Tuesday, 3 September 2013

Gambar pam petrol rosak kerana kemalangan, bukan marah harga minyak naik

ALOR GAJAH - Desas-desus gambar yang tersebar di internet mengatakan berlaku pergaduhan ekoran kenaikan harga minyak di sebuah stesen minyak di Durian Tunggal di sini semalam adalah tidak benar.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka, Muhabir Ibrahim berkata, kejadian sebenar merupakan kemalangan melibatkan lima buat kenderaan di stesen minyak berkenaan pada pukul 8.30 malam.

“Sebuah Kia Spectra yang dipandu seorang warga emas berusia lewat 50-an telah tertekan pedal minyak lalu merempuh salah satu dari pam minyak berkenaan,” katanya.

Ekoran kejadian itu, empat kereta lain yang berada berdekatan iaitu Proton Wira, Iswara, Toyota Vios dan Puegeot mengalami kerosakan akibat turut dirempuh kereta Kia terbabit. - KOSMO!



Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment