SIBU - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berdepan hukuman mati mandatori selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ni mensabitkan pertuduhan membunuh empat se keluarga dan satu cubaan bunuh dengan menggunakan tukul besi tahun lalu.
Bagaimanapun, Hakim Supang Lian menangguhkan keputusan hukuman terhadap pesalah tersebut pada 23 September depan selepas mengambil kira pesalah yang masih di bawah umur semasa melakukan kesemua kesalahan tersebut.
Beliau berkata, remaja tersebut hanya mengambil langkah berdiam diri sepanjang prosiding pembelaan dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah.
Remaja tersebut didapati bersalah dengan empat pertuduhan membunuh jirannya iaitu ahli perniagaan Ling Tong Hock ,36; ibunya, Leong Nyuk Lan, 76; anak lelakinya, David Ling Chei Qi, 10; dan anak perempuannya, Amy Ling Zi Jiun, 7, dengan menggunakan alat tersebut.
Kejadian dilakukan di sebuah rumah teres dua tingkat di Lorong 13B1, RTM Road antara pukul 6.30 dan 7 pagi, 3 Januari lalu.
Keempat-empat pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - KOSMO!
No comments:
Post a Comment