Wednesday, 21 August 2013

Usaha Mencari Diteruskan Berikutan Aduan Waris

GENTING HIGHLANDS: Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat masih meneruskan usaha mencari mangsa nahas bas di sini yang mengorbankan 37 penumpang dan pemandu di KM3.5 Jalan Genting Highlands di sini Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong DSP Wan Azhar Ruddin Wan Ismail berkata usaha itu dijalankan berikutan ada waris mendakwa gagal menghubungi anggota keluarga yang disyaki terlibat dalam nahas pada 2.22 petang itu.

"Usaha ini bermula kira-kira 9.45 pagi untuk mencari sekiranya masih ada saki baki mangsa selain mengeluarkan barang-barang berharga mangsa yang boleh dijadikan bukti pengenalan diri mereka.

"Ia akan diteruskan sehingga kami berpuas hati sebelum proses seterusnya iaitu mengenal pasti kaedah untuk menarik bas berkenaan," katanya kepada pemberita di lokasi nahas itu pada Khamis.

Beliau berkata daripada 37 mangsa yang maut, seramai 22 orang belum dikenal pasti. - BERNAMA


    No comments:

    Post a Comment