Saturday 31 August 2013

Tiada lesen dapat beli kereta..

Seorang ejen penjual kereta di Subang dikesan menyediakan lesen memandu palsu untuk pelanggan bagi melayakkan mereka membeli kereta di ruang pameran kereta syarikatnya dengan harga RM200.

Taktik kotornya berjaya dikesan selepas seorang pelanggannya berusia 20-an dicekup dalam Ops Bersepadu di Plaza Tol Awan Besar, di sini, kerana memiliki lesen palsu.

Difahamkan, lelaki berkenaan mahu membeli kereta dua tahun lalu, tetapi dia yang tidak memiliki lesen memandu ketika itu tidak layak berbuat demikian.

Namun, hasil pertolongan ejen penjual kereta di situ yang menyediakan lesen memandu palsu, dia dapat membeli kereta berkenaan dan terus menggunakan lesen sama.

Foto

ANGGOTA JPJ memeriksa motosikal dalam operasi besar-besaran JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama agensi lain di Tol Awan Besar, semalam.


Bagaimanapun, ketika melalui sekatan jalan raya dalam Ops Bersepadu, lesen palsunya dikesan dan dia dikenakan tindakan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments:

Post a Comment