Ibu bapa budak perempuan berusia lima tahun yang kini dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh kerana disyaki didera, ditahan untuk siasatan polis.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong, berkata pasangan berusia 39 dan 30 tahun dari Menglembu itu ditahan reman selama tiga hari mulai kelmarin.
Katanya, pasangan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira 1.30 tengah hari ketika diarah tampil selepas polis menerima laporan bahawa anak mereka disyaki didera.
Sebabkan kecedaraan
“Polis menghubungi serta mengarahkan pasangan itu tampil di balai polis susulan laporan seorang doktor bertugas di HRPB selepas mengesyaki kanak-kanak itu didera berdasarkan hasil pemeriksaan,” katanya.
Berdasarkan laporan awal, beliau berkata, kanak-kanak itu dihantar ke hospital berkenaan oleh anggota keluarganya pada awal pagi kelmarin sebelum pemeriksaan doktor menjumpai kesan luka pada seluruh badan kanak-kanak itu dipercayai akibat dipukul dengan rotan.
No comments:
Post a Comment