Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberi restu terhadap tiga wakil Perak untuk bertanding dalam pemilihan Exco Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia.
Mereka ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Shamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Mua'amar Ghadafi Jamal Datuk Wira dan Ketua Puteri UMNO Ipoh Barat, Isfarina Mohd Bali.
Isfarina mempertahankan jawatan exco Puteri yang dimenangi pada pemilihan parti tahun 2008 manakala Shamsul dan Mua'amar Ghadafi menawarkan diri mengisi kekosongan di dalam barisan exco Pemuda.
Dr Zambry berkata, beliau berasa bangga kerana anak jati kelahiran Perak itu cuba mengukuhkan kedudukan Barisan Nasional di negeri ini.
" UMNO Ipoh Barat banyak berjasa untuk UMNO Perak," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bahagian Ipoh Barat dan perasmian Mesyuarat Cawangan-Cawangan UMNO bahagian itu di Bangunan UMNO negeri malam ini.
Beliau berharap mesyuarat bagi 40 cawangan di bahagian itu akan berjalan dengan baik bagi mengukuhkan kepimpinan Barisan Nasional.
Dalam pada itu, beliau memberitahu kesediaan UMNO Perak untuk membantu mana-mana pemimpin negeri yang ingin bertanding dalam pemilihan parti Oktober ini.
"Insya Allah, kita akan sokong pemimpin Perak yang akan bertanding," tambahnya.
Beliau melahirkan rasa gembira kerana UMNO Perak mempunyai ramai wakil di dalam barisan kepimpinan UMNO Pusat sekarang.
Beliau sekali lagi mengulangi keputusannya untuk tidak bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO bukanlah kerana takut tetapi bagi memberi peluang pemimpin UMNO lain yang bukan Pengerusi Perhubungan Negeri
No comments:
Post a Comment