Tetapi pemimpin yang pernah digelar sebagai 'lidah biawak' ini bukan sahaja menggunakan lawatan itu untuk melemparkan tohmahan memburuk-burukkan kerajaan, tetapi mengutarakan fakta-fakta songsang berbaur pembohongan semata-mata mahu menarik pelabur.
Berucap dalam satu majlis di negara itu, Guan Eng menghentam polisi kerajaan. Bukan sahaja isu kenaikan harga minyak dieksploitasi demi kepentingan politik, malah Guan Eng juga mengutuk polisi keselamatan negara.
Seperti biasa, Guan Eng cuba bermain-main dengan angka-angka yang mengelirukan. Katanya, kerajaan BN patut ikut cara Pulau Pinang mentadbir negeri yang kononnya berjaya menjimatkan wang rakyat. Guan juga berkata, kalau BN bijak, kenaikan harga minyak boleh dielakkan jika BN boleh mengelakkan rasuah dan ketirisan sebanyak RM51 bilion!
Sifir matematik apa yang digunakan Guan Eng ini? Kalau cakap guna modal air liur untuk sebut wang berbilion-bilion, siapa-siapa pun boleh buat.
Paling menjengkelkan ialah apabila Guan Eng membuat analogi mengatakan kononnya kerajaan Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang dengan rekod 95%. Guan Eng tentunya merujuk pengurangan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM630 juta pada 2012. Kononnya, dengan 'kejayaan melangsaikan hutang' itu menunjukkan beliau cekap mentadbir Pulau Pinang dan sangat 'hebat' menguruskan kewangan kerajaan negeri.
Wahai YB Guan Eng, mungkin bagi YB kenyataan putar belit itu boleh mengagumkan pelabur di Hong Kong, tetapi hakikatnya di Malaysia ia adalah satu jenaka! Satu Malaysia tahu kerajaan Pulau Pinang hanya memindahkan hutang RM630 juta tersebut kepada Kerajaan Pusat berikutan perjanjian penstrukturan semula bekalan air di Pulau Pinang.
Menurut perjanjian “rationalisation scheme” yang dipersetujui, Kerajaan Negeri perlu membayar lebih RM14.6 juta setahun kepada Kerajaan Pusat atas “interest-free rental” di dalam tempoh 45 tahun. Selain Pulau Pinang, perjanjian itu turut ditandangani Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perlis dan Perak. Perjanjian perstrukturan semula bekalan air itu dibuat sebelum Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang. Pendek kata, Guan Eng hanya meneruskan perjanjian itu dan memindahkannya hutang tersebut pada Kerajaan Pusat.
Ini bermakna, kerajaan Pulau Pinang pimpinan Guan Eng tidak pernah membayar duit sebanyak RM630 juta itu kepada Kerajaan Pusat. Sebaliknya, Guan Eng hanya transfer hutang tu kepada kerajaan BN. Kini Guan Eng hendak kata beliau berjaya jana banyak wang di Pulau Pinang dan bayar hutang tu? Ini benar-benar satu jenaka yang melucukan.
Kepada YB Guan Eng, jadilah pemimpin yang ada integriti, janganlah sampai ke peringkat mengetuai delegasi kerajaan pun Guan Eng nak berpolitik ala kampung. Kalau pindahkan hutang, katakan dengan jujur bahawa "kami berjaya pindahkan hutang", bukan berbohong konon berjimat sakan sehingga hutan RM630 juta dapat dilangsaikan.
Perlu diingat, Pulau Pinang pernah menjadi antara destinasi pelaburan penting negara. Guan Eng pernah dengan bangga dengan catatan pelaburan berjumlah RM12.24 bilion sedangkan hampir kesemua pelaburan itu adalah hasil usaha keras kerajaan BN menarik pelabur sebelum DAP memerintah Pulau Pinang mulai 2008. Bagi mereka yang faham selok-belok pelaburan, tidak mungkin persetujuan melabur dibuat dalam tempoh dua tahun, perbincangan serta perjanjian akan mengambil masa.
Pada 2011, jumlah pelaburan di Pulau Pinang jatuh sehingga RM9.11 billion. Pada tahun 2012 jumlah pelaburan di Pulau Pinang terus merudum sehingga hanya merekodkan RM2.47 billion iaitu penurunan sehingga 73%. Lebih teruk, apabila syarikat-syarikat besar termasuk Bosch Solar Energy membatalkan hasrat untuk meneruskan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion di negeri itu. Terdapat juga beberapa syarikat lain dikhabarkan mengeluarkan pelaburan mereka dari Pulau Pinang.
Justeru sebelum Guan Eng hendak memperlekeh dan memalukan kerajaan BN di luar negara dengan memanipulasi angka dan fakta, Guan Eng sepatutnya mencermin muka sendiri. Melihat dari cara DAP mentadbir dengan pembentangan projek mega seperti terowong bawah laut yang kontroversi juga boleh tersalah taip dan pengiraan undi CEC yang tidak sampai 2,000 juga boleh tersalah kira, maka semua boleh faham kenapa pelaburan Pulau Pinang jatuh merudum.
Jadi, lebih baik Guan Eng tadbirlah Pulau Pinang baik-baik. Tengok-tengoklah keadaan sosioekonomi negeri yang semakin bertambah teruk. Lalu lintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah ditambah pula ekonomi yang mengalami defisit sejak 2009.
Jangan jadi seperti meludah ke langit, kahak terkena batang hidung sendiri!
No comments:
Post a Comment