Thursday, 29 August 2013

Terminal Amanjaya – Pembangkang Umpama Menepuk Air Di Dulang


Pembangkang umpama menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri apabila cuba menjadi juara dalam isu Terminal Amanjaya yang kononnya menjadi rungutan pelbagai pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mencari jalan untuk memuaskan hati semua pihak.

Menurut beliau, projek tersebut telah diluluskan ketika pakatan pembangkang memerintah Perak pada tahun 2008 dan mereka tidak seharusnya menuding jari, menyalahkan kerajaan sekarang.

"Memang benar terdapat banyak rungutan dari pelbagai pihak tentang kemudahan bas untuk ke Meru (Terminal Amanjaya).

“Namun, ia terpaksa dihalusi dengan bijak kerajaan berusaha untuk membaik pulih perkara ini, apatah lagi ia diluluskan sewaktu Pakatan Rakyat memerintah iaitu pada tahun 2008," kata beliau ketika ditemui di Bilik Media Bangunan Perak Darul Ridzuan. 

Isu Terminal Amanjaya menjadi antara isu hangat pada Sidang DUN ke 13 Perak yang sedang berlangsung apabila pembangkang cuba menjadi juara dengan membangkitkan rungutan pelbagai pihak, khususnya kesukaran rakyat untuk ke terminal itu.

Menurut Zainol, walaupun terminal itu diluluskan sewaktu zaman pemerintahan pihak pembangkang, kerajaan meneruskan projek tersebut kerana rasa  bertanggungjawab.

"Mereka harus sedar kerana projek tersebut bukan di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dan mereka telah meluluskan projek itu," katanya.

Beliau memberitahu, kerajaan sedang mengkaji semua masalah yang dihadapi, terutama waktu perjalanan bas ke Terminal Amanjaya di samping perkhidmatan bas henti-henti dan perkhidmatan teksi yang dikatakan agak mahal.

No comments:

Post a Comment