Apa dah jadi dengan Pemuda UMNO nie!!!! Baru nak mula bertanding tapi macam-macam perangai dah nampak macam kera dapat bunga. MKP bukan nak menambah garam tapi depa sendiri yang buat hal. Woii DS Najib dah buat Tranfomasi buat UMNO. Pesan DS Najib jangan guna wang,Jangan burukkan calon lawan tapi depa nie macam pekak telinga dan buta perut...
Seorang daripada calon jawatan Ketua Pemuda Umno memulakan kempennya hari ini dengan mengkritik kepimpinan sedia ada pergerakan itu yang diibaratkannya seperti "warganegara Bangladesh kerana tidak pernah bersekolah di Malaysia".
Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail tanpa menamakan sesiapa, membuat kenyataan itu selepas menyerahkan borang pencalonannya pagi tadi.
Menurutnya, pemimpin pergerakan itu sekarang tidak pernah bersekolah di Malaysia menyebabkan mereka tiada asas dalam memahami perjuangan bangsa.
"Untuk memahami perjuangan bangsa, kita perlu secara asasnya mengalaminya sendiri.
"Jikalau kita tidak pernah membesar dan bersekolah di Malaysia, bagaimana kita hendak faham perjuangan Melayu, agama, bangsa dan negara?
"Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun," katanya.
"Dia ibarat macam Bangla datang (ke sini), umur 20 tahun datang Malaysia, nak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa?
"Dia tak pernah bersekolah di Malaysia pun," katanya kepada pemberita.
Beliau turut mencuri perhatian ramai apabila bersumpah atas nama Allah tidak akan terlibat dengan rasuah sebaik selesai menyerahkan borang pencalonannya.
"Demi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah, saya bersumpah tidak akan terlibat atau membenarkan amalan rasuah, salahguna kuasa atau politik wang jika saya dipilih sebagai ketua pemuda," katanya.
Sehingga kini, jawatan ketua pemuda Umno sah akan direbut tiga orang melibatkan penyandang, Khairy Jamaluddin, Akhramsyah Sanusi Junid, dan Syed Rosli.
Seorang lagi yang telah menyatakan hasratnya, Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali masih belum menyerahkan borangnya. BERNAMA.
MKP diberitahu bahawa Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi kurang bijak semasa berkempen untuk Calon Ketua Pemuda UMNO. Nak tumpang populariti MB kedah pun agak-agak. Nampak sangat terdesak.
Penyertaan Akhramsyah mendapat restu Badan Perhubungan Umno Kedah yang dipengerusikan Datuk Mukhriz Mahathir. KLIKTapi sumber terdekat MKP memberitahu bahawa MB kedah tidak berbuat sedemikian............????
No comments:
Post a Comment