Tuesday, 3 September 2013

Himpunan Pembangkang di Ipoh Tiada Sambutan

Hebahan mengatakan satu perhimpunan besar-besaran untuk membantah kenaikan harga petrol di Ipoh ternyata meleset apabila tidak sampai 20 orang yang menyertainya. 

Perhimpunan itu yang diadakan bersebelahan bangunan UTC,  bermula jam 9.30 pagi dan berakhir setengah jam kemudian.

Kumpulan kecil ini bermula apabila dua lelaki yang memakai baju berlogo DAP, PAS dan PKR berkumpul di hadapan restoran makanan segera Mc Donald sambil melaungkan tuduhan terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Perhimpunan itu jelas didalangi oleh pemimpin pembangkang dengan kehadiran beberapa wakil rakyat pembangkang.

Kumpulan itu turut membawa kain rentang yang mempamerkan logo parti pembangkang serta tulisan yang membantah kenaikan harga petrol.

Kiraikira jam 9.40 pagi, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran tampil bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Bercham, Cheong Chee Khing dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Siong.

Kulasegaran memulakan ucapan dengan mendakwa kerajaan tidak wajar menaikkan harga petrol kerana membebankan rakyat. 

Beliau juga mengutuk Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar yang kononnya tidak peka kepada masyarakat miskin di samping menuduh semua pemimpin UMNO mengatakan tidak ada orang kampung yang memakai kereta. 

Sejurus selepas itu, Cheong pula mengutuk pihak kerajaan dan menghasut orang ramai untuk tidak tunduk kepada pihak kerajaan,

Perhimpunan itu diakhiri oleh Thomas Su yang mendakwa akan membawa usul supaya Petronas mendedahkan akaun mereka sejak mula ditubuhkan kepada awam.

Menyedari kurang sambutan, kumpulan ini mula beredar dari kawasan tersebut kira-kira jam 10 pagi selepas sidang media.

No comments:

Post a Comment