reaksi kerajaan ekoran isu serta beberapa kejadian tidak menyenangkan berkenaan penggunaan kalimah Allah.

Cadangan itu dianggap bukan sahaja tidak menguntungkan, sebaliknya menimbulkan kemarahan orang Islam di negara ini. Mereka bimbang dengan status agama Islam pada masa depan apabila ia boleh dibincangkan di peringkat pelbagai agama dan dibimbangi akan wujud pelbagai tuntutan di kalangan penganut agama lain.

Kebimbangan orang Melayu terhadap kewujudan IFC itu perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan. Langkah yang boleh dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk meletakkan Islam setaraf dengan agama lain wajar dielakkan.
Peliknya, usaha menghidupkan semula IFC ini timbul di tengah-tengah kehangatan pelbagai isu agama dan perkauman yang timbul kebelakangan ini. Antaranya ialah: 

• Ini termasuklah penghinaan melampau pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee memuat naik poster berbuka puasa dengan 'bak kut teh' (sup tulang babi) di Facebook selain isu video seks mereka.

• Ketika isu itu belum hangat, timbul pula isu seorang wanita muda Islam yang menamakan dirinya sebagai Chetz, menyambut Aidilfitri dengan tiga ekor anjing selain memandikan haiwan itu dengan seolah-olah 'mengambil wuduk'.

• Portal-portal pro pembangkang juga sebelum ini memainkan isu pendedahan seorang ibu kaum India tidak berpuas hati dengan pihak sebuah sekolah di Sungai Buloh, Selangor yang menempatkan pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sekolah itu pada bulan Ramadan.

• Tidak lama selepas itu, umat Islam dikejutkan pula dengan penyebaran video memaparkan surau dijadikan tempat penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan mereka di sebuah resort di Kota Tinggi, Johor. 


Timbul persoalan adakah semua isu-isu dan polemik ini berlaku secara kebetulan atau perancangan tersusun untuk mewujudkan perbalahan kaum dan agama? Adakah isu-isu ini sengaja ditimbulkan untuk membolehkan orang-orang seperti Ambiga dan Malik Imtiaz ini datang dengan cadangan menghidupkan semula penubuhan IFC?

Sangat jelas isu-isu itu bukan sahaja menimbulkan konflik antara kaum, malah umat Islam di negara ini diheret ke kencah perbalahan sesama sendiri sehingga ada yang masing-masing tampil dengan fatwa sendiri. Lebih ironi, semuanya akhirnya membawa kepada perdebatan dalam kalangan penyokong parti-parti politik.

Tidak mustahil, kesemua isu ini akan dijadikan alasan untuk mendesak pihak berkuasa untuk menyokong gerakan menghidupkan semula penubuhan IFC.

Justeru, kepada umat Islam, berwaspadalah. Dalam keadaan negara kita berdepan pelbagai isu-isu agama termasuk penyebaran fahaman Syiah yang menyesatkan, kita juga sebenarnya berhadapan cabaran lebih besar daripada musuh-musuh agama yang berterusan mahu mencabar kedudukan agma dan mahu melihat kita berpecah sesama sendiri.

Percayalah, mereka tidak akan pernah berputus asa.

No comments:

Post a Comment