Friday, 23 August 2013

PM @NajibRazak, PLEASE, SILA WUJUDKAN SEMULA ISA DEMI KEAMANAN NEGARA!!!


ISA wajib dikembalikan. Kembalikan ISA kami. Kerajaan harus dengar suara rakyat,kembalikan ISA. Banyak lagi yang penulis baca tentang suara-suara rintihan dari rakyat yang mahukan kerajaan kembalikan ISA. Apa itu ISA? ISA ialah Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Ianya merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia, melibatkan beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan dan ada yang ditahan lebih dari sedekad.

Namun pada 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan. Mengapa DS Najib mansuhkan ISA? Kerana terlalu mendengar cakap pihak-pihak tertentu supaya mereka boleh buat apa saja suka hati di Malaysia ini?

Nah lihatlah sendiri, sejak ISA dimasnuhkan, berapa kerap kes jenayah berlaku walaupun laporan dari PDRM mengatakan jenayah di Malaysia masih dalam tahap terkawal. Kawalan jenayah bukan sahaja untuk menangkap mereka yang buat salah, tapi kawalan yang dimaksudkan harus mengurangi jenayah. Macam mana untuk mengurangkan jenayah?

Tahanan EO juga dilepaskan seramai dua ribu orang dan mereka ini tidak mustahil kembali aktif melakukan kegiatan jenayah. Kes curi kereta mewah, kes tembak-menembak,kes kecurian, kes rompakan bank dan sebagainya. Pihak yang mahu kerajaan mansuhkan ISA juga dengan tidak malu menuding jari semula kepada kerajaan kerana tidak pandai memerangi jenayah. Apakah mereka berada ditempat mangsa-mangsa ini?

Kes terbaru, tidak sampai sehari kes kejadian tembak Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati, seorang pemandu van kilang ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar. Adakah negara kita tidak selamat lagi?

ISA dan EO (Akta Ordinan Darurat) wajib dikembalikan kerana sekarang semakin menjadi-jadi kes tembakan. Kita tidak mahu belum sampai lagi lima tahun Barisan Nasional memerintah, negara sudah di cop sebagai tidak aman. Inilah risiko apabila hendak mentransformasikan semua sehingga suara rakyat yang sumbang seperti pembangkang juga kerajaan tunduk kalah. Janganlah lagi terikut akan suara mereka yang hanya mengundang perkara yang negatif sehingga nyawa orang lain melayang.

Kita harus bersama-sama menjaga keharmonian negara, dan jangan jadi pemimpin yang hanya tahu menuding jari atas kesalahan orang lain. Sampai bila nak bersatu kalau asyik menyalahkan kerajaan? Jika benar idea anda boleh digunapakai untuk kepentingan bersama,luahkan saja. Mungkin disokong oleh majoriti.

Tidak kira lah pemimpin dari parti mana jua, asalkan ada semngat sanggup bekorban demi negara dan ianya perlu sentiasa dipupuk dan disemarakkan tanpa mengira keturunan, agama dan budaya demi kepentingan Malaysia negara tercinta.

No comments:

Post a Comment