Sudah lama rasanye kita tak dengar kata-kata bodoh dari 'ToyBoy' Anwar Ibrahim ini. Sebelum PRU13 sikit punya hebat kononnya pembongkaran yang dibuat oleh beliau mempunyai bukti yang kukuh tapi akhirnya semuanya penipuan semata-mata dan tidak berfakta langsung.
Adakah manusia seperti ini layak untuk diangkat sebagai pemimpin. Malaun ni bukan saja tak layak jadi pemimpin pada masyarakat malah pemimpin dalam PKR pun tak layak. Sebab itulah beliau tak pernah menang dalam merebut sebarang jawatan.
Siapa acah siapa sekarang ini? Kita semua tahu, malaun ini dah tak dapat tempat langsung dalam hati Anwar Ibrahim apatah lagi pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak yang lain. Apa saja yang dia buat akan untuk memburukkan UMNO dan BN semuanya kena batang hidungnya sendiri. KerjanyaMENIPU dan terus MENIPU.
Mungkin ramai yang lupa, malaun Chegubard ni pernah mengaku bahawa Anwar Ibrahim seorang penipu. Video di bawah menceritakan segala-galanya:
Pada Chegubard sudah-sudahla tu jadi bacul. Pemikiran anda yang kolot itu semua orang dah kenal. Walhal rakan baik anda yang juga merupakan blogger UMNO dan Facebooker UMNO juga seperti anda menjadi keldai pakatan haprak. Semuanya hanya disebabkan kuasa dan duit. Jangan ingat tak der siapa yang tahu pergerakan anda bertiga!!
Cubaan malaun ini mengatakan untuk jadi 'Hero' lagi nampaknya KANTOI lagi.
Artikel basi baca DI SINI
Jelas di sini malaun ni tak ikut perkembangan semasa. Artikel yang ditulis untuk memburukkan reputasi Menteri KDN sekarang DS Zahid Hamidi semuanya dah basi dan telah dijawab. Malah yang melibatkan kes mahkamah juga telah kita semua tahu keputusannya. Rujuk DI SINI
Dalam isu kongsi gelap, masyarakat berterima kasih pada pihak Polis, KDN dan juga Menterinya. Ini kerana tindakan tegas yang diambil demi memastikan keselamatan rakyat terjamin menunjukkan hasilnya. Kenapa si malaun ni nak gelabah tak tentu pasal bila Menteri KDN menyatakan akan mendedahkan ahli politik yang terlibat dengan kongsi gelap. Adakah Chegubard juga merupakan ahli kongsi gelap? Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya....
Masyarakat harus menilai dengan waras hasil kerja pihak kerajaan dan juga pakatan haprak. Setiap apa yang dibuat perlulah dilakukan dengan teliti bukannya hentam keromo. Pada pakatan haprak, sudah-sudahlah tu...zaman ini bukan lagi zaman desakan busuk korang akan didengar kerajaan. Zaman ini pihak Kerajaan sendiri akan membuat keputusan yang terbaik demi kebaikkan rakyat dan negara. Bukannya sibuk dengar kautim penjenayah. Zaman ini tiada lagi amaran, tapi tindakan terus akan diambil.
Kepada musuh-musuh negara yang terlibat dalam kes yang cuba merosakan imej negara, bersedialah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Pokok tak akan bergoyang kalau tak ditiup angin. Sendiri mau ingat!!
No comments:
Post a Comment